Wednesday, January 12, 2011

Bela Rakyat - Monopoli dan sorok barang

Assalamualaikum wbt.

Kerajaan boleh ‘menjalankan perniagaan monopoli’ iaitu kerajaan sendiri yang berniaga secara monopoli dengan syarat, monopoli tersebut adalah untuk menjaga kepentingan rakyat, dari segi ; 1. bekalan tak putus 2, Harga berpatutan dan logik 3. Bukan untuk kepentingan individu dalam kerajaan. 4. Adil.

Empat syarat ini cukup dan melayakkan kerajaan membuat perniagaan. Tapi anda yakin ke ‘kerajaan’ boleh laksanakan semua syarat tu. Ada masa ke kerajaan nak berniaga. Jujur ke kakitangan kerajaan yang digajikan untuk berniaga.

Persoalan-persoalan tersebut cukup membuat diri saya kata kerajaan tak akan mampu buat benda itu. LLN diswastakan, Pos di swastakan, macam-macam lagi di swastakan, syarikat kerajaan dibuat macam syarikat sendiri. Itu dasar penswastaan , tak boleh komen.

Begitu juga dengan koperasi, asal penubuhan adalah untuk kepentingan dan kebajikan ahlinya, tetapi akhirnya koperasi bermotifkan keuntungan, maka semua barang diniagakan secara ‘komersial’ dan kepentingan ahli tak dijaga lagi.

Sekaran kerajaan tak berniaga, tetapi kerajaan adalah penguatkuasa undang-undang dan peraturan, Harga boleh dikawal , untuk menentukan pematuhan harga, kerajaan ada penguatkuasa untuk mengenakan saman terhadap mereka yang melanggal peraturan, kerajaan ada polis, ada kastam, ada unit pencegehan penyeludupan, ada askar, ada askar sempadan, ada maritime , ada lembaga perikanan dan macam-macam badan yang ada peruntukan kuasa bagi mengawal semua jenis keperluan rakyatnya.

Cantik dah.. orang dulu-dulu reka jawatan dan kerja dalam kerajaan untuk jaga kepentingan rakyat. Secara logiknya, cukup cantik.. tapi jadi tak logic, penegeluar minyak sawit terutama dunia, rakyat tak dapat beli minyak masak, pengeluar minyak petrol terbaik dunia, rakyat terpaksa beli minyak harga mahal.

Semua ini berkait dengan 4 syarat yang saya kata diatas tadi.
Islam melarang umatnya daripada melakukan "monopoli" dan menyorok barangan (ihtikar) kerana perbuatan tersebut boleh menaikkan harga sesuatu barangan akibat kesukaran mendapatkannya di pasaran. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesiapa yang menyorok(barangan), dia telah melakukan kesalahan"(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & Muslim).
Hadis tersebut mungkin tak dapat dilaksanakan di Negara masyarakat majmuk (bukan kata saya, kerana saya berkeyakinan Al Quran dan Sunnah dapat dilaksanakan diseluruh dunia termasuk planet lain.)

Kita sering jumpa barang kawalan Negara kita dijual di Thailand. Dijual di Singapura atau di Indonesia. Dijual kerana ada sipat tamak mereka yang menjual dan mereka yang mengawal.

Sifat tamak disokong oleh mereka/ rakyat yang tak kisah. Rakyat boleh sabar kerana kita sering dikatakan “kita merdeka tanpa tumpah darah” , kita masyarakat yang toleransi dan macam- macam lagi yang telah melembutkan khursani dalam jiwa Melayu.


Sekian.

No comments:

Post a Comment