5 Minutes Executive Talk 8 (IMP)
Assalamualaikum wbt.
Sambungan IMP.
Sebuah kilang mestilah set upnya mementingkan kesucian seperti yang dituntut oleh Islam. Jika dari sudut WHO mestilah mencapai HACCP atau CE (Eropah) atau KOSHER (Israel) atau HALAL (JAKIM) atau GMP (BPFK). Mementingkan kesucian dan kebersihan yang tinggi supaya produk tersebut mencapai piawaian "Halalan Toyyiba" dan tidak tercemar dengan sebarang kontaminasi fisikal dan rohani.
Pekerjanya mestilah muslim lagi mukmin. Memiliki pekerja yang hanya seorang Melayu tetapi tidak muslim lagi mukmin akan mencemarkan proses IMP. Maka kelas pengajian dan tarbiah hendaklah berjalan seiring dengan pengilangan. Kilang IMP bukan sahaja menjaga kualiti produk dari sudut HALAL malahan juga BAIK- BAIK; (maknanya mempunyai kesan pada jika dan ruhani penggunanya), malahan merupakan subuah institusi pendidikan yang bertanggungjawab selain dari menyumbangkan kepada pekerjaan juga mendidik para pekerja menjadi insan yang mulia di dunia dan di akhirat; tidak hanya untuk DUNIA WANG!
Niat pengusaha kilang juga perlu dinilai: Setiap pekerjaan harus diniat sebagai satu ibadat kepada Allah S.W.T. Justeru menghasilkan sebuah kilang bertaraf IMP adalah merupakan Fardu KIFAYAH terhadap umat Islam. Apabila niat itu untuk ibadat, maka apakah ciri-ciri yang akan menghasilkan ibadat tersebut: ILMU & AMAL;
Antara proses pengilangan hendaklah mengambil kira semua aspek syarak:
• Proses pencucian mestilah dengan kaedah air yang bersih diikuti dengan air mutlak.
• Operator yang berwudhu dan mengetahui hukum thaharah. Yang haid bolehlah berada di bilek pembungkusan atau bahagian lain.
• Setiap proses dimulai dengan Bismillah... & doa.
• Tiada iringan muzik kerana muzik akan memberi kesan (gelombang negatif) pada hasilan produk dan lain-lain lagi.
Di Petik dari Artikel Ustaz Haji Ahmad Tajuddin
Penasihat Syariah
Kumpulan The Rights
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment