Tuesday, April 12, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk 15 (waktu duha)

Assalamualaikum wbt.

Sebagai eksekutif muslim, seharusnya anda menjadi teladan kepada sub ordinat dalam organisasi anda. Untuk di teladani anda seharusnya meneladani seseorang yang lebih baik dari anda. Orang yang baik dikalangan anda adalah mereka yang sentiasa tahu, apa yang harus dilakukan pada setiap waktu, Allah telah jadikan waktu-waktu, ada kelebihan-kelebihan tertentu pada waktu itu, secara kasar siang untuk bekerja malam untuk berehat. Tidur sekejab sebelum gelincir matahari kerana ia akan beri kekuatan untuk bangun tahajud.

Anda tahu waktu duha ?. Macam biasa dengar sahaja…

Waktu duha adalah bermula dari matahari tinggi segalah.

Tuan segalah tu tinggi mana, 6 kaki ke, 12 kaki ke 20 kaki ke ?.
Oleh kerana timbul kekhilafan maka di Malaysia, segalah dikira 27 minit selepas matahari terbit.

Matahari terbit pukul berapa ?
Matahari terbit tidak menentu kadang 7.00 am, kadang 7.15 am mengikut urutan menaik dan menurun. Anda kena lihat takwim, takwim pasang surut laut, anda boleh ingat, takwim terbit matahari anda buat-buat lupa.

Waktu matahari terbit dipanggil syuruk. Selepas 27 minit dari waktu syuruk di panggil waktu duha, waktu duha sehingga matahari gelincir.

Apa istimewa waktu-waktu ini ?

Bangun pagi, sebelum solat subuh, ambil kesempatan solat sunat subuh 2 rekaat, Nabi SAW tak tinggal solat ini walau dah lewat. Lepas solat subuh jangan dok buat lawak solat sunat bakgdiyah atau apa- apa solat sunat. Selepas anda solat subuh adalah haram bagi anda untuk kerjakan sebarang solat.

Tunggu hingga waktu duha masuk iaitu 27 minit selepas waktu terbit matahari. Sebaik sahaja masuk waktu duha, kerjakan solat Israq 2 rekaat, belum solat duha lagi, Israq dulu, lepas solat Israq solat pula sunat Istikharah. Jangan fikir bila nak cari jodoh saja solat istikharah. Ia boleh dikerja kan untuk dapat petunjuk.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment