Tuesday, April 12, 2011

Selamat Hari Guru - 1

Assalamualaikum wbt.

Bila terbaca guru kena penumbuk budak/pelajar di Perlis, lalu saya tulis bela rakyat ini. Tapi macam biasa la, lewat bagi respon, tak dan, ada kerja lain.
Bukan lah kes pertama dan yang pasti bukan kes terakhir.

Sebelum tu, Tahniah kepada SMT Kulim, sekolah keempat yang saya mengajar, GPS 4.19 kira cukup ok, bagi sekolah teknik / vokasional. Hari ini baru dapat tulis sikit ucapan tahniah tersebut, minta maaf kepada semua guru dan kaktiangan sokongan, pengawal dan pencuci. Dan kantin, bukan tak menghargai kejayaan anda, tapi biasalah.. lewat sikit.

Tahniah kepada Pengetuanya terutama pengetua Tn Hj Razali yang telah terpindah ke SMT Kerian dan tahniah kepada PKP nya yang terperosok di Kolej Matrikulasi Melaka. (terperosokpun tak pe 48 beb, nak tunggu jadi penegtua 48 tahun berapa ?). Tahniah kepada PKP baru Pn Norliati yang Berjaya mem’4.19’ sekolah tersebut, kalau saya belum tentu dapat demikian, walaupun saya pernah buat 4.12, dalam suasana pelajar yang berbeza, tahniah kepada guru-guru yang selalu beri komitmen tak berbelah bagi. Tahniah kepaada Pengetua baru, selamat mempertahankan 4.19 tadi.

Kawan di SMT Kulim Tanya kenapa tak update dan bagi kredit sikit kepada mereka, dalam blog ke dalam fb ke, terus teranglah, duduk disini hanya fikir hari Jumaat sahaja. Jadi terlupa nak fikir yang lain-lain.

Soalan saya kepada semua guru di Malaysia.

Kalau diberi pilihan sekolah mana yanag tuan/puan nak mengajar ? Kategori ini bukan kategori formal yang ditetapkan oleh KPM, (kategori cakap di kantin sekolah)
1.SMK sekian-sekian – (Yang ramai student Cina)
2.SMK sekian-sekian – (Yang ramai student Melayu dan Bumiputra)
3.SMK A Negeri / Persekutuan (sekolah agama)
4.SM Vokasional / Teknik
5.SMK Agama bantuan kerajaan
6.SAR.
7.SM Sains (SBP)
8.MRSM

Jawapan ‘Play safe’ – mana-mana sekolah yang diarahkan. (Baik punya cikgu.)
Itu jawapan orang yang duduk dalam kategori ‘zon selesa’ kerana jawapan tadi berdasarkan kemungkinan dipindahkan tanpa borang permohonan adalah 0.001 %.
Mari saya cerita sikit pengalaman mengajar di beberapa jenis sekolah dan cerita dipindahkan. Sekadar cerita sahaja, bukan nak komen dasar yang di’ada-adakan’ yang kononnya dikatakan dasar padahal bukan dasarpun. Sempena nak sambut hari guru 16 Mei nanti

Bersambung…

No comments:

Post a Comment