Assalamualaikum wbt.
Sambung dekat mana ?.
Sambung dekat yang terputus…
Hadis riwayat Tarmizi erti “ Barang siapa solat subuh serta berjemaah kemudia maka duduk ia berzikir akan Allah hingga dating kepada terbit matahari kemudian maka solat ia dua rekaat, nescaya adalah dianugerahi pahala baginya seperti pahala haji dan umrah dengan sempurnanya, dengan sempurnanya”.
Marilah kita berazam, untuk solat subuh berjemaah, tak semestinya pergi surau atau masjid, jemaah ini sekurang-kurangnya dua orang, seorang imam, seorang makmum, jemaah dengan anak dan isteripun boleh, lepas solat dan doa, peluk anak dan isteri depan anak dan isteri.
Solat Israq, apabila masuk waktu duha. Selepas solat israq solat pula sunat istikharah, doa le apa yang patut, minta tambah rezeki ke, minta tambah macho ke, apa saja tapi logic-logik le, jangan minta tambah isteri kalau tak mampu.
Solat israq nak baca surah apa ?
Rekaat pertama baca ‘qul ya’ rekaat kedua baca surah ‘qul hua Allah ‘, jangan lupa baca fatihah dulu sebelum baca surah dlam setiap rekaat. Ada doa khusus selepas solat Israq, siapa nak boleh fotostat, atau sedut saja dari lap top saya, tapi scan virus dulu…, tak pasal-pasal lap top saya masuk virus.
Selepas doa bangun untuk solat istikharah.
Memang le solat kena bangun.
Tapi ada juga pendapat yang kata solat sunat boleh solat sambil duduk. Anda masih kuat seeloknya berdirilah mengadap Allah swt.
Tuan, tak baca surah boleh ke ?.
Bacaan surah dalam solat adalah sunat, yang wajib adalah bacaan Fatihah.
Solat istikharah nak baca surah apa ?.
Bacaan sama seperti solat Israq. Selepas solat israq baca lah doa khusus atau doa apa saja, minta lah apa hajat dan serahlah diri kepada Allah untuk memudahkan segala kerja kita pada hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment