Friday, April 29, 2011

Selamat Hari Guru - 5

Assalamualaikum wbt.

Sekolah menengah Sains (SBP) sama dengan sekolah agama persekutuan tadi, kalau nak mengajar disini, masa posting pertama, bila masuk system boleh kekal sehinggalah pengetua benci kepada anda. Disini pelajar terpilih, ada banyak A, masuk 10 A keluar pun 10 A, tak ada peningkatan. Jangan marah, cikgu. Tunkjukkan apa peningkatan anda, adakah anda dihargai oleh pelajar anda, adakah sebab anda mengajar murid pandai, atau memang murid dah pandai ?. he..he provoke sikit. Jangan ambil hati le kawan.

Kita sama saya, anda cikgu saya pun cikgu, DG bro..

Pelajar sama saja, curi-curi merokok, curi-curi dating, curi-curi buli…, Pengetua simpan bawah karpet saja. Bila keputusan diumumkan 100 %, 10 A 100%, semua seratus peratus, hakikatnya pelajar yang nakal tersembunyi dibalik langsir asrama.
Untungnya dihighlight sebagai sekolah elit, bestari, kluster, prestasi tinggi dan lain-lain yang gah. Saya tak pernah mengajar disekolah jenis ini, tapi pernah berjiran dengan sekolah ini, berkawan rapat dengan guru-guru sekolah ini, kenal pengetuanya, yang hendak dan tetap bela kata pelajarnya baik, walaupun saya tahu, pelajarnya tak baik mana.

Cerita dendam tak sudah….

Pengetua sekolah itu bermati-matian mempertahankan bahawa pelajarnya tidak keluar dari asrama untuk bergaduh dengan pelajar saya. Menyalah kan pelajar saya yang datang menyerang dengan parang dan cangkul, ala kongsi gelap.

“Tidak tuan, pelajar tu.. memang keluar pagar nak bergaduh, hamper bergaduh diluar pagar..”

“Tidak, mereka tidak keluar” balas Pengetua itu. Dating lah seorang saksi dikalangan mereka,

“Siapa lagi yang keluar , diluar sampai nak bergaduh, berapa orang” Tanya saya kepada bukan anak murid saya.

“ ada le berapa orang cigu,” balas murid sbp tersebut.
Nah PK HEM lawan Pengetua., siapa yang benar…, kesalahan pelajar tak perlu sembunyikan bawah karpet, pelajar tetap pelajar, hari ini dia pelajar tuan, besok mungkin dia adalah pelajar saya, saya tanagani dia sebagai pelajar kita bersama.

Kalau diberi pilihan , saya tidak mahu mengajar disekolah ini, saya lebih suka mengajar pelajar yang tak tau apa-apa dan harap kepada kita untuk memberi ilmu kepadanya.


bersambung

No comments:

Post a Comment