Tuesday, April 12, 2011

Bela Rakyat - Melayu, Futsal dan Pelajaran/ sekolah/ study/ cita-cita

Assalamualaikum wbt.

Tajuk entry kali ni pelik sikit, siap ada stroke /, nak tunjuk atau nak bagi tau betapa susah nak cari perkataan yang sesuai takut tak kena kepada maksud yang hendak disampaikan. Senang citer, saya nak mengata kepada bangsa saya sendiri, yang mana bangsa saya ini memang suka kepada permainan.

Ada rotan , dikerat rotan, dijalin-jalin jadi bola raga, maka sepak lah oleh bangsa saya ini dengan bola raga, nak tunjuk hebat, timbang bola raga sehingga sepenanak nasi (guna dapur kayu) tak jatuh-jatuh raga tersebut. (Selepas main masuk dalam raga dan angkat sendiri.)

Setelah itu di inovasi sikit, jadi sepak takraw, di kampong depa main sepak raga bulat dan inovasi terbaru ialah ‘sepak raga tuju.’ Hebat lah orang kampong sebab pandai sepak raga, dan heronya ialah mereka yang dapat mengambil/mengangkat/ menaik balas raga yang dituju dengan kencang kepadanya.

Itulah warisan kita, namun akhir-akhir ini kita bukan juara dalam permainan kita. Kita ditewaskan oleh diri kita sendiri,

Citer di Malaysia, sakit kaki diberi panadol, sakit lutut diberi panadol, kerana panadol adalah ubat segala penyakit, samalah seperti penawar dalam perubatan Melayu, satu benda, satu ubat boleh jadi boleh sembuh semua penyakit, hebaatkan bangsa saya melayu ?.

Ubat untuk membantu remaja supaya tak terjebak kelembah durjana (dadah, rempit, bohsia, bohjan dan macam-macam boh lagi..) ialah inovasi perniagaan terkini, iaitu kontrak menyediakan gelanggang serbaguna Futsal/ net ball dan lain-lain permainan yang seangkatan dengannya.

Maka ubat Futsal disuntik kepada bangsa Melayu, gelanggang futsal diadakan disana ,sini dan sinun. Agar Melayu jadi lebih cergas, sihat tubuh badan, maka kuatlah daya tahan fizikalnya, oleh kerana terlalu kuat, bolehlah main futsal melebihi jam 12.00 tengah malam.

Oleh kerana cergas bolehlah naik motor kepit awek lagi sampai 3.00 pagi. Hebatlah bangsa saya yang bernama Melayu.

Hebat juga idea bisnes membuat gelanggang futsal. Mengidupkan kontraktor kelas F.
Ni bahagian mengata – apa lah bodonhnya bebudah yang main futsal sampai tengah malam, waktu mana depa ni solat maghrib, waktu mana depa ni solat isyak, waktu mana depa ni solat, solat yang lain. Kerana semangat berpasukan dan untuk mendapat “pengiktirafan berpasukan’ maka sukar untuk mereka tinggalkan pasukan, walau terpaksa bermain sehingga tengah malam.

“Bro, kau citer ni berlaku kat mane ?.

“Jangan marah orang Melaka, hawau, anak sendiri tak pandai jaga, biar main sampai pukul 12.30 malam,besok dating sekolah mata merah mengantuk, tidur dalam kelas, nak ubat mengantuk pergi tandas, hisap rokok”.

Inilah yang saya nak marah sangat dengan bangsa Melayu ini, main no 1. Belajar no corot. (umum).
Dah tu takut ketuanan Melayu hilang, memang akan hilang kalau anak –anak ini tak belajar, hanya tahu seronok, hanya sebagai langkah palapis penyokong/pengundi, biar dia terus bodoh, kerana dia akan terus bersama dan sentiasa setuju bila Barang Naik harga.

Bangsa saya ini bukan bangsa yang mempunyai cita-cita, walaupun mereka selalu bermegah-megah dengan nenek moyang yang kononnya kaya-raya dan ada empayar yang hebat suatu ketika dahulu. Depa ni bukan tak paham yang depatu tak dak harta apa, hanya harta sejarah yang dibohong-bohong oleh penjajah dahulu.
Megah dengan A farmosa dan fle de la mor , Kota Melaka pun tak dapat ditunjuk dimana tapaknya.

Kalau betul bangsa aku ini ada cita-cita, gelanggang futsal tak akan penuh sehingga pukul 12.30 malam. Sekolah taka aka nada budak ponteng, ini tidak, pagi buta dan merokok depa guru, pagi buta dah berkepit awek pergi sekolah, apa nak heran, lepas sekolah nanti boleh sambung sekolah harapan.

No comments:

Post a Comment