Monday, February 28, 2011
Bela Rakyat – Memilih Idealogi (Bob Lokman 3)
Assalamualaikum wbt.
Masih berkisar mengenai Bob Lokman, menjadi ahli PAS adalah wadah perjuangan Bob Lokman, seperti yang saya pernah katakan, kita berjuang atas dasar keyakinan kita terhadap sesuatu yang diperjuangkan. Jika kita tidak yakin, kita tidak akan berada didalamnya.
Saya juga telah kata bahawa, nama Bob Lokman di ‘komersialkan’ dalam PAS, Bob diberi peranan berucap di pentas PAS, kerana orang mahu dengar ucapan beliau, ikon popular terkini dalam PAS, begitu juga dengan Cikgu Mala, ikon wanita terkini dalam PAS. Bila pula Cikgu Pi nak jadi ikon popular dalam PAS ?.
Kemasukan Bob saya rasa tidak dapat menarik ahli baru dalam PAS, walaupun beliau dikenali, beliau bukanlah sehebat penyanyi barat yang digilai oleh orang Malaysia, asalkan barat dan omputih, gila semacam saja. Dan masyarakat bukan mudah ikut jika perkara menuju ISlamik. Yusuf Islam telah Islam, tak adapun peminat yang masuk Islam kerana terikut dengan Yusuf Islam. Yang masuk Islam adalah kerana dakwah Yusuf Islam. Perkara berkaitan agama adalah hidayah dari Allah swt, bukan main ikut-ikut. Tapi dengan ikut-ikut juga akan terbuka pintu hidayah.
Dalam PAS ramai yang mahu mendekati Bob Lokman, dimana ada Bob disitu, ramai yang berkesempatan berbual dan bergambar dengan beliau, sebelum ini penyokong PAS mana ada peluang untuk mendekati Bob, kalau nak dekati, kena pergi majlis ‘maksiat’, orang PAS tidak akan pergi kerana mempertahankan imej PAS masing-masing.
Penyokong PAS ingin mendengar dari mulut Bob sebab –sebab dia menyertai parti itu, nak dengar untuk menambah keyakinan masing-masing bahawa mereka sudah diterima bukan saja dikalangan ustaz, cikgu, jurutera, doctor , peguam dan sebagainya, tak ubah seperti orang Islam hendak atau berminat mendengar cerita saudara baru mendapat hidayah. ‘saudara lama’ dah tak ada hidayah.
Kebiasaan manusia suka yang sensasi dan mensensasikan perkara yang takle berapa sensasi. Tapi itulah point yang boleh dijadikan bahan bicara.
Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh PAS, perlu berkempen manambah ahli, kerana ahli selalunya akan setia. Kempen Pendidikan Islam, kerana dalam PAS sendiri bukannya semua faham tentang Islam, yang ada hanya semangat Islam tapi ilmu tiada. Beri ilmu mereka ini akan menjadi Da’I dalam PAS.
Bercakap atau sekadar berceramah, orang itu salah, orang itu rasuah, adakah kita telah jalankan kempen menyedarkan manusia yang akan memimpin masa depan tentang rasuah. Atau adakah kita telah tanamkan keimanan yang kukuh dalam pemimpin akan dating. Cukupkah dengan imej warak, bekopiah putih, berbaju ala-ala raihan, sabagai modal memperjuangkan Islam. Bagaimana dengan ilmu sejarah Islam, Politik Islam, Perniagaan dalam Islam, Syariah, Kewangan, Hubungan antarabangsa cara Islam dan praktik hidup secara islam atau dakwah Islamiah yang menjadi tanggungjawab semua umat Muhammad.
Sekian, tamat bab Bob Lokman,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment