Monday, August 10, 2009

CUTI

Assalamualaikum wbt.

Minta maaf blog ini tak dapat dimuat artikel baru, kerana saya 'cuti'

Insya Allah, bila ada kelapangan fikiran, saya akan kembali.

Selamat 'bercuti'

Terima kasih.

Wednesday, July 29, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 12

Assalamualaikum wbt

Bertemu kembali. Siapa tahu betapa sukarnya menguruskan sekolah yang tak cukup guru atau cukup guru tapi tak menepati opsyen ?

Tahun 2004 semasa sekolah baru ditubuhkan, SMTP menghadapi masalah tersebut dan kini sekali lagi menghadapi masalah yang sama. Tahun 2009 guru tak cukup kerana sekolah nak ditutup, maka guru diarahkan bertukar sekolah dan ada juga guru yang diarahkan mengajar Matrikulasi Teknikal.

Dulu (2004) guru BM kena tolong mengajar BI, Ustazah PI terpaksa mengajar dalam bentuk kuliah, gabung kelas, guru-guru lain aja macam-macam subjek yang tak pernah terfikir oleh mereka sebelum ini, mula-mula memanglah guru tak mahu, sekarang bolhelah dia buka cerita yang dia tak kisah mengajar apa-apa subjek pun !.

Tahun 2005 - 2008 masalah guru telah dapat diatasi. Kini tahun 2009 agak membebankan bahu orang yang menanggungnya. Ramai guru telah ditukarkan kesekolah lain kerana atas pengiraan guru hak, bilangan guru akan lebih, beberapa guru diarah oleh BPTV untuk mengajar matrikulasi, mula-mula dulu adalah bunyi guru kena mengajar 'dua alam' - bunyi dimulut sahaja tapi perlaksanaannya terlalu sukar dan menyusahkan. Namun begitu ada juga guru yang sanggup mengajar sekolah dan matrik. Semoga Allah memberi ganjaran atas pengorbanan anda.

Kasihan juga guru yang mengajar matrik ini. Surat lantikan dari JPA/BSM belum dapat, bermakna mereka masih dibawah arahan sekolah, dari segi pentadbiran mereka masih kena melapor kepada ketua mereka di sekolah, keutamaan adalah untuk sekolah, jiwa juga untuk sekolah dan pelajar, kasihanilah pelajar saya, tinggal tak berapa hari lagi akan mengahdapi pepriksaan SPM.

bersambung... terima kasih.

Sunday, July 26, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 11

Dato’ Hj Yusof bin Harun – mantan TKPPM (teknikal)

Beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Teknikal) – Bos no 1 bagi sekolah menengah Teknik seluruh Malaysia sebelum pengorganisasian semula.


Kenapa saya ‘takut’ dengan Dato’ Hj Yusof bin Harun ?

1. Saya hormat beliau sebagai TKPPM
2. Orang cerita dia ‘chengie’ (garang)
3. Semua jawapan yang kita beri adalah ‘salah’
4. Dia soal sampai kita tak terjawab.

Sebelum saya terus tulisan ini, perlu diketahui bahawa beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab ‘menaik taraf SMT Pendang ke Matrikulasi’ dan rakan sejawatnya di bahagian matrikulasi ialah Dato’ Zainol. .Tahniah .

Bermula cerita..

Dato’ Yusof adalah antara pegawai yang datang melihat kedudukan dan memilih lokasi SMT Pendang sebelum penubuhan dan pembinaan pada tahun 2001. Sebelum bersara beliau datang membuat lawatan kerja ke SMT Pendang pada 27 Julai 2008.

Pagi tersebut beliau sampai awal, beberapa kakitangan sokongan tiada di tempat duduk masing-masing, apa lagi bising le Dato’ . Kecutlah perut Pengetua dan PK, dalam bilik pengetua bising sakan. Saya tidak masuk bersama dalam bilik pengetua, takut nanti dia kata lu sapa ! walaupun tn pengetua panggil saya masuk.

Perkataan popular yang sering keluar dari mulutnya ialah Tara Guna.

Sempena lawatan tersebut beliau telah mengadakan Mesyuarat bersama kaunselor SMT Zon Utara.

Tara guna - 1

Biasalah… bila mesyuarat atau apa-apa aktiviti dalam dewan masing-masing mengambil posisi di baris kedua atau baris belakang. Saya telah memaklumkan kepada kaunselor supaya mengisi tempat duduk di baris hadapan, tetapi … macam biasalah.. baris kedua dan belakang juga yang menjadi pilihan.

Setibanya Dato’ kedalam bilik mesyuarat, Ni kerusi depan tinggal kat siapa ? , Kaunselor ini tara guna !, cakap saja pandai. Kerusi depan pun takut nak duduk.

Tara guna – 2

Sambil membelek jadual kedatangan mesyuarat, masuklah seorang kaunselor… datang lewat, dari sekolah… lupa! , Ni apa sal lewat ? , belum sempat nak jawab, Dato’ jawab dulu, Dah tau tak pernah datang SMT Pendang , survey le dulu, kalau dekat budak bukan main, pandai cakap, diri sendiri pun tak dapat urus, hotel ada, duduk le dihotel, bukan tak boleh claim. Tara guna !
Tara guna – 3

Sambil membelek jadual kedatangan yang ditandatangan oleh kaunselor, ini apa sal seorang saja kaunselor yang hadir , seorang lagi mana ?, merujuk sekolah xx, kalau kita panggil tak datang, JPN panggil, PPD panggil cepat pula datang, Nampak hebat sangat sebab dijemput oleh JPN, PPD, tara guna.


Tara guna – 4

Siapa yang ada master ? , adalah dua tiga kaunselor angkat tangan, ia lah kamu duduk sekolah mana ada kerja sempatlah baca buku, buat kertas kerja, sekolah tak ada pelajar masuk kamu tak peduli, tara guna.

Banyak sangatlah perkataan tara guna yang dikenakan kepada kaunselor dalam mesyuarat tersebut.

Setelah selesai mesyuarat, kami bawa beliau ke bilik inai untuk makan dan minum, atas permintaan beliau untuk berehat kami bawa beliau ke rumah pengetua, kuih muih dan minuman diangkut kesana dengan van, durian, rambutan dan manggis juga dibawa kesana, saya, cikgu Fuad , cikgu Fuzi dan cikgu Nasir pun ada bersama. Beliau tidak makan durian kerana …

Saya pun tumpang berbual walaupun perasaan ‘takut’ ada dalam diri, kau ni pengetua, apa kau buat selama ni? , macam-macam Dato’.
Seingat saya satu jawapan yang di beri oleh kami, semuanya tak betul, ada saja yang dilipat balik kepada kami.

Namun dia memberi kata-kata, kalau saya datang sekali lagi ke sini tentu ada yang tak kena dengan sekolah ini, hingga hari ini dia tidak datang, telah bersara. Sebelum bersara beliau telah mengucapkan tahniah kepada SMT Pendang melalui tn Pengetua atas kejayaan meletakkan SMT Pendang no 12 dikalangan 90 buah SMT seluruh Malaysia.

Ulasan saya,

Beliau mempunyai harapan yang tinggi terhadap SMT, beliau mahu SMT terbilang dikalangan sekolah-sekolah di Malaysia. Beliau ikhlas memperjuangkan SMT. Tapi agak terlewat apabila JP Teknikal telah dijumudkan.

Bersambung … terima kasih.

Wednesday, July 22, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 10

Tn Hj Mustaphar bin Muhamad – TKPPM (Teknikal)

Beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Teknikal) – Bos no 1 bagi sekolah menengah Teknik seluruh Malaysia sebelum pengorganisasian semula. Pada satu hari (Jumaat) saya baru saja pergi ke rumah mentua saya di Kuala Nerang, lebih kurang pukul 8.00 pagi. saya tinggalkan anak – anak dan isteri dirumah mertua, manakala saya kebiasaanya akan ke Kebun getah lebih kurang 2 km dari situ, target hari tersebut ialah saya memotong semak samun di kebun getah kakak saya dengan menggunakan mesin rumput sandang.

Baru saja start enjin mesin rumput, tiba-tiba handphone berdering, siapa pula yang telefon ?. nombor yang tertera di skrin adalah no Jabatan Pendidikan Teknikal.
Rupa-rupanya yang telefon adalah PA TKPPM memaklumkan bahawa TKPPM akan datang melawat ke SMTP pada hari Ahad 4 Februari 2007.

Terkejut jugalah. Apa tidaknya TKPPM yang nak datang, dah le pengetua tak ada, hanya PK Pentadbiran yang menjalankan tugas pengetua, maklum hari Jumaat pula, semua orang sedang bercuti.

Peluh kerja belum keluar, peluh terkejut pula yang keluar. Terbayang difikiran saya yang gambar potret Tn Hj Mustaphar belum dicetak, gambar beliau dibekalkan dalam CD semasa mesyuarat pengetua di Langkawi bulan 12 dulu.

Mula-mula rasa nak terus menebas memandangkan bukan senang nak datang ke Kuala Nerang, jaraknya 62 km dari kuarters guru SMT Pendang dan saya pula bukan ada masa , Cuma hari Jumaat dan Sabtu sahaja yang boleh datang bekerja di kebun. Saya start kembali mesin sandang tersebut. Remp sekali dua, tak jadi…… Saya matikan mesin tersebut, simpan semula atas pick up saya, tanggalkan topi kaledar, tanggal topeng pelindung, tanggal sarung tangan, tanggal but ambil handphone….

Mula-mula saya dail Cikgu Hj Fuad, Cikgu Che Puteh, Cikgu Nasir , Cikgu Fuzi, Cikgu Azman, cikgu Zawawi .. panggil mereka semua datang mesyuarat tergempar pukul 2.30 petang. Dengar saja TKPPM yang nak datang, semua orang panic semacam saja. Tahu sajalah TKPPM yang nak datang.

Syukur Alhamdullah, semua pentadbir ini tahu dan arif tugas masing-masing. Hjh Che Puteh akan cetak gambar beserta frame di Alor Setar, Hj Fuad akan sediakan Laporan HEM, Cikgu Nasir sediakan Laporan Ko Kurikulum, saya sediakan laporan Kurikulum dan pentadbiran, cikgu Fuzi uruskan makan dan minum, cikgu Azman uruskan tempat mesyuarat.

Malam itu juga pelajar asrama dikerah cuci asrama, besoknya gotong royong di sekolah. Saya pula combine laporan dalam power point untuk present kepada TKPPM. Hari Jumaat tidur tak lena, hari Sabtu tidur tak lena.
Hari Ahad , lebih kurang pukul 9.30 pagi tibalah TKPPM dihadapan pejabat sekolah, disambut oleh penolong kanan dan guru kanan. Guru-guru lain mengajar macam biasa dikelas.

Kami bergambar dahulu dihadapan pejabat (ada dalam majalah STEP jilid 3) kemudian baru ke bilik mesyuarat, saya memberi ucapan alu-aluan dengan memperkenalkan diri serta rakan-rakan yang lain. Seterusnya memberi taklimat, beliau mengemukakan soalan semasa taklimat dan saya serta PK HEM dan PK Ko menjawab soalan yang dikemukan.

Hampir dua jam berada di dalam bilik mesyuarat, soal dan jawab, saya nampak beliau terpandang potretnya didinding, beliau puas hati sebab arahannya supaya semua sekolah letakkan gambar beliau telah dipatuhi. kemudian kami membawa beliau melawat asrama dan sekitar sekolah. Saya bertanya adakah beliau hendak berjumpa dengan guru-guru. Beliau menjawab. Tidak. Para guru telah diarah bersedia kalau-kalau beliau hendak berjumpa.

Kedatangan beliau ke SMT Pendang adalah kali kedua, kali pertama semasa beliau menjadi Pengarah Bahagian Latihan. Saya pernah bermesyuarat dengan beliau di SMT Tawau, Sabah berkaitan dengan Latihan perkembangan Staf dan saya pasti beliau tidak mengenali saya. Beliau ingat pada Cikgu Azman kerana pernah bertegang leher dengan beliau semasa mesyuarat Latihan perkembangan staf suatu ketika dahulu.

Kenapa saya ‘takut’ denganTn Hj Mustaphar ?

1. Saya hormat beliau sebagai TKPPM
2. Orang cerita dia ‘pelik’ sejak jadi TKPPM
3. Satu ‘test’ terhadap keupayaan saya menjalankan tugas pengetua.- dalam hati kata juga, nak test apa lagi ini kali kedua menanggung jawatan pengetua-(release sress)
4. En Ali Abu ada call Tanya betul ke Orang tua tu nak datang sekolah kau ?

Selepas ronda sekolah kami bawa beliau ke bilik inai, cikgu Safriza dan pelajar PM siap sedia awal lagi, cikgu Zul cari nira special, cari ikan pekasam, sebab favorite dia dengan benda-benda tu.
Layan baik punya. Bos mai sapa tak mau layan ?

Kena nira fresh, siap tambah segelas lagi, sembang macam macam yang tak berkaitan kerja dan sekolah. Kira Ok, tension pun hilang. Beliau pun berangkat pulang. Selesai satu problem . semuanya lega.

Petang itu.. En Ali bin Abu telefon lagi .

A: Apa dia komen sekolah kau ?
L: Tak komen apa.
A: Bagus lah tak komen kat kau, nanti dia balik bamboo kat kami, selalunya macam tu.

Apa-apa pun tugasan kami selesai. Saya nak tahu juga apakah TKPPM akan bamboo di BPPTV sekembalinya beliau ke pejabat. Sebulan kemudian saya risik-risik pada en Suraimi kalau-kalau pegawai BPTV kena bamboo dengan TKPPM sebab SMTP.
Satu apapun dia tidak komen pasal SMTP kata en Suraimi, lega rasanya. Apakah sebab dia tak komen, adakah kerana gambar beliau telah terpampang didinding atau adakah kerana keenakan nira dan pekasam atau Adakah kerana sekolah ini ditadbir dengan baik walaupun tiada Pengetua.


Bersambung … terima kasih.

Tuesday, July 21, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 9

Assalamualaikum wbt.

Selain aktiviti wajib yang perlu diadakan disekolah seperti Majlis Anugerah Cemerlang dan Sukan Tahunan, SMTP turut menganjurkan aktiviti besar yang lain dan juga menjadi tuan rumah peringkat daerah dan juga peringkat zon utara Kedah/ Perlis. (Antara aktiviti yang dijalankan setiap tahun ialah Tadarus Al Quran yang melibatkan semua guru dan pelajar pada Bulan Ramaddan)

Bila sesuatu aktiviti besar diadakan , para guru cukup komited dalam menjalankan tugas mereka untuk menjayakan majlis tersebut. Berikut antara aktiviti besar yang diadakan di SMTP.

1. Program rekreasi minda yang melibatkan semua pelajar- aktiviti ini adalah dalam program Gemilang SMT Pendang untuk mencapai visi, meningkatkan prestasi SPM bertempat di KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah. 2006 dan 2007
2. Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Kedah – 2006
3. Kejohanan Antara Teknik Zon Utara – 8 – 12 Mac 2007

Untuk kali ini saya akan mengimbas sedikit aktiviti Kejohanan Antara Teknik Zon Utara.

Sayugia , tibalah giliran SMT Pendang untuk menjadi tuan rumah Kejohanan tersebut yang lebih dikenali sebagai KAT. Mesyuarat kali pertamanya telah diadakan pada tahun 2006 lagi sewaktu Pengetua En Zanal bin Dirin, entah bagaimana Pengetua telah diarah bertukar ke SMT Alor Setar pada bulan Nov 2006. Pengetua baru ‘tak sampai-sampai’, nak tak nak Pemangku Pengetua terpaksalah melaksanakan KAT 2007.

Mesyuarat demi mesyuarat telah diadakan, guru-guru telah memberi sokongan untuk terus melaksanakan KAT 2007. Pada masa inilah saya Nampak para guru telah bertukus lumus menjalankan tugas masing-masing dibawah jawatankuasa kecil masing-masing.

Kejohanan ini melibatkan pertandingan Bola sepak, bola jaring, bahas Bahasa Inggeris ala Parlimen dan rekacipta. Pengadil dan juruteknik permainan dijemput dari pihak luar untuk mengelakan ketidakadilan.

Kesemua 9 buah sekolah menengah teknik zon utara mengambil bahagian dan menginap diasrama SMTP. Alhamdulillah KAT 2007 berjalan dengan lancar. Pasukan Bola Jaring SMTP Berjaya mewakili zon utara keperingkat KAT Kebangsaan yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan.

Kebetulan semasa kejohanan bapa mentua saya mengadakan kenduri perkahwinan dua orang adik ipar saya, saya hanya dapat balik makan kenduri sahaja, saya tak dapat menolong semasa majlis kenduri tersebut, begitu juga isteri saya beliau tak dapat balik menolong ketika kenduri tersebut demi komitednya terhadap kejohanan tersebut.
Penolong Kanan Kokurikulum ketika itu ialah En Mohd Nasir bin Darus, Setiausaha Sukan ialah Ust Nizal bin Mazli. Saya menghargai tugasan yang mereka lakukan, sehingga berjaya melaksanakan KAT 2007.

Majlis Penutupan dilaksanakan oleh Tn Hj Hamsi, Timbalan Pengarah, BPTV, JP Teknikal.


Bersambung ... terima kasih

Sunday, July 19, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 8

Assalamualaikum wbt.

Pada 16 Julai 2009 yang lalu SMT Pendang mengadakan Majlis Permuafakatan, iaitu satu majlis yang menghimpunkan ibubapa dan guru untuk membincangkan prestasi pelajaran anak masing-masing. Program tersebut dimulakan dengan alu-aluan Pemangku Pengetua, diteruskan dengan analisa keputusan peperiksaan Pertengahan tahun, kemudian membuat bandingan antara pencapaian anak masing-masing dengan dengan pencapaian terbaik keseluruhan sekolah dan dalam kelas Seterusnya soal jawab bagi setiap mata pelajaran. Para ibubapa bertanyakan soalan untuk mata pelajaran yang mempunyai prestasi rendah. Guru mata pelajaran dipersila menjawab dan menerangkan program yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah yang dibangkitkan.

Saya berpuas hati dengan perjalanan program tersebut dan kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru. Semua guru hadir dalam majlis tersebut. Seorang waris menggulung diakhir majlis dengan menyatakan harapan beliau sebagai bapa kepada anak yang sedang belajar di SMT Pendang.

Program ini tidak mengundang VVIP sekadar dalaman sahaja. Selalunya jika kita mengudang perasmi maka ‘protokol’ mesti diikuti, ini akan membebankan guru untuk membuat persediaan,

Sepanjang kewujudan SMTP tetamu VVIP yang tinggi pangkatnya hanyalah Timbalan Pengarah.

Dalam tulisan kali ini saya akan maklumkan siapkah Pegawai Jabatan Pendidikan Teknikal yang pernah hadir ke SMT Pendang dari awal pembinaan, penubuhan dan penutupan sekolah ini, disertakan juga pegawai dari JPN
Yang pernah melawat SMT Pendang tetapi tak tersenarai dalam senarai ini, harap maaf, mungkin saya terlupa, dan tiada dalam rekod pelawat.

1. Tn Hj Adziz bin Abas – Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pendidikan Teknik
dan Vokasional, JPT – 29 Dis 2003, 9 Julai 2004
2. En Suraimie bin Rithwan – Penolong Pengarah, BPPTV – 15 Feb 2004 , 19 Dis
2004
3. Pn Rose Lina bt Ismail – Penolong Pengarah, BPTV -
4. Tn Hj Selamat bin Amat Judi – Timbalan Pengarah, BPPTV – 25 April 2004
5. En Mohd Noor bin Aziz – Penolong Pengarah, BPPTV – 8 Julai 2004
6. Tn Hj Mahadzir bin Mohd Khir – Timbalam Menteri Pelajaran – 9 Julai 2004
7. En Azimi bin Daim – Exco Pelajaran Negeri Kedah – 9 Julai 2004
8. Tn Hj Abd Rahman bin Yop – Pengarah Pelajaran Negeri Kedah – 9 Julai 2004
9. Tn Hj Zainol Abidin bin Ahmad – Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPN –
9 Julai 2004
10. Tn Hj Mustafar bin Muhamad – Pengarah Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf –
7 Sept 2004
11. En Abd Kadir bin Kusene – Penolong Pengarah BPTV – 29 Nov 2004
12. En Baharom bin Sulaiman – Pengelola BPPTV – 29 Nov 2004
13. Tn Hj Tajuddin bin Jab – Timbalan Pengarah Bahagian Kurikulum, JPT –
12 Jun 2005
14. En Ali bin Abu – Timbalan Pengarah, BPPTV – 21 Sept 2005, 15 Julai 2006
15. Tn Hj Mustafar bin Muhamad – Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia –
4 Feb 2007
16. Tn Hj Hamsi bin Jamhari – Timbalan Pengarah BPPTV, - 11 Mac 2007
17. En Norrulfazli bin M Yusuf – Penolong Pengarah, BLKS – 21 April 2008
18. Pn Sek Bih Yuueh – Penolong Pengarah, BLKS – 21 April 2008
19. Helena bt Osman – Penolong Pengarah BPPTV – 21 April 2008
20. En Mokhtar bin Zakaria – Penolong Pengarah BPTV – 27 Julai 2008
21. En Muhamad Fadzli – Penolong Pengarah BPTV – 27 Julai 2008
22. Dato’ Hj Yusof bin Harun – Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia-
27 Julai 2008.
23. En Mohd Azly bin Muhammad Yunus – Penolong Pengarah BRS, JPT – 5 Jan 2009
24. En Rosli bin Mohamad PPA Bt Pahat – Pegawai Penyenggara – 5 Jan 2009
25. En Amiruddin bin Ayob – Pengawai Pengelola Unit Aset BPTV - 13 Jan 2009

Pegawai Pelajaran Daerah Pendang,dan anak buahnya kerap datang Ke SMT Pendang untuk majlis-majlis seperti anugerah Cemerlang, Sukan dan lain-lain. Pegawai-pegawai dari Pusat Penyelenggara Alat, JPT , di Sg Petani kerap datang buat pemantauan, pegawai dari Jemaah Nazir kerap datang, pegawai dari Odit sekolah, Odit Jabatan Akauntan kerap datang, pegawai dari JPN tak kerap datang.

Secara peribadi, saya ucapkan terima kasih atas perhatian tuan- tuan dan puan-puan terhadap SMT Pendang.

Bersambung … terima kasih.

Thursday, July 16, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 7



SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI – 7

16 Julai 2003 adalah satu tarikh penting kerana ia adalah tarikh penyerahan bangunan SMT Pendang kepada Kementerian Pelajaran, yang lebih penting ialah saya turut terlibat dalam urusan penyerahan tersebut, tapi lepas hari itu hingga hari ini saya tertanya-tanya pula adakah patut saya seorang pegawai DG 41 tak berjawatan, sekadar caretaker yang dilantik secara pentadbiran diberi tanggungjawab berat menandatangan dokumen setebal 4 inci, , bangunan dan prasarana bernilai berjuta- juta, ish…ish.. tak patut. Apapun perkara dan peristiwa tersebut telah berlaku.

Penyerahan tersebut bermakna tanggungjawab menguruskan bangunan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran, diuruskan oleh JPT dan bermakna sayalah orang yang akan menjaganya. Seorang saja !. Maka saya pun buka sebut harga untuk dapatkan pengawal keselamatan dengan kadar segera kerana asset perlu dijaga segera. Minta bantuan Polis buat rondaan, minta JKKK tolong tengok-tengok. Genap 6 tahun SMT Pendang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mungkin juga sayalah orang yang akan diminta tandatangan Menyerahkan Bangunan SMT Pendang kepada Bahagian Matrikulasi pada 31 Dis 2009, mungkin sahaja! Kalau tak dirancang betul-betul oleh pegawai atasan di Bahagian Teknik. Saya sudah mula menggambarkan bagaimana Jepun menandatangan menyerah kalah dalam perang dunia kedua. Adakah begitu sekali ?.

Selepas penyerahan bangunan saya sudah mula memeriksa kecacatan bangunan seorang diri, siapalah saya untuk meneliti spesifikasi yang ditetapkan, pun begitu banyak dan panjanglah senarai defect yang diperolehi, yang Nampak oleh mata kasar, Alhamdulillah senarai defect diperbaiki oleh kontraktor.

Satu kelemahan dalam pembinaan SMT Pendang ialah kedudukan pintu utama, ia terletak bukan di jalan utama, yang lain-lain adalah baik. Tersergam indah sebuah kompleks bangunan yang menjadi kebanggaan Warga SMT seluruh Malaysia, ramai yang kagum dengan keelokan rekabentuk berbanding 90 buah SMT seluruh Malaysia. Penduduk daerah Pendang pun turut berbangga dengan kewujudannya, orang kampong pun turut berbangga.


bersambung ... terima kasih