Wednesday, April 27, 2011

Selamat Hari Guru - 4

Assalamualaikum wbt.

Sekolah ini saya suka, kalau diberi pilihan saya akan pergi, kalau tak diarahpun.. pergi saja jelah. Lihat-lihat.
Besok saya akan mengajar imbangan duga, dalam bab ini ada begini-begitu, kena buat ini kena buat itu. Saya akan Tanya dan minta dikalangan kamu buat dihadapan. Itu saja modal hari-hari.

Bertuahnya, anak sapa le.. palajarnya lebih tertib, sopan santun, dibudayakan menghormati guru, dibudayakan study, tak ganggu hak orang lain, dibudayakan jadi bersih. Sebab itu ramai yang nak masuk sekolah ini guna kabel elektrik.
Asalnya sekolah sebegini ditubuhkan untuk anak orang kampong yang tak ada kemudahan nak belajar dirumah, tapi akhirnya anak elit yang guna kabel masuk sekolah ini, anak cikgu boleh le masuk.

“Jangan dok buat suspen, beritahule sekolah mana, saya nak minta masuk mengajar sekolah tu.”

“Sorry le cikgu lanjut usia mana boleh masuk sekolah ni, selalunya kementerian pilih masa posting pertama, masuk dalam system, kemudian kekal dalam system selagi tak kena ‘tohmahan’ rakan-rakan dan pelajar atau selagi tak dibenci oleh Pengetua.
“woitt… cikgu nak masuk sekolah ini pun pilih kasih juga ke..?. lebih kurang bunyinya macam tu. Tapi KPM akan nafikan kerana tak ada dalam dasar mereka buat sedemikian, walau dari segi praktik ada berlaku. Pun begitu ada juga seorang dua yang ter’dapat’ masuk kesistem tersebut.

Mana awak tau ?. bab fakta saya kalah le.., bab mengata boleh le….
Saya tak mengajar di situ Cuma ROS 2 minggu sahaja, rasa macam nak mengajar disitu, tapi tak ada pengetua nak rekemen. Siapa nak pilih praktikal dapat B sahaja. Tahu tak pe..

Beruntunglah guru-guru yang dapat mengajar disekolah ini, kerja le lebih sikit untuk agama, bangsa dan Negara, kawan kamu disekolah lain teruk banget…

Sekolah yang saya maksudkan ialah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Mungkin kena pi melawat, adakah pelajar disana masih berperangai seperti senior mereka dahulu.

bersambung.

No comments:

Post a Comment