Sunday, February 27, 2011
Nasihat Guru - 9 (burung terbang)
Assalamualaikum wbt.
Minggu ini Cikgu akan bertanya satu soalan, soalan sekadar nak menyusahkan kamu berfikir, tak ada markah kalau dapat jawab soalan ini, sekadar untuk menimbulkan minat kamu berfikir dan memerhati.
Berfikir dapat meluas dan menguatkan otak/akal, memerhati adalah satu kaedah pendidikan , pengalaman baru dan pengukuhan.
Soalan saya. “ bila burung dilepaskan dari sangkar, kemanakah haluannya terbang? “
Jangan kamu pergi lepas burung tekukur bapa kamu hanya kerana nak lihat kemana dia terbang. Kemudian bila kena marah oleh bapa, bagi alasan kata cikgu suruh, banyak cantik..
Soalan ini saya ambil dari Pak Cik Mail - DJ Radio 3 Alor Setar zaman 90 an dulu, waktu itu saya praktikal di Radio 3 Alor Setar, dan lah dua kali mengkeudarakan suara di 97.5 Mzh.
Sekian…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment