Assalamualaikum wbt.
Selamat Tahun Baru Cina. Tak salah anda ucapkankan kerana, ia adalah perayaan bangsa, bukan agama, seperti tahun baru masihi, Tapi jangan lah anda tumpang yam seng dengan mereka kerana meraikan mereka sebagai rakan bisnes anda.
Saya suka mengambil contoh kegigihan masyarakat Cina dinegara kita, mereka kuat berusaha terutama dalam perniagaan, anak-anak mereka dilatih berniaga dari awal lagi, mulai dengan mengikut lori menghantar barang, melayan pelanggan akhirnya tahu selok belok perniagaan dan selok belok ‘penipuan’ dan ‘cilok’.
Usaha adalah tangga jaya, siapa yang berusaha dia akan dapat apa yang diusahakan, sebagai seorang Islam, kita kena berusaha lebih gigih, kalau tak setara masyarakat peniaga Cina, lebih dari mereka adalah lebih baik. Sebagai Islam setelah berusaha kita kena memohon keberjayaan dari Allah swt. Dan tawakkalkan kepada Allah.
Kebolehan masyarakat Cina serta kembolehan mereka melayan pelangan perlu dicontohi oleh kita, yang baik memang patut kita ambil dan tiru. Yang buruk jangan kita ikut.
Sesekali saya kerbata , alangkah baiknya jika masyarakat Cina di Malaysia memeluk agama Islam, mereka akan menjadi orang yang beribadat dan mengamalkan sunnah nabi dalam perniagaan.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment