Thursday, February 3, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 2

PERNIAGAAN DALAM ISLAM -2

Bagi memastikan peniaga tergolong dalam kumpulan yang akan duduk bersama para siddiqin dan syuhada, para peniaga perlulah melakukan perniagaan yang halal. Halal bermula dari usaha awal menjalankan perniagaan. Halal dari segi modal yang digunakan, modal yang digunakan hendaklah modal dari sumber yang halal, jika mewarisi harta pusaka yang diagihkan secara tidak adil, sudah jelas menunjukkan modal tidak halal atau ada unsure syubahat dalam modal tersebut.

Jika mendapatkan pinjaman, hendaklah dipastikan unsure-unsur riba tiada dalam pinjaman yang kita lakukan. Untunglah kerana sekarang ini ada pinjaman yang berdasarkan syariah Islam.

Para peniaga mungkin dapat mengelak diri dari mengenakan bunga keatas kelewatan pembeli menjelaskan bayaran, namun urusan dengan bank mungkin akan menjerat kita kedalam perlaksanaan riba.

Riba itu suatu dosa besar dan bahayanya juga amat besar. Pengharaman riba adalah semata-mata demi melindungi kepentingan manusia, baik dari segi moral, sosial mahupun perekonomian dan pengharamannya merangkumi segala bentuk, tidak kira sama ada banyak atau sedikit, berlipat ganda atau tidak. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Ali 'Imran ayat 130 yang tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya".

Para peniaga juga mungkin mudah untuk mengelakan diri dari terlibat menjual barangan yang haram pada zahir dan ada nas mengenainya. Dalam Al Quran. Seperti arak, judi babi dan Anjing.

Perlu diingat bahawa bukan peminum arak sahaja yang berdosa, setiap orang yang terlibat dalam urusan arak akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu Wataala termasuk tukang perah, pembawanya atau penghantarnya, tukang petik buah untuk dijadikan arak, penjual dan yang menerima hasil jualannya. Para peniaga juga hendaklah memastikan barang-barang yang diniagakan itu dari sumber dan cara yang halal, bukan dengan cara yang haram seperti barang curian, barang seludupan, barang dari hasil penipuan dan sebagainya.

Bersambung..3

No comments:

Post a Comment