Monday, May 31, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 6

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 6
Dicatat pada 25/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari keenam, Selasa 13 April 2010. Minggu Kedua.


PRS : Assalamualaikum wbt.
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Bagaimana dengan perkembangan bacaan malam ini.
HL : Alhamdulillah, ana sudah cuba yang terbaik, ana telah buat persediaan dengan mengulang baca beberapa kali petang tadi. Kuliah Maghrib tadi Ustaz ada sebut tentang jangan seronok dengan amalan sendiri. Tahukah apa maksud jangan seronok dengan amalan sendiri. Kita mungkin perasan kita telah memenuhi araahan dan larangan Allah, pada hal kita laksanakan semua itu bukan kerana Allah. Kita buat kerana orang lain. 3 kumpulan orang yang akan disoal siasat oleh Allah, kena atas diri ana sendiri.

1. Qari dan Qariah
2. Orang yang bersedekah
3. Pejuang Fi Sabilillah.

Contoh soalan yang akan Malaikat kemukakan kepada Qari dan Qariah. (dalam bahasa harian kita).
M: Kenapa baca Quran ?
Q: Sebagai Ibadat kepada Allah.
M: Bohong ! Hang baca Quran sebab nak bagi orang kata hang pandai baca dan suara hang sedap.
Q: Dak aih, saya baca kerana Allah.
M: Bohong, yang hang dok cerita kat orang, hang mengaji disana, mengaji di sini dengan,guru itu dengan guru ini, siap tulis dalam Blog lagi, buat program Realiti Mencari Qari Senja lagi, hang kata buat kerana Allah. (terkedu si Qari, harap bukan Qari Senja ini).

Lebih kurang begitulah ulasan Ustaz yang beri kuliah tadi, bab tulis dalam blog hanyalah tambahan daripada ana, untuk disesuaikan dengan diri ana.

ana juga rasa macam nak buang serban dari atas kepala dihadapan ustaz tadi, apabila, beliau mengemukakan soalan-soalan menguji keikhlasan kita dalam beribadat dan mengikut sunnah.
Namun ana tetap berkata, ana pakai serban kerana malu ana pada Rasulullah, 8 kali ana ziarah makam Rasulullah, tak kan satu sunnah baginda ana tak dapat ikut.


PRS : Panjang pula ulasan Tn Hj, berbalik kepada bacaan malam ini, baca ayat berapa dan apa komen ustaz.
HL : Malam ini ana baca ayat 38 – 48 surah Al Baqarah. Ustaz kata bacaan ana bertambah baik. Selepas itu kami berbincang Izhar syafawi, bagaimana cara bunyi izhar syafawi. Ia adalah hokum yang terbit apabila mim sakinah bertemu dengan salah satu dari semua huruf hijaiyah kecuali huruf ba dibaca dengan jelas tanpa dengu.

Lawatan ke Bandung dan Jakarta




Lawatan Ke Bandung dan Jakarta.

Assalamualaikum wbt,

Sudahkah anda cari atau layari Program realiti Sendiri – Mencari Qari Senja.? Dalam blog saya ini. Sila lah layari, sekadar berkongsi pengalaman dan kelemahan yang mungkin boleh tuan/puan jadikan sempadan.

Baiklah, artikel saya hari ini adalah dalam label pengalaman dan kehidupan.

Pada hari Rabu 26 Mei saya dan 7 dan seorang isteri kepada rakan kami (jumlah semua 9 orang) mengadakan lawatan ke Bandung dan Jakarta. Kawan-kawan ini terdiri daripada Penolong Kanan HEM, Ketua Bidang Bahasa, Ketua Bidang Teknik, ketua Bidang Vokasional, Ketua Warden, Guru ICT dan Setiausaha Unit Latihan Sekolah.

Lawatan kami adalah untuk Benchmark ‘School Enterprise’ – mencari idea untuk menjayakan school enterprise di sekolah. Sama seperti saya diarah keluar melihat apa yang dijual di Kota Kinabalu semasa saya mengikuti kursus Asas perniagaan anjuran MARA. Keluar melihat apa yang sedang diniaga, yang banyak diniaga, yang sedikit diniaga, dan apa yang boleh kita niagakan, sehari juga di kota kinabalu mencari apa yang kita sendiri boleh niagakan, namun sehingga hari ini saya belum membuka perniagan?, tapi saya dapat idea untuk buat perniagaan semasa berada di Bandung dan Jakarta selama 3 hari 3 malam. Perniagaan apa ? (rahsia)

Bertolak dari Bayan Lepas dengan Air Asia Indonesia, Tiba di Jakarta, disambut oleh Panjiwisata (Panji = panji, bendera, Wisata = visitror) , pergi makan di Selera Jumbo (masakan Padang), solat jamak takhdim, bertolak ke Bandong, 4 jam baru sampai di Bandung. (tak payah buat lawak le, air bandung dan mee bandung tak ada disini). Makan malam, Terus menuju Factory outlet, kemudian baru pergi hotel, Hotel cemerlang. Besok pagi pergi Pekan Baru, tempat jualan, layaknya seperti pekan Rabu Alor Setar, tetapi Pekan Baru merupakan kompleks seperti City pLaza Alor Setar, tetapi lebih besar dari City Plaza Alor Setar, dan jualannya, Masya Allah, tak terbeli.

Saya yang bukan kaki belanja, tapi bila di kata oleh jurujual, “boleh belanja lagi..” saya pun berbelanja. Kali ini habis tak banyak RM 400 sahaja. Mujurlah saya bukan kaki belanja, dan isteri saya tak pergi berama, kalau tidak,...

Sempat beli telekong 3 pasang 195,000 Rp. Baju Muslim 2 helai 200,000 Rp, baju anak-anak, dan isteri. Tapi yang mengejutkan, dalam perjalanan pulang dari Kulim ke Kuala Nerang, saya singgah di Kuala Ketil membeli pakaian anak-anak. Harga nya lebih murah. Dalam hal macam ini saya buat bandingan juga, buat apa nak usung penat-penat dari Indonesia, padahal benda yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Benda yang tak ada bolehlah beli disana sebagai kenang-kenangan.

Beli Kurma di Malaysia lebih murah dari beli kurma di Madinah, jadi beli kurma Ajwa sudahlah di Madinah, kurma jenis lain, beli di Malaysia sahaja.

Kemudian pergi melawat pasar Cibaduyut, beli barangan kulit, belum tentu kulit, walau dikatakan kulit, disini saya beli dompet sahaja, dalam bas saya tukar guna dompet baru, manakala dompet lama dimasukkan kedalam pakaian-pakaian yang dibeli, semasa dirumah anak lelaki saya, kata kopek duit ayah kosong, saya jawab semua duit telah habis buat beli kain baju. Dia pun percaya, katanya kesian kat ayah, duit habis. Namun apabila dia ternampak dompet baru, baru dia kata ... oo ayah guna kopek baru, (kopek bahasa orang Kedah untuk dompet, bukan kopek orang kelantan)

Dari Cibaduyut, bertolak ke Jakarta, dan Check in dihotel Spark dua malam. Sebelum check ini, makan malam di rumah makan Minang. Malam ini tidak kemana-mana, hotel terletak dikawasan Orang Cina, maka makanan pelik-pelik pun dijual oleh mereka, antaranya, sup ular tedung, biawak dan lain-lain, Bah kut teh Malaysia pun ada. Dan Obat Perkasa pun banyak dijual di siring jalan.

Pagi esok 28 Mei, awal-awal lagi keluar, pakai baju koperat sekolah pergi melawat tempat kraftangan. (sesuaikah kraftangan dijadikan industri ? ), pergi melawat Tanah Abang, masya Allah sekali lagi, ramainya orang membeli belah, pening kepala saya , terpaksa cari hujung-hujung kedai, itupun ramai juga. Beli baju raya upin dan Ipin untuk 3 anak lelaki saya. Kemudian naik ketingkat atas sekali bangunan komplek perniagaan tersebut utnuk sembahyang Jumaat, bagus kerana ada masjid di tempat membeli belah. Khatib pula khutbah tanpa teks, sama semasa saya di Acheh bulan lepas, beliau mengupas Surah Al – Asr, demi masa, sesuai dengan jemaah hari tersebut, khatib merangkap imam Jumaat memakai serban hitam, ikut sunah nabi, saya pakai serban coklat, kami berdua saja yang berserban waktu itu. WARNA HITAM adalah warna serban nabi.

Masa nak masuk Indonesia hari itu saya tak pakai serban, takut, tak lepas di Imigration, nanti diambil keterangan lebih pula, JI , dalam tak pakai serbanpun , ditanya macam-macam, . ambil cop jari sepuluh jari.

Selepas solat Jumaat kami ke Rumah makan minang yang semalam, kemudian melawat Monumen Nasional (disingkat jadi Monas), ambil gambar sahaja, kemudian pergi ke Mangga 3 (tempat beli belah). Disini saya guna wang rupiah terakhir selain simpanan Rp 150000 untuk airport tax. Tak cukup, dan saya kata tak jadi beli sebab uang rupiah sudah habis, Cikgu Shukri pula kata, nah ambil Rp dia dulu 10,000 = RM 3.70, maka beli juga baju anak saya yang kecil sekali, harga lebih mahal dari di wah siah kuala ketil, walaupun kualitas nya hampir sama.

29 Mei 2010 pukul 4.00 pagi waktu Jawa barat , kami bertolak ke airport, kapal terbang berlepas pukul 7.25 pagi, sampai di Bayan Lepas 10.30 pagi (2.30 menit) . Menit = ejaan bahasa Indonesia.

Sekian, jumpa lagi, selepas ini mungkin Umrah (dah diulang sebut dalam perbualan dengan isteri dan beberapa rakan agar menjadi azam).

Guru Lepasan Ijazah jadi rebutan (UM)

Assalamualaikum wbt.
dari Utusan Malaysia 31 Mei 2010

Guru lepasan ijazah jadi rebutan


Sebahagian daripada 263 graduan gembira pada Konvokesyen Institut Perguruan Kampus Kota Bharu, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KOTA BHARU 30 Mei - Bidang perguruan semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya di kalangan generasi muda apabila jumlah siswazah yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kian bertambah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya menerima 40,000 permohonan KPLI setiap tahun iaitu jumlah yang sangat ramai.

''Selain siswazah, KPLI turut menjadi buruan golongan yang telah bekerja dan sanggup melepaskan jawatan sebagai peguam, jurutera, pegawai eksekutif dan pensyarah bergaji lebih lumayan untuk menjadi seorang guru.

''Perkembangan ini amat menakjubkan kerana mereka sanggup mengorbankan kerjaya yang telah diterokai dan melepaskan gaji tinggi semata-mata menjadi guru," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvokesyen kali ke-47 Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran, Datuk Misrah Ibrahim.

Dalam pada itu, Alimuddin meminta guru pelatih menunjukkan kesungguhan yang berterusan selepas bergelar guru dengan mengajar murid-murid daripada pelbagai latar belakang dengan ikhlas.

''Sekiranya teori dan praktikal semasa latihan gagal diaplikasikan, rujuk dengan guru-guru yang lebih berpengalaman," katanya.

Sementara itu, seorang graduan dan bapa kepada tiga anak dianugerahkan Pelajar Cemerlang Kokurikulum apabila berjaya menyeimbangkan di antara akademik dan aktiviti luar.

Shahrul Nizam Shahlan, 32, mengakui untuk menyeimbangkan akademik dan kokurikulum memang meletihkan.

Sebelum mengikuti KPLI, Shahrul Nizam memegang jawatan Pengurus Keselamatan di Johor Bahru selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Seorang lagi pelatih yang juga bekas Eksekutif Pemasaran Takaful Malaysia cawangan Kota Bharu, Mahani Mat Deris, 33, berkata, dia sanggup meninggalkan jawatan dan gaji lumayan semata-mata untuk menjadi guru.

''Guru adalah cita-cita sejak kecil dan apabila anak-anak semakin membesar, kerjaya ini paling sesuai kerana mempunyai lebih banyak masa dengan mereka," katanya yang dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang Praktikal.

Penerima Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan, Aminah Sabtu, 29, berkata, dia pernah kecewa apabila permohonannya sebelum ini untuk memasuki maktab perguruan ditolak.

Namun dia tidak berputus asa dan kesabarannya itu berbaloi apabila hari ini, selain anugerah itu dia turut menerima anugerah Pelajar Cemerlang Akademik.

Aminah kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang, Selangor sebagai guru bimbingan dan kaunseling.

Komen Blog Hjlutfi-Choras.

1. Adakah Guru yang berebut nak jadi guru KPLI sebab tak dapat kerja lain.
2. Bagaimana guru yang tak minat jadi guru terlepas jadi guru semasa temuduga guru.
3. Selamat bertugas, terima tugas jangan berkira,

Friday, May 28, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 5

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 5
Dicatat pada 24/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari kelima, Isnin 12 April 2010. Minggu Kedua.

PRS : Assalamualaikum wbt
HL : Waalaikumussalam wbt.
PRS : Malam ini TnHj memperdengarkan ayat berapa ?
HL : Sebentar tadi ana memperdengarkan ayat 30 – 37 surah Al baqarah. Kata
Ustaz bacaan ana semakin baik. Ana rasa seronok sikit sebab dah ada perkembangan
dalam bacaan ana. Rasanya tak lama lagi ana akan dapat Gelaran Qari Senja.
PRS : Jangan terlalu yakin
HL : Ana Cuma rasa seronok sahaja, sebab ustaz kata ada perkembangan, sebenarnya ana
sudah buat latihan sebelum datang baca kepadanya.
PRS : Tn Hj Faham ke makna setiap ayat yang dibaca ?
HL : Ana sudah ulangkaji terjemahan, supaya ana dapat tanda dimana waqaf yang sesuai jika
tak sampai nafas. Dalam ayat yang an abaca, Mengatakan Allah telah menerima taubat
nabi Adam, sebelum nabi Adam dan Isterinya dikeluarkan dari Syurga. Ini
menunjukkan dakwaan Kristian yang mengatakan manusia mewarisi dosa nabi Adam
adalah tidak benar. Itulah serba sikit yang ana tahu. Malam ini kami bincang Izhar
Halqi.

PRS - Mencari Qari Senja - 4

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 4
24/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari keempat, Ahad 11 April 2010. Minggu Kedua.

Malam ini saya akan memperdengarkan bacaan ayat 25 – 19 Surah Al Baqarah. Malam ini tiada kuliah Maghrib, penceramah tidak datang. Isyak akan disegerakan awal waktu. Masa perbincangan dengan Ustaz akan jadi panjang, Pengajian Al Quran akan berhenti pada pukul sepuluh malam.


UST : Bacaan ante sama seperti minggu lepas, masih huruf mad yang tidak betul, tapi tidak
mengubah maksud ayat.

HL : Terima kasih ustaz.

Setelah semua habis menperdengarkan bacaan, sesi perbincangan dimulakan. Saya meminta ustaz mendengar sebutan sod, dhot, tho, zho, Ain, Ghain dan menentukan samaada sebutan saya betul atau salah. Ustaz kata betul sebutan saya. Cuma saya menambah dengan rendah diri, kadang sebutan tidak berapa nak jadi.

Ustaz juga menerangkan Mad Asli, Mad Badal, Mad Lin dan Mad Iwad. Dan kami mengalunkan sebutan-sebutan serta harakat mad tersebut.

Thursday, May 27, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 3

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 3
24/5/10
Pencarian Qari Senja masuk hari ketiga, Selasa 6 April 2010. Minggu pertama.

Malam ini Tuan Guru Hj Salleh menyambung kuliah bulan lepas, iaitu membicarakan sifat-sifat Allah. Beliau banyak menerangkan tentang Jirim dan Zat. Allah swt adalah maha sempurna. Kuliah beliau lajak sehingga pukul 9.00 lebih.

Selepas solat Isyak dan solat baghdiayah saya segera ketempat pengajian Al Quran di bahagian kiri masjid. Ust. Fadzil sedia menunggu. Peserta yang lain juga sedang menunggu untuk memperdengarkan bacaan. Malam ini saya akan memperdengarkan ayat 17 hingga 24 surah Al Baqarah.

UST : Bacaan ante kurang baik malam ini, huruf mad tidak diberi penekanan, ante kena gerakkan jari untuk kira panjang harakat ( sambil menunjukkan jari beliau). Yang dua harakat ada yang ante buat 3 harakat , yang 4 harakat ada yang ante hemtam 5 harakat.

HL : Terima kasih ustaz.

Saya bergerak kebelakang untuk memberi laluan kepada peserta lain berhadapan dengan Ustaz. Seorang lagi pembantu Ustaz iaitu En Latif, membantu mengajar beberapa peserta lain.
Saya cuba mempraktikan harakat dengan mengerakkan jari.

Wednesday, May 26, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 2

Program realiti sendiri – Mencari Qari Senja – 2.
Dicatat pada 24/5/10

Pencarian Qari Senja masuk hari kedua Isnin 5 April 2010. Minggu pertama.

PRS : Apa yang terlintas di hati Tn Hj setelah pulang semalam.
HL : Ana rasa ana nak teruskan cabaran ini, ana tak gentar, Insya Allah , kejayaan akan
bersama ana. Hari ini ana akan maklumkan kepada Ustaz yang ana akan jadikan dia
mentor/ustaz kepada ana.
PRS : Bagaimana persediaan hari ini?
HL : Hari ini ana bersiap awal untuk datang ke Masjid, untuk solat Maghrib dan Isyak
berjemaah, selepas Isyak solat sunat bahgdiyah, kemudian berhadapan dengan ustaz
untuk memperdengarkan bacaan,
PRS : Berapa ramai peserta lain ?
HL : 12 peserta semuanya, mereka mempedengarkan bacaan mengikut surah bacaan mereka
sendiri.
PRS : Siapa akan membaca dahulu ?
HL : Yang datang awal.
PRS : Adakah mentor akan beri kebenaran untuk bertanya ?
HL : Ya, beliau beri kebenaran untuk bertanya, dan berbincang melangkaui ayat yang
diperdengarkan.

HL : Saya adalah orang kedua yang mempedengarkan bacaan pada malam ini, mula dengan surah Al Baqarah ( lembu betina). Bermula ayat 1 hingga 16. Ayat ini kalau tarik lagu memang sedap, tapi bukan nak tarik lagu, baca pun tak seimbang lagi. Al baqarah adalah ayat Madaniyyah, surah ini mengandungi 286 ayat. Ayat ini diturunkan di Madinah, surah terpanjang didalam Al Quran ini dimulakan dengan menjelaskan pengertian yang disebut dalam Al fatihah. Surah ini menerangkan yang al Quran sumber petunjuk dan golongan yang mendapat keredaan dan kemurkaan Allah.

PRS : Ustaz, apa komen ustaz terhadap bacaan yang diperdengarkan oleh Tn Hj.
UST : Secara keseluruhan bacaan boleh diterima, tapi banyak kesalahan kecil yang tidak
merubah maksud ayat, Ante tidak memberi penekanan terhadap hukum Mad. Kadang
mad Asli panjang lebih 2 harakat, sepatutnya 2 harakat sahaja.
Sebutan qalqalah, ba perlu diperjelaskan lagi.
PRS : Terima kasih Ustaz.

Tuesday, May 25, 2010

PRS - Mencari Qari Senja - 1

Program Realiti Sendiri – Mencari Qari Senja - 1

Biodata Peserta
Dicatat pada 23/5/2010

Assalamualaikum wbt.

Saya akan membuat satu program realiti sendiri(PRS) – Mencari Qari Senja (MQS).
Program realiti ini adalah untuk mencari Seorang Qari berumur yang mana bacaan Qari tersebut adalah betul dari segi tajwid tanpa mengira lagu/ taranum atau riwayat atau Qiraat. Hanya ikut bacaan Riwayat Hafs sahaja dari gurunya Asim. Sekadar mencari seorang Qari yang dapat membaca Ayat Quran dengan betul dari segi sebutan/ makhraj dan tajwid. Perserta terdiri dari saya seorang sahaja ( tajuk program pun Program Realiti Sendiri)

Jangkamasa untuk mencapai tahap Qari Senja tidak terhad, bergantung kepada Hakim/ guru, bila dia kata, sudah ok, kira sudah berjaya mencapai Qari Senja. Hadiahnya ......satu minggu tujuh hari. Satu tahun 365 hari, Bulan Ramaddan puasa 29 atau 30 hari.

Kepada yang melayari artikel ini, jangan komen apa-apa, tolong doakan kejayaan pesertanya, tak payah SMS, Cuma ingat daku dalam doamu.

Biodata peserta;

Nama : Hj Lutfi bin Hj Abu Hanifah
Umur : 42 thn
Status : Berkahwin
Isteri 1 : Hjh Rozita bt Abdul Rahim
Isteri 2 : Tiada bt Tiada
Isteri 3 : Tiada bt Tiada
Isteri 4 : Tiada bt Tiada
Anak : 7 orang

Bangsa : Kedah
Bahasa Pertuturan : Kedah.
Bahasa lain : tak boleh
Saiz hidung : Normal
Saiz mulut : Normal
Jantung : Normal
Paru-paru : Normal

Makanan kegemaran :
Tak kisah. Pedas boleh, tak pedas boleh,masin tak berapa boleh,manis tak berapa boleh.
Minuman kegemaran : Panas boleh, sejuk pun boleh.

Kesihatan : Sihat , bernafas ikut hidung, tak sengau, mata rabun dekat sikit power 100. bila baca kena pakai spek.


Pendidikan Al Quran :
1. Belajar dengan tok sendiri (khatam tapi langkau nak bagi khatam cepat)
2. Kelas Kafa di Masjid (Ustaz Man dan Ustazah Di – tak dan khatam walau baca langkau)

He he.. boleh ke khatam baca langkau-langkau? , macam mana dengan konsep talaqqi dan mushafahah. Ante fikirle sendiri.

Baca sendiri :
1. Khatam sendiri – masa di universiti setahun sekali
2. Di Masjidil Haram 3 kali khatam.
3. Lain –lain, setiap tahun sekali khatam sebelum Ramaddan, bulan Ramaddan mula baru.

Tadarus :

1. Khatam Dua kali di SMT Pendang

Lain-lain

1. Sempat belajar taranum 3 kali sahaja.
2. Tajwid tak pernah belajar secara formal, kelas kafa pun ponteng selalu, belajar baca dan diberitahu semasa bertemu hukum-hukum tajwid.
3. Kitab Rujukan , Al Quran, Al Quran Rasm Uthmani bertajwid dan makna jilid 1 – 10, Ilmu tajwid praktikal dan berkesan, dan kaedah tajwid Rasm uthmani.

Mentor : Ust Fadzil merangkap Hakim dan guru.

Lain-lain lagi.

1. Tok wan, tok, pak njang, mak tam, Hj Karim (sepupu), ajar Quran.
2. Adik lelaki ustaz, kakak ustazah, Ayah dan mak sekolah pondok.

Harapan : Juara Program Realiti Sendiri – Dinobat sebagai Qari Senja.


Pencarian Bermula:

Hari Pertama Ahad , 4 April 2010 Minggu Pertama.

PRS (program reality sendiri)
MQS (mencari Qari senja)
HL (Hj Lutfi- peserta)

PRS : Apa harapan Tn Hj dalam program reality ini.
HL : Saya berharap dinobatkan sebagai Qari Senja.
PRS : Tak takut haram ke program ni, jadi riak ke, ujub ke, takabbur ke, macam nak
menunjuk ke ?
HL : Secara zahir nampak tidak haram, tiada percampuran antara lelaki dan wanita,
ini adalah program yang baik, boleh menggalakkan individu lain belajar Quran.
Riak, takabur, ujub dan macam nak menunjuk ana mohon perlindungan Allah swt,
Subhanallah.
PRS : Tn Hj tak malu ke, nanti orang akan kata Hj saja tapi tak pandai baca Quran?
HL : Bukan tidak pandai Cuma baca tak betul.
PRS : Minta maaf Tn hj ini soalan peribadi, Pasai apa dalam biodata, isteri kedua,
ketiga dan keempat nama sama sahaja Tiada bt Tiada.
HL : Tiada komen.
PRS : Apa yang mendorong Tn haji main langkau saja nak bagi khatam cepat.
HL : Secara jujur, saya kerap ponteng kelas Quran kerana yang mengajar itu adalah
tok saya Sendiri, bila saya datang kawan-kawan sudah baca melebih saya, jadi
saya tak mau kalah, terus langkau,
PRS : Guru tak sedar kah ?
HL : Seingat saya dia sedar sekali sahaja, bacaan saya ketika itu betul walau saya
langkau, bila baca boleh ubah pulak.
PRS : Tak rasa bersalah ke ?
HL : Waktu itu tak rasa apa-apa, sekarang ni rasa bersalah dan malu pula.
PRS : Siapakah Ustaz yang akan memberi tunjuk ajar kepada Tn Hj.
HL : Ustaz Fadzil Taman Selasih, Kulim.
PRS : Di mana dan bilakah waktu Tn Hj pergi mengaji ?
HL : Setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa selepas solat Isyak di masjid Taman
Selasih.
PRS : Jauh tu dari rumah Tn Hj.
HL : 6 KM sahaja, bukan jalan kaki.
PRS : Apa kelayakan Mentor ini ?
HL : Dia bekas anggota tentera.
PRS : Adakah Ustaz ini seorang Qari ?
HL : Saya tidak pernah bertanya latar belakang dirinya, cukup sekadar saya tahu dia
berkebolehan dalam hukum bacaan Al Quran.
PRS : Adakah dia mengenakan bayaran ?
HL : Dia beri percuma dan ikhlas.
PRS : Adakah dia tahu biodata Tn Hj.
HL : Saya tidak pernah beritahu kepada beliau.
PRS : Apa komen apabila Tn Hj memperdengar bacaan kali pertama ?
HL : Kali pertama ana baca dihadapan beliau pada 4 April 2010 . Kata beliau bacaan
ana tidak tetap panjang pendek, dan banyak kesalahan kecil, lalu ana minta
beliau dengar bacaan surah Fatihah ana dan beliau kata Ok.
PRS : Adakah Ustaz ini garang ?
HL : Suara beliau jelas seperti suara padang kawad, kalau dia tegur, satu masjid
boleh dengar.
PRS : Tn Hj tak rasa malu ke?
HL : Kali pertama rasa malu juga, sekarang ini sudah biasa.
PRS : Apa kata beliau lagi ?
HL : Surah Fatihah kena baca dengan betul, kalau tidak tak sah sembahyang, ada 7
ayat,termasuk bismillah. Dollinn kena baca enam harkat. Ra dalam rahma dan
rahim dibaca tebal, Mad Arid lissukun pada setiap hujung ayat dan wakaf boleh
baca 2, 4 atau 6 harakat. An am, perlu disebut betul-betul, An tak boleh
dengu kerana itu Izhar halqi , am tak boleh tutup mulut rapat kerana itu
adalah Izhar syafawi, bibir mulut kena renggang sedikit sekadar sehelai
kertas nipis dapat dimasukkan. Tak boleh dibaca meleret. Him boleh waqaf,
kemudian sambung, Qoiril maghdu
PRS : Adakah Tn Hj puas hati dengan penerangan yang diberikan
HL : Alhamdulillah , saya puas hati dan saya rasa dia akan jadi mentor yang baik.
PRS : Saya harap Tn Hj bersedia untuk cabaran seterusnya.
HL : terima kasih.

Sunday, May 23, 2010

Sekolah keempat -3

Sekolah Keempat (apa dia dan mana rahmat terselindung) – 3

Assalamualaikum wbt.

Jika anda baca artikel saya yang lain, saya ada menyatakan yang saya akan belajar Quran, mencari guru Quran.

Persekolah tamat pada pukul 2.40 ptg, selalunya saya akan balik kerumah pukul 4.00ptg, tak ada kerja apa nak buat dirumah. Tengahari makan dadah dikantin, malam makan roti saja (diet). Petang layan internet sikit, kemudian balik rumah.

Awal-awal dulu study Prinsip Perakaunan, bahagian catatan jurnal, lejar , imbangan duga dan sebagainya. Sekarang ini bila masuk bab belanjawan tunai, perakaunan kos, tak susah sangat.

Sementara menunggu malam sempat saya baca Quran dan ulangkaji Quran sikit. Bulan Januari dahulu saya sering ke Masjid sekitar Kulim mendengar ceramah agama dan bacaan Kitab. Dan akhir sekali saya telah mendapat guru untuk mengajar tajwid . (sila ikuti Program Realiti Bloger – Mencari Qari Senja dan Lebai Hj ) dalam blog ini juga.

Jadi, rutin seharian saya pada hari Ahad hingga Rabu adalah seperti berikut, 7.30 – 4.00 ptg – sekolah, 4.00 – 7.00 ulangkaji, 7.00 – 10.00 kuliah agama dan mengaji Quran.

Rahmat dan anugerah Allah tidak terkira dan selalunya kita tidak sedar kalau tak muhasabah diri. Saya mohon murah rezeki, maka Allah beri anak saya dijaga oleh tok mereka sendiri. Allah beri saya sihat sepanjang masa walau demam sekali dua. Demam atau sakit untuk membuat kita ingat kepada Allah.

Saya ditukarkan ke SMT Kulim kerana Allah nak pertemukan saya dengan guru Quran yang mana telah lama saya berhajat nak mengaji tajwid. Kalau dulu saya dengan kuliah Ustaz Ramli sahaja, di Kulim saya dapat dengar kuliah 4 kali seminggu dari berbagai Ustaz dan Tok Guru. Dan yang paling baik nya isteri saya sentiasa mengharap saya pulang. (adakah saya berharap nak pulang?)

Bersambung....

Sekolah keempat -2

Sekolah Keempat (ada rahmat terselindung) - 2
Assalamualaikum wbt.

Setiap kali lepas sembahyang saya berdoa, yang banyak saya doa ialah murah rezeki dan kesihatan yang baik, malah solat-solat hajat saya dikhususkan untuk itu. Saya tak dapat permohonan untuk menjadi pensyarah Kolej Matrikulasi, saya tak dapat tukar ke PPD, saya tak dapat guru tingkatan 6 (belum dapat- masih menaruh harapan), hai... solat hajat tak makbul ke ?. Doa tak makbul ke ?. Salah sebut dalam doa ke ?.

Saya mula bertugas di sekolah keempat mulai 16 Jan 2010 setelah menyelesaikan sebahagian besar urusan tutup SMT Pendang. Lapor diri awal lagi, datang bertugas lambat sikit, Pengetua sudah beri kebenaran.

Seperti biasa saya diperkenalkan dalam perhimpunan, dan cuba mengenali guru seramai 123 orang berbanding sekolah lama saya dahulu 60 orang. Insya Allah lama kelamaan akan ingat semua walau sekali-sekala akan tersilap panggil.

Saya tinggal dikuarters sekolah saya, anak-anak dan isteri saya ditinggalkan di rumah warden di sekolah isteri saya bertugas. Beberapa masalah telah selesai, anak-anak Insya Allah akan selamat, rumah akan selamat. Sekolah anak-anak hanya 1 km sahaja, Ibu Mertua saya pula ofer nak jaga 3 anak kecil saya, senang banyak, Alhamdulillah.

Saya akan bortolak ke sekolah pada hari Sabtu, sebelum maghrib kalau saya tak kekebun sebelah petang, atau lewat lepas Isyak kalau saya ke kebun sebelah petang atau selesaikan urusan keluarga sebelah petang. Sebelum saya bertolak saya akan minta semua anak dan isteri supaya memeluk saya, sesuatu yang luar dari kebiasaan dalam rumah saya.

Jarak dari rumah ke sekolah adalah lebih kurang 120 km. Dari KN melalui Sg Tiang, Gajah Puteh, Kalai, Bukit Selambau, Kuala Ketil, Sg Karangan, masuk ke BKE keluar dekat Paya Besar, lalu sebelah Taman Selasih, masuk jalan Junjong belok kiri sampai sekolah, terus keatas bukit, sebelah surau.

Dirumah tadi riuh rendah dengan anak-anak, sampai dirumah sini, sunyi sepi. Saya tidak mahu ambil sebarang risiko untuk bertolak pada hari Ahad, kerana perlu bangun awal dan mesti bertolak sebelum pukul 5.00 pagi, kalau tidak tak sampai 7.30 pagi.

Baru-baru ini kawan-kawan saya yang jadi pensyarah di Kolej Matrikulasi teknikal Pendang dapat surat tawaran sebagai pensyarah, ingatkan nak dapat lantikan DG48 terus , rupanya DG44 hakiki sahaja.

Pada hari Khamis saya akan berkemas awal, semalam dah basuh pakaian, jemur dan kemas rumah. Masuk waktu Zuhur saya akan sembahyang zuhur, Tapat 2.40 ptg saya punch card dan terus mamandu pulang. Kadang saya singgah di Bukit Choras, balik tengok ibu bapa saya, singgah makan nasi dulu. Tengok tok saya yang dah usia nyanyuk, tapi surah waqiah boleh hafal, dulu dia mengajar Quran dan saya serta ramai orang kampung baik sebaya, tua drpd saya dan yang muda dari saya belajar Quran dengannya. Tok Wan (allahyarham) saya juga guru Quran.

Bersambung....

Sekolah keempat -1

Sekolah keempat (mana gred hakiki) - 1

Assalamualaikum wbt.

Saya akan mula menulis dalam episod ‘Sekolah Keempat’ dalam blog ini untuk berkongsi pengalaman dan rujukan masa hadapan.Saya akan catatkan peristiwa-peristiwa penting atau apa saja yang terasa hendak dikongsi bersama sesiapa sahaja yang melayari blog saya. Seperti biasa saya tidak akan edit catatan saya, salah ejaan, salah ayat , ayat tak kena, tak sedap namun saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya tak menyinggung perasaan mana-mana orang, kalau ada yang tersinggung atau seakan dengannya, saya minta maaf awal-awal.

Ini adalah sekolah keempat semenjak saya dilantik menjadi Guru tetap , dua buah sekolah semasa menjadi GSTT. Sebahagian kisah bagaimana saya mula menjadi guru telah diceritakan dalam episod STEP 2003-2009.

Setelah Sekolah Menengah Teknik Pendang di naiktaraf (jangan kata ditutup, nanti kena marah), saya adalah guru yang paling akhir dipindahkan ke sekolah, mereka lupa akan saya perlu dipindahkan. Saya telah bersedia dari segi mental walau hendak ditempatkan dimana-mana, namun saya maklum juga lokasi tetap anak isteri saya supaya menjadi asas pertimbangan mereka. Saya juga tahu saya akan ditempatkan dimana. Saya sudah survey jalan pintas terdekat untuk kelokasi tersebut. Saya telah membuat pengiraan kadar minyak, kadar sewa rumah dan lain-lain kos yang akan terbit implikasi dari pertukaran tersebut, atau saya tinggal berasingan dirumah saya di Amanjaya, SP.

Perasaan berbaur, kerana inilah kali pertama kena ‘berpisah’ dengan anak serta isteri, sebelum ini, tak pernah. PPD Padang Terap nak tarik saya jadi Penolong Bidang Teknik dan Vokasional, Tn PPD Pendang kata, jadi cikgu disekolah lagi baik. Last sekali saya datang kesekolah, walau jauh.

Cikgu ditukar sebagai Guru Penolong, bukan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, kata seorang pegawai di BPTV, pergi lapor diri segera, walau surat belum dapat. Sayapun datang lapor diri. Jangan perasan bahawa gred hakiki DG44 anda boleh kekal, bila anda bertukar sekolah. Gred tak laku !. Tapi tak apa, cikgu akan dilantik semula sebagai Penolong Kanan Pentadbiran DG 44 hakiki apabila PK Pentadbiran bertukar kesekolah baru sehari dua lagi.

Sesekali fikir jadi guru penolong pun best, tak payah fikir banyak, dua kali fikir bolehkah saya jadi guru penolong kerana sejak bertugas tahun 1995, saya bermula dengan Penyelaras kokurikulum, kemudian ketua bidang, kemudian PK HEM seterusnya PKP.

Dilatih sebagai orang yang dihormati, duduk dibaris VIP, makan dimeja VIP, di sapa sebagai ketua, dihormat masyarakat sebagai pemimpin, tiba-tiba jadi guru penolong, tentu ada yang tak kena, kata orang. (susah nak tune kembali sebagai biasa walaupun saya sedari ini duniawi sahaja), namun akhir –akhir ini saya mula rasa, saya sudah boleh terima walau ditukar sebagai guru biasa.

Bersambung.....

Judi bola, judi papan tikam, main guli

Assalamualaikum wbt.

Rasa tak puas hati lagi, selagi tak kata, Saya Anti Judi. Saya benci judi, saya benci undang undang yang meluluskan judi. Kepada orang yang berjudi mungkin saya bagi peluang, kerana i, mereka jahil ii. Mereka belum sampai masa bertaubat.

Tuan/puan jangan kata dinegara majmuk seperti Malaysia sukar untuk tidak menghalalkan judi atau senang kata Undang-undang Islam serta Hudud tak boleh dilaksanakan. Kalau anda kata sedemikian maka gugurlah akidah Islam anda, cepat bertaubat. Allah bersifat maha mengetahui dan Islam adalah untuk sepanjang zaman, jadi takkan Allah tidak tahu akan wujud zaman moden selepas wafat Rasullullah saw. Kalau kita anggap Allah tidak tahu, sudah tentu kita menafikan sifat Maha Mengetahui Allah swt.

Flash back.

Mungkin ramai kawan-kawan sebaya saya atau dalam lingkungan umur saya (cikgu ni umur berapa ?) pernah melalui pengalaman judi tanpa disedari.

1. Entah kenapa setiap kali bulan Ramaddan akan keluar ‘papan tikam’ dikedai runcit milik orang Islam di Negara Islam Malaysia. Papan tikam – kepada yang tak tahu apa itu papan tikam atau mungkin tempat anda disebut nama lain. Papan tikam ialah deretan kertas kecil yang dilipat supaya tak nampak kandungan yang tertulis didalamnya yang dilekatkan dengan gam pada sekeping kertas seperti manila kad. Gambar hadiah ada terpampang pada bahagian atas kertas manila kad tersebut. Tikam dengan harga 10 sen. Bayar 10 sen untuk dapat kebenaran cabut kertas kecil. Dengan mencabut kertas kecil tadi, kemudian kita buka kertas kecil tadi untuk melihat apa kandungan hadiahnya. Jika no sekian, hadiahnya sekian, dan kebanyakannnya nombor yang ada dalam kertas kecil tersebut tidak diperuntukkan hadiah. Hampa!. Nampak macam main-main sahaja, tapi rupanya judi. Takrif judi ?

Sempatlah dua tiga kali cabut papan tikam, setelah kena pulas telinga dengan ayah saya, tidak lagi berjudi hingga sekarang , Insya Allah sehingga mati.

Main guli adakah judi ?

Saya tak pernah main guli bank , main biji getah ganti guli ada la.

2. Entah kenapa juga setiap kali bulan Ramaddan ada saja orang nak main daun terup.(kawan-kawan saya dulu). Bertaruh pula. Oleh kerana saya dah kena pulas telinga sebab papan tikam, maka daun terup sehingga kini saya tak kenal, walaupun cikgu matematik ajar kebarangkalian menggunakan daun terup. Tak ada kaedah lain ke nak ajar kebarangkalian selain guna daun terup ?. Bahaya ooo, budak guna ilmu daun terup untuk berjudi, sapa yang ajar.... tanggung ...

Pesanan kepada guru-guru matematik dibawah pentadbiran saya, sila guna cara lain untuk menerangkan kebarangkalian, mulai hari ini saya tak mahu berkongsi tanggungjawab jika anda menggunakan daun terup untuk menerangkan kebarangkalian.

Sekian terima kasih.

Guru oh guru (lesen mengajar) - 6

Assalamualaikum wbt.

Saya bercadang menulis komen tidak bersetuju dengan cadangan awal supaya semua guru diwajibkan mendapatkan “Lesen mengajar” atau dulu dipanggil permit mengajar. Belum sempat saya tulis . TPM merangkap menteri palajaran kata kita tak perlu benda tu dan tak praktikal dinegara Malaysia.

Saya Cuma nak tanya siapa yang bisik ke telinga KPPM atau terus bisik ketelinga Menteri suruh buat lesen mengajar. Atau ada niat tertentu yang bertujuan menyekat seseorang yang mereka tidak suka supaya orang yang mereka tak suka tak boleh mengajar, yang mengajar disekolah adalah orang yang mereka suka sahaja.

Tuan/puan kena ingat, guru adalah seorang pejuang, lebih tinggi martabatnya berbanding dengan tentera yang tak tidur tak lena disempadan negara. Negara kita merdeka kerana peranan yang dimainkan oleh guru, Malah cetusan awal kebangkitan semangat kemerdekaan adalah dari guru yang pakai ‘lebai’, walaupun dinafikan dalam sejarah negara kita.

Jika lesen diberikan kenalah duduk ujian (sudah tentu ujian selain dari peperiksaan di universiti atau dimaktab atau seperti PTK), entah-entah BTN yang buat soalan ujian tersebut.

Oleh kerana dah dihentikan cadangan tersebut, saya pun tak mau komen lagi.

Sekian, terima kasih.

Monday, May 17, 2010

Guru oh guru (KPI Guru) - 5

Ganjaran KPI guru
Oleh Abdul Razak Raaff dan Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
2010/05/17


MUHYIDDIN bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (lima dari kiri) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom bergambar dengan penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan di UMP, Kuantan, semalam.Imbuhan RM900 hingga RM7,500 jika berjaya lonjak prestasi sekolah

KUANTAN: Sempena Hari Guru semalam, kerajaan mengumumkan ganjaran RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru sekolah rendah serta menengah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran, mulai tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata jika kecemerlangan diteruskan dan mereka berjaya mencapai KPI setiap tahun, ganjaran akan diberikan setiap tahun. Beliau berkata, ia selaras konsep mengutamakan pencapaian menerusi satu daripada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta memberi pengiktirafan sewajarnya kepada guru yang memberi sumbangan penting kepada rakyat dan negara.

Katanya, ganjaran akan diberi mulai tahun depan kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah melepasi sasaran 92 peratus Skor Komposit bagi sekolah menengah dan 84 peratus sekolah rendah.

Beliau berkata, Skor Komposit dikira berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan sebuah panel akan menilai pencapaian sekolah untuk mereka yang yang layak diberi ganjaran.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai KPI akan menerima ganjaran RM7,500, manakala guru dalam kumpulan lima peratus teratas berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan, menerima RM1,800 dan 95 peratus guru berikutnya menerima RM900.
"Ganjaran akan diberi kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit, iaitu 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi sekolah menengah.

"Kita berharap ia dapat menyuntik semangat baru kepada guru untuk lebih gigih bagi meningkatkan prestasi sekolah serta keberhasilan pelajar," katanya ketika melancarkan sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39 yang bertema Guru Pembina Negara Bangsa, di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dekat sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong serta dan Dr Mohd Fuad Zakarshi.

Pada sidang media kemudian, Muhyiddin berkata, walaupun ia membabitkan penambahan perbelanjaan, kerajaan sudah memutuskan memberi ganjaran setiap tahun sehingga masa akan datang.

“Jika sekolah dan pengetua meneruskan usaha serta mencapai kejayaan cemerlang untuk tahun berikutnya, mereka berhak mendapat ganjaran lagi. Kalau meningkat tiap-tiap tahun, pengetua, guru besar dan guru akan dapat ganjaran setiap tahun.

"Apabila panel penilai selesai membuat penilaian termasuk mengambil kira keputusan peperiksaan awam dan keluarkan senarai sekolah yang layak, kita akan bayar seberapa cepat kepada pengetua, guru besar dan guru terbabit," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan empat cadangan Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru yang boleh dilaksanakan segera bagi meringankan beban guru.

Katanya, ia adalah mengurangkan bilangan jawatankuasa peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar menerusi pengecilan jawatankuasa dengan menggabung atau memansuhkan bidang tugas bagi membantu guru menumpu perhatian kepada tugas hakiki, selain memastikan pembahagian tugas diagih secara adil untuk mengelak beban tugas tertumpu kepada guru tertentu.

Beliau berkata, jumlah peperiksaan dalaman perlu dikaji semula, bukan saja untuk meringankan beban guru, malah mengelakkan sistem persekolahan menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan.

"Tugas perkeranian di sekolah akan disusun semula menerusi garis panduan terperinci bagi membezakan tanggungjawab hakiki guru dengan tugas perkeranian, sekali gus melonjak kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.

"Kursus penting yang perlu dihadiri guru juga akan diselaraskan di peringkat kementerian supaya tidak wujud pertindihan kursus atau guru sama terpaksa mengikuti pelbagai jenis kursus anjuran kementerian, negeri dan daerah," katanya.

Komen saya

1. Setiap kali hari guru ada umum naik pangkat beribu-ribu, itu KUP time based punya.
2. naik pangkat hakiki tak pernah terjadi , tunggu KUP dulu baru dihakikikan,
3. Bila diberi pemangkuan tak ada tempat pula nak isi !, semua sekolah dah ada PK,
dah ada pengetua, sama dengan tak naik pangkat.
4. Kalau ada pengetua yang ligan ganjaran RM 7500 siap hampa, orang orang akan kata,
tu nak ligan 7500, atau orang gelar pengetua 7500. (anggapan buruk)
5. Beban tugas guru, bila disenaraikan yang mana satu tugas hakiki guru, yang mana
satu tugas kerani, saya kata tugas hakiki guru adalah termasuk tugas kerani ,
cuba semak apa tugas guru tingkatan/ guru kelas, guru penasihat. Tugas kerani
adalah seperti buat gaji, taip surat, buka surat. Jadi beban tugas guru tak
selesai selagi kita tak buat senarai tugas guru mata pelajaran dan kokurikulum.

sekian terima kasih. Selamat hari guru

Sunday, May 16, 2010

Guru oh guru (maafkan saya wahai murid kerana tindakan saya) - 4

Assalamualaikum wbt

Dalam posting lepas, saya cerita kisah dendam saya kepada guru, mungkin juga tindakan saya menyebabkan pelajar saya mendendami saya. Terlebih dahulu saya mohon maaf mungkin tindakan saya menyebabkan anda berdendam kepada saya sehingga kini.

Kisah 1.

Sebagai guru pengurusan ladang, saya sering mengerahkan pelajar asrama (semua pelajat tinggal di asrama) ‘berbakti kepada sekolah’, sebelah petang selalunya mereka tidur saja diasrama, lalu saya mengerahkan mereka membuka ladang sawit dengan menggunakan tenaga 4 kerat, berbekalkan parang dan canggkul sahaja, suara saya yang kuat memberi arahan mungkin menggentarkan mereka, tambahan saya adalah PK HEM dan Guru Silat lagi tu. Dan/Maka tidak hairanlah mereka memanggil saya “Tombak” .

Pelajar-pelajar ini juga saya kerahkan supaya ambil tombak dan tombak kelapa sawit, mengikut giliran kelas masing-masing. Namun yang positifnya mereka juga menganugerahkan “Bapa Pengurusan Ladang Sekolah” kepada saya.

Pelajar sekelian saya mohon maaf dari kamu semua kalau arahan saya supaya kamu berbakti kepada sekolah menyebabkan anda semua marah kepada saya dan berdendam kepada saya.

Hasil kelapa sawit sekolah dimasukkan kedalam akaun sekolah sebelum diarahkan masuk sebagai hasil kerajaan. (bila dah jadi hasil kerajaan , buat apa kita nak sibuk buka ladang lagi!.

Kisah 2

Kes yang lebih ekstreem.

Saya menerima laporan dari guru dan ibu mangsa telah membuat laporan polis bahawa anak nya kena C**** atas katil dalam dorm blok asramanya. Sebagai warden serta HEM yang bertanggungjawab keatas keselamatan para pelajar, dengan laporan dan keterangan yang dibuat oleh mangsa, saya telah mengambil tindakan terhadap 7 pelajar. Saya mengambil tindakan sebagai pengajaran kepada mereka yang melakukan agar mereka tidak membuat perkara yang lebih berat dari yang mereka telah lakukan.

Namun adakah tindakan saya ‘keterlaluan’. Pada suatu malam, saya telah membelasah dengan teruk pelajar-pelajar berkenaan, kerana mereka sehingga sut tidak mengaku salah “biar kau bunuh aku, aku tidak mengaku” kata seorang pelajar menahan pukulan saya. (ganti diri ‘aku ‘ , ‘kau’ dan ‘mu ‘ adalah biasa disana). Hari ini saya mohon maaf dari semua pelajar tersebut, jika benar kamu tidak melakukan kesalahan yang saya maksudkan. Saya harap kamu tahu yang tindakan saya adalah sebagai pengajaran supaya kamu tidak lakukan yang lebih berat dari itu, dan saya tidak sanggup suatu hari terpampang di muka akhbar, yang menuduh kamu melakukannya, tentu saya akan lebih bersalah kerana tidak menghukum kamu lebih awal. Dan kita tahu semua manusia beragama dan normal melarang perbuatan C****. Kanun Kesiksaan , Hukuman sebat dan penjara dalam undang-undang Malaysia.

Saya hanya yakin keterangan yang dibuat kepada pihak polis, yang menyebabkan saya mengambil tindakan tersebut. Polis tidak mengambil tindakan kera kamu dibawah umur dan demi menjaga masa depan kamu.
Yang saya terkilan sekali, antara pelajar tersebut adalah anak murid silat saya. Dia kena belasah agak teruk, bengkak telinga dan saya sendiri pula bawa dia jumpa doktor.


Kisah 3.

Aku minta maaf sama kau, J , kerana saya belasah kamu dengan teruk, kamu memang jenis kental hati, lasak dan kamu tidak melawan saya, walaupun fizikal kamu hampir sama dengan saya, waktu itu, kamu kena faham tindakan saya adalah tindakan pencegahan sebelum kamu lakukan yang lebih teruk, kamu langgar peraturan sekolah lebih-lebih, saya kasihan pelajar-pelajar yang menjadi mangsa. Mereka datang dari jauh untuk belajar dengan aman, tapi perbuatan kamu menyebabkan ramai pelajar tarik diri.

J, jika tindakan saya keterlaluan saya mohon maaf dari kamu, saya harap kamu jadi orang yang baik dan seorang yang lebih patriotik, bukan penganggu masyarakat.


Cukuplah 3 kisah yang saya paparkan, sepanjang 07 tahun saya menjadi guru disana banyak yang dah merasa tangan dan kaki saya, siapa sahaja palajar saya yang pernah rasa tangan saya atau kaki saya dan rasa dirinya diinanya oleh saya, saya mohon maaf atau sesiapa yang terkena ucapan saya yang memedihkan, saya minta maaf.

Sekian, selamat hari guru.

Guru oh guru (maafkan saya guru kerana berdendam dengan mu) - 3

Assalamualaikum wbt


Pernahkah anda berdendam dengan guru anda ?. Jika anda tak pernah berdendam dengan guru anda, memang anda seorang yang baik.

Tidak seperti saya yang pernah berdendam dengan guru., walaupun sudah beberapa kali saya katakan kepada diri saya yang saya telah memaafkan guru-guru tersebut, walaupun bukan hak saya memaafkan guru, saya yang sepatutnya memohon maaf dari guru, guru tak perlu mohon kemaafan dari muridnya, kerana setiap yang dilakukan adalah ‘kaedah pengajaran’.

Kisah 1.

Biar saya ceritakan supaya ia menjadi iktibar kepada semua guru. Kisah ini telah lama berlalu, semasa saya dalam darjah tiga. Kawan saya menggosok kepala paku picit (paku tekan) sehingga panas dan men’cop’ di betis kanan saya, berparut sehingga sekarang. Lalu saya marah dan hendak memukul kawan saya, namun guru hanya nampak saya mengejar kawan saya, dia tidak nampak kesan melepuh dibetis saya dan dia tak tengokpun walau saya ceritakan perkara sebenar. Yang peliknya dia suruh saya minta maaf kepada kawan saya. Saya tidak minta maaf, nampaklah saya degil. Hakikat sebenar , kenapa saya yang kena minta maaf, kaki saya berparut sehingga sekarang !.

Guru-guru, mari kita periksa habis-habis , apa yang sebenar berlaku sebelum kita mengambil tindakan (terutama menghukum) keatas pelajar kita, bimbang kita mengambil keputusan yang salah dan pelajar terinanya seperti saya akan terus berdendam.

Saya katakan saya tak mahu berdendam dan maafkan guru tersebut namun setiap kali hari guru saya teringatkan kisah ini.

Kawan saya tersebut, terpaksa di ‘tebus’ oleh bapanya kerana kes rasuah.
Yang peliknya saya boleh maafkan kawan saya tanpa ungkit-ungkit lagi, walau parut masih jelas, tapi guru tersebut saya teringat setiap kali hari guru.

Kisah 2.

Semasa saya darjah 4, dalam satu peperiksaan , soalan peperiksaan tidak cukup, dan saya dikehendaki berkogsi dengan seorang kawan saya yang pandai. Saya diarah rapatkan meja. Guru berkata jika markah saya sama dengan kawan saya bererti saya yang meniru. Tidak berkata jika markah kawan saya sama dengan saya beerti kawan saya yang meniru. Mengapa kata saya yang meniru?, apa saya ini seorang yang kaki tiru?, ada rekod meniru sebelum ini?, No body know this story, because i keep deeper in my heart. But i you read my story in this blog you will find it somewhere. Syukurlah markah saya lebih teruk dari markah kawan saya itu. Saya membuktikan kejujuran dengan penuh dendam sehingga kini.

Guru inipun saya sudah maafkan, walaupun bukan hak saya memaafkan guru, saya yang sepatutnya memohon maaf dari guru, guru tak perlu mohon kemaafan dari muridnya, kerana setiap yang dilakukan adalah ‘kaedah pengajaran’.

Walaupun berkali-kali saya meyakinkan diri saya yang saya sudah memaafkan guru tersebut, namun setiap kali hari guru, atau mengawas peperiksaan saya akan teringatkan kisah ini. Dan saya amat berhati-hati supaya pelajar tidak menyimpan dendam seperti ini.

Guru-guru, mari kita ambil iktibar, jangan pandang sebelah mata setiap pelajar kita, bodoh, pandai jangan di bandingkan antara pelajar kita, walau seorang dapat no 1 dan seorang lagi dapat no 35. Saya selalu ulang kira berkali-kali kertas soalan peperiksaan, takut tak cukup, walaupun bilangan pelajar sekadar 19 orang. Kerana kesan pedih jangka panjang, dendam akan berterusan.

Guru-guru jangan keluarkan kata-kata yang bukan-bukan, terutama berkaitan bodoh pandai, busuk ke wangi ke, atau berkaitan fizikal seseorang pelajar, kita sedap kata, pelajar memendam rasa.

Kawan saya ini bekerja sebagai tentera darat. Saya tidak marahkan kawan saya, kerana bukan salahnya.

Guru tersebut diatas, saya mohon maaf kerana berdendam dengan mu. Semoga terhakis semua yang terpahat dalam hati saya, supaya tiada dendam antara saya dengan guru, semua yang diberikan membentuk diri saya dan mengubah diri saya kepada lebih baik dan berhati-hati.

Sekian, Selamat Hari Guru.

Guru oh Guru (rindu guru kepada pelajar) - 2

Assalamualakum wbt

1. Saya rindu untuk bertemu dua pelajar perempuan di SMK Datuk Undang, dengan harapan mereka telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Mereka berdua ini bagi saya , cukup nakal dan perlu dibimbing waktu itu, namun waktu itu guru kaunseling dan bimbingan bukan ada macam sekarang.
2. Saya teringin juga hendak berjumpa dengan Azuar Abdul Karim, dulu saya terjumpa dia di Airport Subang, bekerja dengan MAS, dia kata isteri saya cukup lawa. Yang lain-lain pun teringin nak jumpa juga, Rozita Abdul Rahman, Siti Hanifah, Khairul Azhar. Dan lain-lain. Juga Alias anak cikgu Jamin yang risau tak ada guru mengajar Tae Kwon Do, masa saya masuk maktab. (nak muat gambar-gambar pun tak ada alat dirumah)
3. Saya rindu juga nak tahu dan jumpa Eddy Rozan, Fadzly Muslik , Azmi, Halimin, Silvia, Tairin, Theresa, Livia, harap-harap mereka ini berjaya dan ada kerja tetap.
4. Saya rindu juga nak jumpa Charlie, Herman Muskin, Mohd Tang, Zainal Chok, Malianah Guding, Kaharuddin, Kahar, Saifuddin, Vedeo, dan lain-lain.
5. Saya teringin sekali nak jumpa dengan 70 murid silat saya. Harap sikit ilmu yang saya berikan, jangan disalahguna, guna tempat yang betul. Tambah pelajaran lagi, cari silat-silat yang mantap pengajaran dan mantap organisasi. Silat Rentap Tangkas tak ada pada orang lain, hanya pada saya. 5 pukulan rentap dan 5 pukulan tangkas, rentap menggunakan tanaga musuh menumpaskan musuh, tangkas menggunakan ketangkasan dan sedikit kekuatan sendiri menumpaskan musuh. Bunga anjung 1, 2, 3 hanya untuk latihan mengingati buah-buah pukulan.
6. Pelajar-pelajar yang tak saya sebut nama jangan kata saya tak rindu sama kamu. Rindu pelajar semenanjung lebih berpeluang nak berjumpa, rindu pelajar Sabah entah bila akan ketemu, mahu nampak pun susah.
7. Suatu hari itu, bertemu dengan Hazlin di Kuala Lumpur, jurujual, buatlah apa kerja sekalipun asalkan halal. Maslianah dan Suaminya pernah datang kerumah.
8. Sekarang ini bila lihat gambar bekas pelajar, tertanya dalam hati, buat apalah sekarang.budak-budak ini, jangan malu jika tidak berjaya dalam akademik, yang penting berjaya dalam sahsiah dan akhlak. Rezeki telah dijanji Allah dan ada dimana-mana.

Thursday, May 13, 2010

Ucapan Selamat hari Guru

Assalamualaikum wbt.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru saya; 1. SK Bukit Choras 1975 - 1980 , 2. SM Pendang 1981-1985, 3. Kolej Sultan Abdul Hamid 1986 - 1986.

Selamat Hari Guru untuk rakan-rakan sejawatan 1. SM Chung Hua Kuala Pilah (1992)
2. SM Datuk Undang Abdul Manap, Johol, (1993) 3. SM Teknik Lahad Datu,(1995 - 2002) 4. SM Teknik SP2,(2003) 5. SMT Pendang (2004 -2009) 6. SMT Kulim (2010 - kini)

Jangan putus asa ketika menjadi guru. jangan fade up ketika menjadi guru, jangan meradang ketika jadi guru, jangan rendah diri ketika jadi guru, jangan malas ketika jadi guru, jangan pilih kasih ketika jadi guru, jangan cemburu ketika jadi guru, jangan berkira ketika jadi guru, SELAMAT HARI GURU.

Wednesday, May 12, 2010

Guru oh Guru (kau pembina negara bangsa) - 1

Assalamualaikum wbt.

Guru Pembina Negara Bangsa

Setakat mana guru telah membina Negara ?
Setakat mana guru telah membina bangsa ?

Artikel saya berkisar dalam konteks pelajar dan guru.

Guru bertemu dan berinteraksi dengan pelajar tidak sampai 8 jam dalam sehari. Selebihnya pelajar akan berada bersama persekitaran yang tidak membina, persekitaran yang lebih banyak membawa kepada masalah social kerana persekitaran yang asalnya memang sesuai dengan kehidupan masa kini tetapi manafaat yang banyak dipinggirkan oleh pelajar.

Pelajar meminggirkan manfaat yang banyak kerana terikut-ikut dengan kawan-kawannya yang menolak manfaat persekitaran, kawan-kawannya yang menolak manfaat persekitaran adalah kerana terpenyaruh dengan kawan-kawan yang lain. Timbul persoalan siapa yang sebenarnya memulakan pengaruh menolak manfaat persekitaran.

Kawan-kawan adalah komuniti yang membentuk budaya masa kini. Wujudnya budaya masakini kerana budaya tersebut dipelopori atau cuba dikembangkan oleh segelintir ‘pencipta budaya’. Siapa itu ‘pencipta budaya’ ?. Radio, TV, pengiklan (pereka iklan), penerbit , pengarah filem atau drama, penulis buku., penceramah dan juga guru.. Guru adalah manusia yang kurang berjaya mencipta budaya. Budaya membaca yang hendak diterap dan ditanam dalam diri pelajar masih tidak berjaya, kerana rakyat Malaysia hanya membaca berapa buah buku dalam setahun ?.

Negara bangsa yang dibentuk hari ini hanya segelintir hasil acuan guru.
Saya bandingkan dengan “ Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina Negara bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotic, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu,”

Namun usaha guru tidak boleh diberhentikan, kerana nasihat guru hari ini mungkin akan di teringat oleh pelajarnya dihujung usia.

Budaya masa kini dizaman yang canggih, dan pelajar dikira tidak mengikut budaya masakini jika;
1. Tidak memiliki telefon bimbit
2. Tidak ada boyfriend/girlfriend
3. Tidak mendedahkan aurat baik lelaki atau perempuan
4. Tidak membuka akaun dalam facebook.

Telefon bimbit amat bermanafaat kerana ia ada berbagai fungsi, namun seperti saya tulis dalam perenggan sebelumnya, menolak manafaat menyebabkan wujud berbagai gejala negative. (walaupun tidak banyak). Ada pekeliling yang membenarkan penggunaan telefon bimbit disekolah, sudah tentu terhasilnya pekeliling tersebut hasil pemikiran segelintir manusia yang taraf sosialnya lebih tinggi, mereka memikirkan manfaat yang akan digunakan oleh pelajar, namun mereka lupa memikirkan masalah yang akan timbul, jika manafaat lebih kecil berbanding masalah, kita jangan laksanakan perkara tersebut.

Syukurlah ada pula pekeliling yang membatalkan kebenaran tersebut, guru amat faham dengan kesan penggunaan telefon bimbit diluar kawalan ibubapa., kesannya akan membawa kepada kerosakan bangsa. Guru hanya mampu mengawal didalam kawasan sekolah, diluar sekolah pelajar sudah tidak heran dengan guru-gurunya, jika pelajar sudah tidak heran dengan guru-guru, buat apa guru nak herankan pelajar tersebut !, tambahan jika ibubapa pula sering menyebelahi anak-anak mereka.

Pelajar sentiasa menyeludup masuk telefon bimbit kekawasan sekolah dan asrama, guru tidak mempunyai masa untuk memeriksa setiap diri pelajar, kesannya …

Mula-mula dia SMS dengan kawan sejantina, kemudian SMS dengan berlainan jantina, kemudian melayan SMS pancing/umpan/ ayat seseorang yang belum dikenali, akhir sekali terjadi ‘Cinta SMS’ vs ‘Cinta Monyet’.

Tak ada boyfriend/girlfriend

Fenomena luar biasa dalam Masyarakat Islam yang kini menjadi biasa kepada bangsa yang akan membentuk negara bangsa. Semua filem baik drama minggu ini, drama swasta, drama spectra, drama Latin, drama Cina, Drama Sonata Korea, Taiwan, Indonesia, Malaysia mempromosikan supaya remaja mesti ada boyfriend/girlfriend, yang guru disekolah menghalang apakah sebabnya ?.

Betapa lekehnya remaja yang tak ada kawan istimewa.

Ibu, bapa
Siapa yang punya anak bilang sama aku
Aku yang amat malu
Pada teman-teman
Kerana hanya diriku yang tak laku-laku... woo, oo, ooo. Lagu yang merendahkan remaja yang tak ada girlfriend/ boyfriend.

Pengaruh luaran amat hebat , menenggelamkan nasihat guru jauh lebih dalam berbanding dasar lautan Pasifik, atlantik. Maka berpacaranlah remaja mengikut acuan korea, China, Taiwan, latin, Jepun, Melayu, Hindustan, Pakistan, Tanjung Rambutan.

Pakaian mendedah Aurat.

Baik lelaki atau perempuan semuanya cuba mendedahkan aurat dengan harapan agar dia nampak lawa. Jangan fikir dedah aurat hanya kepada mereka yang tak menutup rambut.

Cuba anda pergi ke Pekan Kuala Nerang, di Negeri Kedah. Buat bancian, berapa ramai remaja perempuan yang tidak bertudung, bertudung dan memakai t-shirt lengan pendek, bertudung, memakai t shirt lengan pendek dan seluar jeans. Jangan kira pelajar sekolah yang memakai track suit.

Kawan pakai seluar, adakah cocok seorang kita memakai baju kurung berjalan bersama mereka ?.

Seorang ulamak Iran (saya tak pasti Syiah atau ASWJ) telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan punca gempa bumi adalah kerana wanita mendedah aurat (membuka bahagian dada). Maka ramailah wanita Amerika membuat bantahan. Saya tidak hairan jika SIS dan wanita Amerika membuat bantahan kerana mereka bukan Islam, yang saya hairan jika orang Islam turut beri sokongan moral dalam blog mereka.

Jangan anggap lelaki tidak mendedah aurat, (sensitif- pemain sukan banyak mengenakan seluar pendek, hatta si pe tomoi pakai seluar pendek. Dedah lengan, dedah lutut, oleh kerana lelaki yang dedah aurat, masyarakat tidak memperdulikannya.


Membuka akaun facebook.

Facebook adalah laman sosial, kini manusia tidak malulagi untuk mempamerkan aksi masing-masing untuk tontonan masyarakat dunia, saya yang berprinsip pun terjebak dengan facebook, yang saya kira tidak menguntungkan apa-apa, sekadar lagha sahaja. Dulu kita marah jika diri kita ditangkap gambar tanpa kebenaran. Kini tanpa kira sedar, wajah kita terpampang dalam facebook dan rasa malu tersebut hilang begitu sahaja. (malu adalah petunjuk martabat iman.)

Para pelajar berlumba-lumba meletakkan wajah difacebook dengan harapan dapat dikenali oleh rakan-rakan lama dan rakan-rakan baru !, siapa rakan baru jika bukan dari jantina yang sama ?.

Artikel saya adalah taip terus tanpa edit, banyak kelemahan dari segi bahasa dan idea, ambil mana yang baik.

Guru –guru tidak mampu untuk membina negara bangsa jika kepimpinan yang menggubal dasar meluluskan pengajian seks disekolah, menggalakkan pelajar perempuan bermain bola sepak, menubuhkan pasukan sorak, masuk pertandingan menari (tidak termasuk tarian kebudayaan yang mengenakan pakaian sopan), mengadakan program realiti mencari cinta, gadis melayu, mengubah hukum kepada kutip sampah atau cuci longkang, mereka yang berpangkat bersalam dengan bukan muhrim.

Membina negara bangsa yang bagaimana yang hendak kita capai, bangsa 1Malaysia yang hebat dalam meningkatkan statistik anak luar nikah, bilangan buang bayi, statistik mat rempit, bilangan bangsa yang sentiasa bertaruh ketika perlawanan bola sepak, kerana bertaruh adalah judi kategori ’halal’.

Atau kita hendak bina bangsa yang gila glemer dalam semua hal, glemer seperti Raja SMS, Membina bangsa yang bilangan murtad dan tak percaya agama semakin meningkat. Negera bangsa yang anak bangsa (pelajar ) boleh beri wang kepada guru setiap kali musim peperiksaan, sebagai tanda prihatin dan kasihkan guru.

Selamat Hari Guru, guru jangan putus asa dalam mendidik, jika hari ini pelajar tak dengan nasihat, mingkin esok, lusa, tulat, tunggin... Cuma jangan nyawa dihalqum baru nak sedar nasihat guru.

Selamat Hari Guru..

Sekian terima kasih.

Monday, May 3, 2010

Lawatan Ke Acheh

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali, baru baru ini (29/4/10 – 01/05/10) saya mengikuti rombongan Lawatan Sambil Belajar Pengetua SM Teknik Zon Kedah Perlis ke Nanggroe Acheh Darus Salam. Lawatan utama adalah ke Sekolah Menengah Kejuruan , SMK Negeri 1,2,dan 3 Banda Acheh,

Sambutan diberikan seperti kita sambut PPD datang majlis peramian mesyuarat Agong PIBG. Tak sangka yang kami akan disambut sedemikian, iangatkan biasa- biasa saja. Rupa-rupanya luar biasa.

SM Kejuruan ini macam sekolah Vokasional di Malaysia. Sekolah ini hebatnya ialah semua peralatan yang digunakan semasa pembelajaran adalah teknologi terkini dari German. Peralatan dan bangunan adalah sumbangan dari Negara German selepas tsunami 2004, dari pagi hingga tengahari melawat 3 buah sekolah tersebut yang letaknya dalam satu kawasan.

Selain itu sempat pergi melawat kawasan yang dilanda tsunami, sesetengah kawasan telah dibangunkan semua, Cuma ada kawasan yang belum dibangunkan, rumah-rumah yang musnah telah dibangunkan dengan bantuan dari banyak Negara, NGO dan Syarikat Multinasional.

Kami juga pergi melihat sebuah kapal besar yang terdampar didaratan dan sebuah kapal tersangkut diatas sebuah rumah. Hari ini mungkin kita masih dapat terima kenyataan bahawa itu adalah kesan tsunami melalui pembacaan dan cerita orang, Apakah kapal didaratan ini akan menjadi cerita dongeng masyarakat 200 tahun akan datang. Atau pengkaji sejarah akan kata disitu terdapat sebuah dermaga membina kapal, tau mereka membuat kesimpulan bahawa memang kapal itu sengaja dibina disitu. Gambar dibawah diambil dari atas kapal yang terdampar didaratan. Rumah-rumah yang nampak adalah binaan semula selepas tsunami.


Makam Syiah Kuala (Mufti Kerajaan Acheh suatu ketika dahulu) yang berada di tepi pantai langsung tidak terjejas semasa tsunami, padahal kawasan perkampungan sekelilingnya musnah bagai padang jarak.

Kami juga berkesempatan melawat dan sembahyang di Masjid Rahmatullah yang tidak runtuh dilanda tsunami. Semoga lawatan tersebut dapat memberi iktibar dan pengajaran kepada saya.

Sekian, terima kasih.