Assalamualaikum wbt.
Prihatin yang bagaimana boleh dilaksanakan di Organisasi anda ?. Adakah anda prihatin terhadap pekerja atau anda prihatin terhadap produk ?.
Prihatin terhadap produk; untuk produk tak perlu sangat prihatin kerana produk telah direka sedemikian rupa dengan spesifikasi yang telah ditetapkan, perubahan produk tidak dilakukan secara mendadak, perlu penelitian dan kajian.
Elemen kemanusian terhadap manusia yang bekerja menghasilkan produk perlu diberi perhatian, anda perlu prihatin kepada mereka. Jangan pandang sama saja terhadap semua pekerja, walau anda bayar gaji kerana mereka kerja, itu adalah hak mereka, bonus pahala bagaimana yang boleh anda dapat ?
Curahkan kebaikan anda kepada mereka, mereka akan bekerja dengan lebih tekun dan sepenuh hati. Tanya khabar mereka, mereka akan rasa dihargai. Tanya masalah anak-anak mereka, mereka akan rasa dihargai, sekali-sekala hulur le sikit, sedekah, anak pekerja kita SPM dapat 5 A , kira ok, hulur le sedikit, jangan nanti anak mereka dapat 10A baru nak hulur.
Masa hulur niat sedekah kerana Allah. Anda akan disukai, sekaligun mereka akan suka dengan kerja mereka di organisasi anda.
Pekerja anda cakap mengenai memancing, andapun rendah diri sikit cakap bab memancing, jangan dok cerita lebih-lebih walau anda ada kelebihan dan kemampuan, pekerja anda cakap masalah motor, anda pun iakan masalah mereka, nampak seolah-olah anda prihatin, baru-baru mula prihatin, mungkin nampak seperti anda berlakon, insay Allah lama-kelamaan jadi tabiat dan tune kan niat kerana Allah. Untung dunia dan akhirat.
sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment