Assalamualaikum wbt
Beberapa kawan saya ‘mencabar’ mengatakan rakyat Malaysia tidak akan berdemonstrasi sebagaimana di Tunisia dan di Mesir, beliau memberi hujah bahawa, i. Kemelaratan di Malaysia tak sama dengan Kemelaratan di Mesir ii. Pemimpin di Malaysia tak sediktator di Mesir iii. Rakyat Malaysia baik-baik.
Tiga sahaja hujah yang diberikan untuk menolak ‘revolusi Facebook’ yang berlaku di Tunisia dan Mesir.
Adakah benar kemelaratan di Malaysia tak seperti di Mesir, Mesir lebih glamer berbanding Tunisia, kerana hubungan antara Mesir dan Malaysia ‘akrab’. Ramai rakyat Malaysia belajar disana sejak zaman British lagi, malah digalakkan kesana oleh British, kerana pendidikan agamanya telah diatur oleh British.
Hujah kedua; Pemimpin di Malaysia tak se dictator seperti pemimpin Mesir. Kita pun bukan faham sangat, setakat mana dikatakan dictator, setakat mana dikatakan nasionalis, setakat mana di kata Komunis, setakat mana di kata sosialis, kadang kita sedap cakap saja.
Diktator boleh berlaku dalam Negara demokrasi, sosialis boleh berlaku dalam demokrasi, nasionalis memang berlaku dalam demokrasi, komunis mungkin sukar hendak berlaku dalam demokrasi. Semua itu bertimbal balik dan sering berlegar-legar dalam demokrasi.
Pemilihan pemimpin melalui undi (demokrasi), arahan pemimpin tanpa bantahan (autokratik), Cengkaman pemimpin kepada yang langgar arahan (dictator), pemimpin menperjuangkan bangsanya (nasionalis), pemimpin mementingkan keuntungan Negara , baca poket sendiri (kapitalis/korup), pemimpin salah guna duit Negara (penyelewengan/korup)
Demokrasi dan Syura adalah berbeza, jangan anda fikir ianya sama. Demokrasi adalah pendekatan majority, Syura adalah pendekatan sebulat suara. Dan Syura tidak boleh untuk perkara-perkara melanggar syariat Islam.
Saya tidak mahu menuduh mana-mana pemimpin menjadi kaya selepas mendapat kerusi, baik Parlimen dan DUN. Banyak blog yang mendedahkannya. Hjlutfi-choras tak pandai hendak mendedahkanya tanpa sebarang bukti, Cuma anda lihat dan fikirlah sendiri.
Diktatorkah pemimpin Malaysia ?.
Diktator di Malaysia boleh dilihat dari sudut yang lain seperti kebenaran untuk memberi hujah yang disekat kerana kononnya menghasut. Memberi bantuan wang perbendaharaan kepada penyokong sendiri manakala penyokong lawan dinafikan hak dan pembelaan. Penyekatan penggunaan media massa dan elektronik. Nampak macam tak dictator, Itu boleh dikatakan semua kerajaan akan membuat demikian untuk menjaga Negara (baca poket sendiri).
Hujah ketiga ; Rakyat Malaysia baik-baik. Yang ini agak sukar untuk saya beri hujah balas, tak dinafikan rakyat Malaysia baik-baik semuanya, ada Lubuk beri kepada Cina, jadi Lubuk Cina, ada tembikai beri kepada Cina, jadi timun cina. Ada kampong beri kepada Jawa, jadi kampong Jawa, ada tanah beri kepada Inggeris jadi Cameron Highland, malah suatu hari nanti ada kampong Nepal, kampong Bangla, Wilayah Singapura dalam Negara Malaysia.
Tanya le kepada saya sama ada saya setuju atau tidak guna ‘revolusi facebook’ untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada.
Tuan, tuan setujuke nak buat tunjuk perasaan macam di Tunisia dan Mesir , jawap le..
Wahai rakyat Malaysia, Allah memberi kita akal, untuk berfikir dan menilai, gunakan lah akal tersebut. Jalan demokrasi masih Relevan untuk kita laksanakan, tak perlu kita bersorak dijalan raya dan dataran Merdeka untuk menumbangkan sesebuah kerajaan yang kita tidak suka, kerana, menumbangkan kerana emosi tanpa dibekalkan pemikiran yang benar, tiada maknanya, namun jika sudah terpaksa, nyawapun akan dijadikan taruhannya.
Tanamkan ideology kita kepada orang lain, mereka akan ikut kita sedikit demi sedikit, kemenangan dengan ideology terpahatt didada lebih baik dari kemenangan emosi membara.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment