Tuesday, February 15, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk – 7 ( IMP )

5 – Minutes Islamic Executive Talk – 7 ( IMP)

Assalamualaikum wbt.

IMP [Islamic Manufacturing Practice] iaitu satu komuniti Amalan Pengilangan Islam yang lahir dari cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan mengandungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani. Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [Halalan Thoyyiba]

Memandangkan betapa perlunya umat Islam mempunyai satu “Standard” sendiri, maka satu piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) yang menghasilkan produk bertaraf “HALAALAN THOYYIBA“ telah diwujudkan sejak tahun 2005. Sebuah kilang yang bertaraf GMP telah ditubuhkan sebagai satu model Pengilangan IMP. Kaedah pengilangan IMP yang mematuhi tuntutan hukum-hukum dalam Islam telah dijalankan di kilang tersebut. Produk hasil pengilangan ini dijamin kesuciannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaniah.

Apakah IMP (Pengilangan)?

Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf “HALALAN TOYYIBA”; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut rohaniahnya.

Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam.

IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti:

1. IMP – Islamic Manufacturing Practice
2. GMP – Good Manufacturing Practice
3. HACCP – Persijilan dari Eropah
4. ISO9002
5. Halal

IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan “kepentingan Syahadah”.

IMP meliputi 4 aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi.
Tujuan Utama Komuniti IMP

• Mewujudkan jaringan perniagaan melalui sistem yang komprehensif dan sistematik
• Melaksanakan Jihad Ekonomi dan Fardu Kifayah
• Strategic Marketing dan Smart Partnership
• Mempelbagaikan produk Halalan Thoyyiba di pasaran dan mengembangkan rangkaian pemasaran borong dan runcit agar produk IMP mudah sampai kepada pengguna
• Penyaluran Maklumat mengenai produk Halal dan pendedahan mengenai kandungan bahan-bahan yang tidak halal dan kontiminasi-kontiminasi HARAM dalam makanan umat Islam serta strategi musuh Islam dalam makanan dan barangan kegunaan Ummah Islam untuk melemahkan mereka secara total



Sekian, Terima kasih

No comments:

Post a Comment