Tuesday, April 26, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk 17 (waktu duha)

Assalamualaikum wbt.

Waktu mana nak solat israq dan istikharah, waktu ini duduk dalam kereta, dalam perjalanan ke pejabat.

Lewat sikit pun tak pa, asalkan masih dalam waktu, datang le awal sedikit. Solat dalam pejabat. Lepas solat, buatle kerja sungguh-sungguh sehingga masuk ‘ waktu duha yang sebenar’ .

Waktu duha yang sebenar ialah pada satu per empat hari, duha paling banyak boleh buat 8 rekaat. Setiap 2 rekaat satu salam.

Satu per empat hari bermakna begini, siang hari adalah 12 jam , contoh terbit matahari 6.33 am tambah 27 minit 7.27 pagi, terbenam matahari 7.27 malam, sama 12 jam. 12 jam bahagi 4, dapat le 3 jam. 3 jam tambah 7.27 pagi, jadi waktu duha adalah seperempat yang pertama dari pukul 7.27 hingga pada pukul 10.27 pagi.

Solat awal boleh ?.
Boleh apa salahnya bermula dari matahari tinggi segalah hingga waktu sebelum gelincir matahari. Selepas Gelincir matahari baru masuk waktu zuhur.
Matahari tegak atas kepala, matahari sedang terbit, matahari sedang terbenam aadalah tiga waktu haram solat.

Nak baca surah apa dalam solat duha ?.
Selepas fatihah, rekaat pertama baca ‘was syam shiwa duha” , rekaat kedua surah ‘wal lail liiza’. Kalau tak hafal surah ini baca saja ‘qul ya’ dan ‘qul hua Allah’.

Bersambung.

No comments:

Post a Comment