Falsafah Perniagaan menurut Islam.
Saya petik dari satu laman blog dan saya edit untuk dikongsi bersama.
Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa mendapat untung. Kadang-kadang mengalami kerugian. Jika untung sahaja yang diharapkan pasti, akan terjadinya monopoli, sorok barang , penipuan dan penindasan.
Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.
Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37)
Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikannya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:
1. Kita banyak mendapat kawan,di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.
2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:
Maksudnya:
Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.
3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama.Bekerjasama, Islam sangat menggalakkan.
Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:
Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan. (Al Maidah: 2)
4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur.Tidak ada tolak ansur, tidak boleh berniaga .Di dalam Islam,bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.
5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum.Di sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barangan itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam, pembaziran sangat dilarang,menjauhi pembaziran satu kewajipan.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang membazir saudara-saudara syaitan.(Al Isra: 27)
7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi.Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.
8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah,bahkan ia sangat diperlukan di dalam kehidupan.Orang yang sabar, pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab.
Firman Allah dalam Al Quran:
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira. (Az Zumar:10)
9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan(manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmatNya agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.
10. Di dalam perniagaan,boleh dapat peluang mengeluarkan zakat, salah satu dari rukun Islam dapat ditunaikan. Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan.Maka di sini banyak pula golongan terbantu
Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatimserta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesame manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. (Al Baqarah: 83)
11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia.Ia sentiasa mencabar emosi kita.Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita.Meyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran.Dalam Al Quran ada menyebutkan meyembunyikan sifat marah itu,ia adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
" Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat pekara-pekara yang baik. (Ali Imran: 134)
12.Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,bertolak ansur,memberi maaf,berlebih kurang,bersimpati.Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan.Di dalan Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah,agama berlapang dada dan pemaaf.
13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Disini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya, adanya perniagaan, menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.
Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan.Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dibangunkan maka banyaklah pahala yang kita dapat. Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fisabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.
Bersambung ..6
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment