Sunday, February 6, 2011
Nasihat Guru - 6 (Naik pokok nyiur dari perdu ke pucuk, bukan dari pucuk ke perdu)
Assalamualaikum wbt.
Kita sering memulakan sesuatu, dan apabila kita memulakan sesuatu hendaklah kita mulai dari awalnya, bukan dipertengahannya, atau dari penghujungnya. Saya teringat kata-kata dari seorang pensayarah saya di UPM dulu, Hassan Basri, beliau kata kepada saya, naik pokok nyiur dari perdu ke pucuk bukan dari pucuk ke perdu. Kata-kata tersebut dikatakan kepada saya kerana saya hendak melangkau subjek pra syarat yang ditetapkan.
Seperti kebiasaaan di universiti, sebelum ambil sesuatu subjek, kita kena ambil sesuatu subjek lain yang menjadi pra syarat kepada subjek tersebut. Kadang pra syarat tersebut tak valid pun (no komen)
Tapi kata-kata tersebut memang betul hakikatnya. Apabila kita muali sesuatu pekerjaan, mulai lah dari awalnya supaya kita ada landasan dan supaya kalau tersesat dihujung jalan boleh kembali dipangkal jalan.
Tapi lambat le cikgu ! .
Antara cara syaitan menghasut orang yang rajin menuntut ilmu dan rajin dalam pekerjaanya ialah memasukkan perasaan “amboi lambatnya, bila nak habis “
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment