Wednesday, April 6, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 13

Syarat baru tabung usahawan diperkenal
Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
2011/03/29

MUKHRIZ beramah mesra dengan siswazah institusi pengajian tinggi selepas melancarkan Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia di Menara Usahawan, Putrajaya, semalam.
Terma dipermudah pikat ramai siswazah muda mohon dana

PUTRAJAYA: Syarat baru Tabung Usahawan Siswazah (TUS) berkuat kuasa serta-merta, yang lebih mesra usahawan siswazah diperkenalkan bagi meningkatkan lebih ramai usahawan muda selaras dengan agenda Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan kerajaan.
Antara syarat baru itu termasuk jumlah pembiayaan maksimum dinaikkan daripada RM250,000 kepada RM500,000 dan bagi pengambilalihan syarikat pula, jumlah pembiayaan adalah sehingga RM750,000.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir, berkata tidak banyak permohonan diterima sebelum ini berikutan syarat yang terlalu ketat menghambarkan minat siswazah muda untuk memohon.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan SME Bank, kita mendapati syarat sebelum ini tidak banyak memberi manfaat kepada syarikat industri kecil dan sederhana (IKS), jadi kita mengambil keputusan untuk membuat syarat baru," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian 1Malaysia Young Entrepreneurs Challenge, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. Selain pembiayaan maksimum yang dinaikkan, Mukhriz berkata syarat baru itu turut merangkumi tempoh kelonggaran pembayaran balik antara dua tahun hingga empat tahun dan tempoh pembiayaan untuk bangunan dan premis perniagaan dilanjutkan sehingga 20 tahun.

Katanya, umur kelayakan pemohon dinaikkan kepada 40 tahun berbanding 35 tahun sebelum ini dan syarat tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun bagi layak dipertimbangkan untuk pinjaman diperkenalkan berbanding syarat asal 10 tahun.
Justeru, Mukhriz menggalakkan lebih ramai siswazah yang berminat memulakan perniagaan memohon pembiayaan di bawah TUS kerana tabung itu kini masih mempunyai baki terkumpul berjumlah RM45 juta.

Beliau berkata, pinjaman mudah yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) itu menetapkan kos pembiayaan atau kadar faedah antara dua dan empat peratus.

“Cabaran pertama bagi sebuah perniagaan ialah modal. Jika isu ini dapat diatasi dan beban mereka diringankan, akan lebih banyak IKS diusahakan oleh siswazah,” katanya.

Mengulas mengenai syarat lama bagi mendapatkan dana TUS, Mukhriz berkata, ia tidak kondusif memandangkan syarat yang dikenakan agak ketat.

“Kami dapati dari segi praktikalnya, tidak banyak syarikat memperoleh manfaat. Oleh itu, kami mengkaji semula keadaan secara lebih terperinci dan berunding dengan SME Bank bagi menawarkan pinjaman yang lebih baik.

“Usaha melahirkan lebih ramai usahawan graduan yang berjaya, adalah antara Petunjuk Prestasi Utama kementerian, dengan program yang dilaksanakan termasuk Skim Usahawan Siswazah (SUS) serta dana di bawah TUS.

“Lepasan siswazah perlu menghadiri program SUS itu sebelum mendapatkan pinjaman mudah daripada dana khas TUS,” katanya.

Ditanya mengenai kebimbangan pelbagai pihak komponen kereta Jepun yang rosak akibat tsunami mungkin digunakan untuk kereta yang dijual di negara ini, Mukhriz berkata, satu pasukan bertindak (task force) sudah ditubuhkan bagi memastikan masalah itu tidak berlaku.


Assalamualaikum wbt.

Siswazah; jangan disalahkan mereka kerana tidak menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan. Nak jadi peniaga, nak jadi usahawan semangat kena kuat. Tak ada kerja nak pinang ank orang pun susah, tak ada kerja tetap pun sama juga, tension oo.

No comments:

Post a Comment