Assalamualaikum wbt.
Dua perkara yang menarik perhatian saya pada minggu ini.
1. Bob Lokman menyertai / menjadi ahli Pas.
2. Perhimpunan 30K Pemuda Pas di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut.
Memilih ideology untuk diperjuangkan mungkin nampak tak seberapa memberi tekanan perasaan berbanding dengan memilih agama. Namun dalam tekanan-tekanan luar membuat seseorang terpaksa menyembunyikan ideology (baca PAS -hijau atau UMNO - biru BN).
Bagi yang cari makan dengan mencari peluang-peluang perniagaan melalui saluran politik, sudah tentu akan terus berkompromi dengan politik yang memerintah, bebanding dengan yang cari makan sendiri, lebih bebas memilih dan menyatakan dengan terang-terang dia hijau atau biru.
Bagi kakitangan kerajaan, agak sukar menyatakan pendirian politiknya dengan terang-terang, kerana tekanan lebih hebat akan di’kena’kan oleh seseorang. Kadang bukan ketua jabatan, mungkin PAP saja yang mempunyai ideology berbeza dan memegang AJK tertentu dalam JKKK yang hendak menunjukkan kuasa.
Saya pernah didatangi seseorang Pemuda biru, meminta saya mengenakan ‘tindakan’ kepada seorang kakitangan kerajaan ideology hijau. Saya bertanya kenapa yang menyebabkan dia mahu si kakitangan tadi dikenakan tindakan.
Katanya si kakitangan hijau tadi, pandai sangat bercakap, rupanya pemuda biru tadi kalah ketika berhujah dengan sikakitangan hijau. Jadi oleh kerana egonya. Dan nak tunjuk kuasanya, maka dia memberi tekanan kepada saya untuk mengenakan tindakan kepada si kakitangan hijau.
Saya bertanya lagi, setakat mana aktifnya sikakitangan hijau, adakah dia sudah memberi ceramah atas pentas hijau, katanya belum, sekadar berhujah di kedai makan saja.
Saya kata, tak perlu ambil tindakan, tiada salah apa, kita Negara demokrasi, bebas memilih ideology politik masing-masing untuk diperjuangkan. Kita perjuangkan apa yang kita yakin. Jika anda anda yakin Biru boleh beri kesenangan dan himpun pahala untuk akhirat silalah teruskan, jika anda yakin hijau mampu beri peluang anda himpun pahala untuk kegunaan akhirat, teruskan perjuangan anda.
Bertengkar dan berhujah tanpa sebarang fakta, tidak boleh diguna di abad ini, semua penganut agama tertentu didunia amat yakin dengan kebenaran agama masing-masing, tapi ISLAM adalah agama yang benar. Dibuktikan dengan Al Quran, diuji secara eksperimen, ditemui secara pemerhatian dan kajian, Adakah agama lain boleh dibuktikan secara saintifik ?/
Bob Lokman, satu nama yang besar dalam arena seni tanahair khususnya penulisan lirik lagu. Siapa yang tidak tahu tentang lagu Isabella nyanyian kumpulan Search? Lagu tersebut begitu popular suatu ketika dulu. Ciptaan komposer M.Nasir dan liriknya hasil nukilan Bob Lokman.
Banyak lagi lagu-lagu popular terutamanya kategori rock yang mendapat sentuhan lirik daripada Bob Lokman.
Bob Lokman adalah salah satu sahaja dikalangan orang yang memilih hijau sebagai wadah perjuangan. Yang lain-lain tidak dihilightkan kerana tiada ‘kepentingan komersial’.
Bob menjadi perhatian kerana dia dikenali jadi apabila beliau mengumumkan menyertai hijau, maka yang lain-lain akan tertanya mengapa seseorang yang sebelum ini sudah cukup popular memilih hijau, ramai yang akan menganggap bila pilih hijau, kena duduk di Masjid saja, kena pakai kopiah putih sahaja, kena pakai jubah sahaja. Itu tanggapan sinis orang yang menentang hijau.
Hijau lebih praktikal kerana dalam mengejar akhirat mereka tidak lupa dunia perlu dicari, mencari dunia tanpa melupakan akhirat, maka ujud keseimbangan antara dunia dan akhirat.
Mereka bertanya kepada saya kenapa awak tak tunjukkan warna ideology ?, adakah awak takut ?.
Sebagai kakitangan kerajaan kita diminta ‘taat kepada Kerajaan pada ketika itu” – ini bermakna dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu dilaksanakan tanpa sebarang komen. Maka saya sebagai kakitangan kerajaan akan laksanakan dasar tersebut.
Urusan apakah warna saya, terpulang kepada saya kerana kita Negara demokrasi bebas memilih ideology politik masing-masing. Hati manusia tidak boleh ditetapkan oleh seseorang melainkan kita sendiri. Gunakan akal, buat bandingan, fikir secara kreatif dan Kritis, anda akan suka dengan keputusan anda seperti Bob Lokman. Tahniah Bob Lokman kerana dalam diri anda ada keyakinan, dan anda yakin dengan Ketentuan Allah swt, yang lain bila lagi ?.
Bela Rakyat - Buka Minda Hari Ini Cahaya Pasti Bersinar nanti
Bersambung…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment