Assalamualaikum wbt.
Sekolah India, saya tak ada pengalaman mengajar di sekolah India, tapi pengalaman mengajar di kelas majority India. Ini pun bukan mengajar, sekadar Latihan Mengajar,Praktikal, bukan ROS di sebuah sekolah di Taman Maluri Kuala Lumpur, SMK Dato Lokman, Taman Maluri. Bakal isteri, (belum kenal waktu ini) praktikal di Convent Jalan Peel. Kerap berselisih, tak sangka dia akan jadi isteri.
Masya Allah, bebudak India ni, cukup sukar di kawal, saya terpaksa mengawal kaki dan tangan saya, dan mengunci mulut dari melakukan aksi yang tak sepatutnya dilakukan oleh guru. Ini adalah salah, aksi-aksi tersebut perlu dimasukkan kedalam kaedah pendidikan. Kaedah terakhir buah yang ke seratus.
Nak dijadikan cerita datanglah pensayarah nak observe saya, kena kelas mereka itu, saya amat susah hati, saya kata, Pn, nampaknya saya tak dapat A dalam praktikal kalau Pn observe saya di kelas ini. Kebetulan juga Pn ini adalah seorang India. Namun takdir menyebelahi saya.
Saya bawa pensyarah tadi melalui belakang pejabat pengetua yang di umpil gril nya oleh pelajar dan saya meng’omong’kan yang pelajar tadi adalah dari kelas yang akan kita masuk sebentar tadi. “adakah Pn sudah kunci kereta” Tanya saya. “ biar saya pergi check semula” jawab Pn pensyarah.
Akhirnya diringkas cerita, observe sekejab dah Nampak saya tak dapat kawal kelas, sepatah ditanya, berpatah-patah dijawab, suruh duduk diam, tak paham, cakap India sepatah dua, baru paham. Nak keluar, nak main ikut suka hati saja, sama macam reality diluar.
Pengetua sekolah itu Tanya, mahukah saya rekomen kamu mengajar disini, saya Nampak budak-budak Melayu suka pada awak ?.
“terima kasih tuan, saya nak ke Sabah”. Jawab saya.
Di ringkas cerita lagi result praktikal saya dapat B sahaja, sedih juga.
Saya tidak pilih sekolah India, walau bagaimanapun tahniah kepada guru-guru yang mengajar anak India, bersabarlah, relaxs, kalau anda tak mengajar siapa lagi nak mengajar mereka, dia punya abang kakak pun tak sanggup mengajar. Tak hairanlah kalau novel interlock di bisingh-bisingkan. Tak hairanlah kalau anda pernah dengar kata-kata sebegini “ itu jalan runtuh mau salah mentiri ke ?, apa pasal mau letak jawatan”.
Bersambung….
Saturday, April 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment