Monday, February 14, 2011
Selamat Maju Jaya Untuk Kawan-Kawan
Selamat Maju Jaya untuk Kawan-kawan PK Pentadbiran SMT Kedah Perlis.
Pertama sekali saya minta maaf, kerana meninggalkan anda semua, saya meninggalkan grup kita kerana saya mengejar kerjaya sendiri. Antara kita saya rasa saya yang lama jadi PK, kemudian Arwah Ustaz Fazial. Saya jadi PK Pentadbiran mulai tahun 2001 hingga 2010. Bermula dengan PK KO, PK HEM dan jadi PK P.
Tugas anda adalah amat mencabar, anda tersepit antara arahan Pengetua dan guru, anda perlu laksanakan arahan pengetua, kerana anda orang kanannya, pada masa yang sama anda berlembut-lembut dengan guru, kerana mereka kawan anda.
Anda perlu lihat kurikulum, pada masa yang sama anda kena jalankan tugas pentadbiran. Kadang anda rasa cemburu dengan guru cemerlang, kerja ‘ringan’ gred tinggi. Anda kerja berat, gred disitu sahaja (harap NUTP Berjaya dalam usaha mem DG48jawatan PK Pentadbiran.
Anda menilai rakan-rakan anda dihujung tahun, bukan semua cemerlang, tetapi menyimpan hasrat bahawa dia yang paling layak mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Ketika guru-guru lain bercuti sekolah, anda datang sekolah, ketika guru lain sudah pulang, anda pulang sama waktu dengan Pengetua. Waktu Pengetua tiada, andalah ketua yang tak ada kuasa apa-apa, tak ubah seperti pengawal menjaga supaya orang tidak masuk dan pelajar tidak keluar. Anda hendak berlebih-lebih nanti dikata naik kepala, menunjuk-nunjuk, tak sabar nak jadi Pengetua.
Terimalah nasib kita dan kini nasib anda, tiada tempat yang senang kerja, kerja Kosong saja yang tak ada kerja. Saya bukan lari, tetapi mengejar cita-cita. Semoga anda kuat semangat, kerja smart dan Berjaya menjadi Pengetua.
Al – Fatihah untuk Arwah Ustaz HJ Fazial Duduk pertama dari kiri – PKP SMT Kulim, dilantik Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan JPNK, kemudian menjawat jawatan Pengetua DG 52 di SMA Miri dan meninggal disana.
PKP termuda Sekolah Menengah Negeri Kedah tahun 2008 dan SMT Se Malaysia. HJ Ahmad .PKP SMT Jalan Stadium. Kuat kan semangat, simpan kudrat, cabaran sentiasa menanti, musuh sentiasa memasang jerat. Tapi sebagai PKP, gunalah peribahasa jerat tak pernah lupa pelanduk, jerat juga tak kenal siapa tuan yang memasangnya.
Menolak dari dilantik jadi Pengetua kerana sudah tua. HJ Idrus , SMT Alor Setar. Katanya kalau dah DG 48 buat apa nak sibuk jadi Pengetua DG 48 juga, rugi banyak, kena pindah, kerja berat.
Cik Teh Kim Nai , PJK – PKP SMT Langkawi. Teruskan dengan cara anda, kerana sebaik manapun kita sudah tentu ada yang tak kena dimata orang lain. Tahniah kerana sudah dapat DG 48, tunggulah sehari dua, kalau mahu akan dilantik jadi Pengetua DG 48.
Hj Lutfi – PKP SMT Pendang, membuka SMT Pendang dan menutup SMT Pendang, generasi baru tak tahu menghargai lalu sekolah yang cantik diberikan kepada orang. Salah sedikit diwar-warkan, jasa yang banyak di tongsampahkan. – lain bunyi. Selamat mengajar semula. Selamat meninggal segala protocol, pilihlah mana-mana kerusi nak duduk, rasa nak duduk depan, duduk lah, rasa tak mau datang pun ikutlah.
PN Maria – PKP SMT Sg Petani 1 – tahniah kerana telah kini menjadi Pengetua SMT Jalan Stadium, ronda-ronda lah bengkel, teruskan kekuatan dan kenyaringan suara, anda akan Berjaya.
Pn Azlini – PKP SMT Kangar – kalau orang dah ofer jadi Pengetua, pergi le, jauh sikitpun tak pe. Dari Johor boleh duduk Perlis, takkan dari Kangar ke Langkawi tak boleh.
PN Zarina – PKP SMT Arau –teruskan usaha, kepimpinan wanita lebih hebat dari lelaki, kalau ada peluang tinggalkan PKP. Jadilah pengetua.
Pn Fariza – PKP SMT SP 2. Jadi PKP lebih seronok dari PK HEM, kelemahan sikit-sikit apa nak dikira, kita kan manusia, alangkah baiknya kalau Bos kita berpendapat sebegitu.
PKP SMT Kulim yang baru, yang mengantikan tempat saya, Pn Norlaiti , anda berpotensi dalam kepimpinan, tunggu masa, anda juga adalah calon Pengetua sebuah sekolah dalam Negara Malaysia. Bersiap siaga lah.
PKP SMT SP 1 yang baru, saya pun tak nak ambil tahu, walau bagaimanapun selama join kelab PKP Zon Utara. Kedah Perlis.
Sekian,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment