Bela rakyat – Adakah pembangunan (peruntukan, jalan raya, bantuan segera) perlu diberi ketika Kematian wakil rakyatnya ?
Assalamualaikum wbt.
Sudah menjadi trend dan mungkin suatu hari nanti, doa khusus dalam khutbah Jumaat atau majlis doa untuk mendoakan kematian wakil rakyat dengan harapan pembangunan diberikan kepada rakyat yang kematian wakilnya. (bagi mengubati kesedihan konon)
Atau saya sendiri sudah takut untuk menjadi wakil rakyat, kerana bimbang rakyat mendoakan kematian saya.
Kita merasa pelik, mengapa pembangunan dipendamkan dalam perbendaharaan kemudian apabila berlaku pilihanraya baru pembangunan dikeluarkan dari perbendaharaan. Itu saya pelik dan lebih saya pelik, bodoh sangatkah rakyat dikawasan tersebut yang bermegah-megah menerima pembangunan pada ketika itu dan bermegah-megah dengan pemimpin mereka yang ‘memahami’ kehendak rakyat.
Atau bodoh sangatkah pemimpin itu sehingga tidak memikirkan mereka sedang menguna-guna atau mengula-gula rakyat.
Pemimpin menggunakan taktik yang sama sejak dahulu kala, tak lain dan tak bukan kerana yakin beratus-ratus peratus, rakyatnya bodoh, dan mudah dibeli dengan pembangunan segera dan peruntukan segera semasa ucapan berapi-api pemimpin.
Lihat, kita memang layak dipilih lagi, kerana kita bawa pembangunan, mereka (pembangkang) apa boleh mereka beri, nak beri jalan baru, nak beri balairaya baru nak beri itu, ini. Di sambut dengan tepuk gemuruh oleh penyokong buta tuli.
Untuk makluman, kerajaan yang ada adalah pentadbir, pengurus perbendaharaan Malaysia, mereka mengeluarkan wang perbendaharaan kerana pakatan mereka meluluskan untuk mengeluarkan wang dari perbendaharaan, mereka tidak menggunakan wang parti untuk membina jalan, membuat balairaya. Wang perbendaharaan dikeluarkan khas untuk penyokong mereka dan mengaku pula itu dari parti mereka, sedarlah sikit kalau nak bohong pun, kat orang yang tak tahu, memang boleh bohong, masalahnya masih ramai yang tak tahu.
Tugas siapa untuk membuat ketidak- tahu- an rakyat. Kebodohan rakyat boleh dijadikan asset memenangi pilihanraya, jadi biarkan mereka bodoh, dengan cara itu kita akan terus berkuasa.
Dan rakyat yang tak tahu perlu dikekalkan dalam keadaan tak tahu, supaya mereka boleh terus di gula-gula kana tau diguna-gunakan.
Strategi politik sedemikan masih relevankan. Apa guna jadi pemimpin jika tidak membesarkan minda rakyat. Minda besar rakyat akan memilih mereka bijak memimpin berbanding minda kecil yang akan mendengar dan mengakui apa yang dilihat.
Bela rakyat bangunkan minda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment