Tuesday, February 8, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk – 6 ( 5S )

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini saya membawa topik 5S yang diperkenalkan di Jepun tahun 1980. Saya lihat ini adalah amat baik dan selari dengan kehendak Islam. Dan itulah yang dituntut dalam syariat Islam. Kebersihan sebahagian dari Iman.
5S memang patut diamalkan, ia akan membuatkan tempat kerja menjadi kondusif dan menyedapkan mata memandang, saya percaya ini akan meningkatkan motivasi para pekerja sekaligus akan meningkatkan produktiviti di syarikat anda.

Nampak ringkas dan senang sahaja amalan 5S, namun dari segi praktik, ramai yang gagal. Mulai hari ini cuba anda amalkan 5S mulai dari ruang pejabat anda, ruang tandas anda kemudian diteruskan ketempat-tempat dan dan seluruh kawasan kilang atau pejabat anda.

Oleh kerana amalan 5S ini amat selari dengan kehendak Islam, maka saya cadangkan usaha anda diniatkan kerana Allah, mudah-mudahan ia menjadi ibadat dan mendapat ganjaran dari Allah swt.


Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S

No comments:

Post a Comment