Sunday, January 30, 2011

Nasihat Guru - 5 (Terlajak Perahu boleh diundur terlajak kata terguris jua)

Assalamualaikum wbt.

Sesetengah orang cakap ikut sedap mulut, ada insurans ke mulut tu ?. kononnya cakap lepas adalah baik, puas hatinya, tidak memendam rasa, kerana kalau tak dilepaskan nanti rasa sesak dada.

Boleh ke cakap ikut sedap mulut saja ?. bagaimana pula dengan pantun dua kerat ini, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Fikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, inilah yang sepatutnya, kerana dibimbangi kata-kata yang dikeluarkan dari mulut kita akan menyebabkan perasaan orang lain tersinggung, jangan kita hendak puaskan hati kita sahaja, sedangkan hati orang lain akan tersinggung.

Menyinggung perasaan orang lain, lebih berat dosanya, nak kena minta maaf pula daripada kita sendiri yang rasa sesak dada kerana tak keluarkan kata-kata. Namun begitu jika perlu keluarkan kata-kata yang gerenti akan menyinggung perasaan penerimanya, maka katakan ketika tiada orang lain, dan terus mohon maaf selepas kata-kata tersebut.

Kalau hari ini dia tidak boleh terima kata-kata kita, akan datang, jika kata-kata kita benar dia akan menerimanya dan mengingatinya.

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata terguris jua / padah jadinya / buruk akibatnya/ merana jiwanya / dan lain-lain.

Boleh ke perahu diundur ?. memang boleh. Ada satu kenderaan sahaja yang tak boleh diundur iaitu ‘anok’. Cikgu, anok tu apa ?.


Sekian.

No comments:

Post a Comment