Monday, February 28, 2011
Bela Rakyat - Hindustan dulu, kini dan ....
Assalamualaikum wbt.
Dato’ Maharajalela menghunus ‘golok Perak’ untuk memangkas leher seorang yang tidak mengangkat sembah terhadap rajanya (Sultan kepada Dato’ Maharajalela). Tapi kata raja, “nanti dulu Dato’, Orang itu tidak tahu adab dan budaya tidak seperti kita”. Mamanda menteri menyokong Raja. “betul tuanku, mereka tidak tahu adab dan budaya bangsa kita, sopan santun bangsa kita hanya kita saja yang amalkan di benua ini, benua Keling lain budayanya”.
Mamanda menteri sokong saja (ampu) yang dikata oleh Rajanya, takut dicop durhaka. Dato’ Maharajalela menyarung golok perak nya dan diselit dipinggang, di sebelah kiri Keris anugerah raja kepadanya.
“Wahai Dato’ orang benua keeling itu lain cara hormatnya, tak berbaju dan kain pelikat pakaian budayanya, apalah jika dibanding dengan kita, lengkap semuanya, lengkap budi bicaranya, ampun tuanku”
“ampun tuanku, patik hamba yang hina, hanya mengikut kanun peraturan istana, siapa yang datang kena beri hormat akan dia kepada tuanku, ampun tuanku”. “ tuanku patik mohon keluar istana, sembah patik bukan sembah durhaka, patik perlu mengqoda hajat”.
Tuanku bertitah “ silalah Dato’, beta bukan anak kecil yang tidak memahami bahasa Dato’ , Dato Bentara hadiahkan Dato’Maharajalela sebilah pedang seakan Pedang Setiawan, kerana jasa Dato’ mempertahankan istana beta”.
Sorry, melalut tak tentu pasal. Agaknya Raja Melaka hilang tak bermakam kerana membiarkan adab istana di langgar begitu saja. Dato’ Maharalela pun naik bengang, cari alasan tak mau bersekonkol dengan mereka yang suka buat peraturan dan langgar peraturan. Mamanda menteri biasalah penasihat raja, semua kata raja baik saja.
Kalau hamba, rakyat Melayu sudah putus kepala kerana tidak faham peraturan istana, kalau bangsa benua keling tidak mengapa, sebab dia tak tau bahasa istana melayu. Benua China pun tak mengapa, asal jangan benua Jawi. Melayu Malaysia jumpa Sultan Brunai pun terangkat sembah, kerana Sultan Brunai itu Sultan rakyat Melayu, orang Kedah jumpa Sultan Johor pun terangkat sembah sebab sultan Johor itu sultan Melayu.
Kenapa si dagang dari benua Keling ini tidak berbaju di sanjung juga, dijemput dating segera, biar tak sempat memakai baju. Itupun tak mengapa, kita jemput lagi 45,000 dari benua keeling buat Bantu majukan Negara kita. Bangsa Kita bangsa Jawi ini, tidak ppandai membuat kerja.
Hindustan = tanah hindu, tapi kita dah biasa panggil hindustan kepada orang tu..
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment