Wednesday, April 6, 2011

Bela Rakyat - Fikir secara Logik

Bela Rakyat –

Assalamualaikum wbt.

Propaganda menjatuhkan DSAI melalui Utusan Malaysia (utusan Meloya kata sesetengah orang), melalui TV3 ( tv tiga suku kata setengah orang), nampak seolah-olah berjaya. Mereka dapat menanam kepercayaan orang terhadap isu yang sengaja ditimbulkan.

Tak hairanlah bila saya mendengar orang awam mengkritik DSAI berdasarkan utusan Meloya tersebut pada 5 April 2011. Ada yang kata tua tak sedar diri, bawa bertaubat le. Dan macam- macam lagi.

Saya terpaksa kata juga, walau saya tidak mengenali mereka yang mengkritik itu. “ Pak cik, zaman sekarang, teknologi tinggi, mereka boleh ubah suai gambar kita senang-senang saja dan letak dalam surat khabar, kita boleh baca dan lihat, jangan terus percaya”.

Lalu saya tinggalkan pakcik dan rakan-rakannya yang berbual bersama pisang goreng yang saya beli.

Tuan,

Sekarang ini gambar kita bila-bila masa akan digunakan oleh seseorang, search dari internet, ambil saja mana-mana gambar, nasib le kalau terkena gambar kita.

Hak ekslusif terhadap gambar kita sudah tidak ada apabila kita atau kawan kita memasukkan gambar dalam internet ( tak kira le fb, twiter, blogspot dll).

Gambar kita diletakkan sebagai gambar hiasan, itu kira nasib baik jika si penulis ada letakkan perkataan “ ini gambar hiasan sahaja “.

Adakah anda percaya itu DSAI ?

Atas dasar apa anda percaya ?

Adakah anda ada kebolehan untuk mengesahkan ketulenan gambar tersebut ?

Bagaimana kalau gambar anda yang diletakkan dimuka depan surat khabar untuk kes sedemikian.

Kemudian saya ingin bertanya

Berapa kali anda sudah bertemu DSAI ?

Berapa kali anda telah terserempak DSAI di Thailand atau di Hotel- hotel ?

Anda penyokong PArti mana ? (soalan ini lebih relevan untuk melihat tahap kepercayaan terhadap isu tersebut).


Kita harus berfikir secara logic , bukan hanya mendengar kata-kata indah dari kawan kita.

No comments:

Post a Comment