Tuesday, April 19, 2011

Selamat hari Guru - 2

Assalamualaikum wbt.

Berbalik kepada soalan saya, sekolah mana yang anda nak mengajar kalau diberi pilihan. ?

Pengalaman pertama saya mengajar di sebuah Sekolah Menengah di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Sebuah sekolah Cina. Siapa kata pelajar-pelajar cina baik dan pandai ?. Yang pandai memanglah pandai, yang tak pandai bersepah- sepah.
Tak ada beza antara pelajar melayu dan Cina, sama saja mereka adalah pelajar yang perlu diajar supaya tak jadi kurang ajar. Yang pandai memang pandai, yang tak boleh pun sama sahaja, kita sering diomongkan bahawa sekolah Cina baik, pandai matematik, mana ada, mitos dan tahyul semua tu.

Guru-guru menemui pelajar Cina yang pandai-pandai di SMK Melayu, di SMK cina, bilangan yang tak pandai cukup banyak. Atau bertemu cina pandai di university, itu yang Berjaya, yang tak Berjaya memang tak bertemu dengan kita kerana kebanyakan mereka telah di arah/ dikerah bekerja oleh ibu bapa, mereka hantar anak ke kedai pomen, kedai cermin, kedai tu-kedai ini, kerana orang Cina hidup mesti kerja, kerana dengan kerja baru boleh makan.

Cikgu, bagi cikgu pelajar yang baik adalah pelajar yang baik disiplinnya, cakap tak melawan dan pandai, ada tiga komponen ini kira A +, kalau tak ada pandai pun masih ok, asal ada disiplin dan cakap tak melawan.

Pelajar sekolah cina mana ada disiplin, dah le tak de disiplin, bukan dia reti bahasa Melayu. Jadi cikgu Melayu susah nak mengajar mereka ni. Ini pandangan peribadi saya yang pernah mengajar di sekolah menengah Cina. Kalau orang cina rasa tak kena dengan apa yang saya tulis, pergi buat pemerhatian dan kajian.

Teramat sukar untuk mengawal kelas, pendek kata kalau guru pelatih nak di observe oleh pensyarah, menangis le jawabnya.

Jadi saya tidak memilih sekolah cina kalau diberi pilihan, tauk ketepi. Kata orang Kedah. Walau bagaimanapun teruskan perjuangan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah cina, anda memang hebat. (gunalah kesempatan, tanam pemikiran supaya meraka saying orang Melayu dan tak tipu orang melayu ). Macam itu menteri tipu Pak Lah.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment