Thursday, December 3, 2009

LABBAI KALLAH HUM MALABBAIK - 13



Assalamualaikum wbt.

Kami diarahkan menaiki pesawat mengikut giliran, bas yang pertama diarahkan naik dahulu dipintu hadapan pesawat, manakala bas kami diarah menaiki menggunakan pintu belakan pesawat, sewaktu melangkah kedalam pesawat, perasaan sangat gembira, kerana dalam masa 8 jam lagi kami akan menjejak kaki di Tanah suci.

Seperti biasa, pramugari dan pramugara akan memberi taklimat keselamatan, saya duduk di baris hadapan bersama cikgu shukri dan isteri beliau, manakala, isteri saya duduk di baris belakang saya bersama Ir Ismail dan isteri beliau. Nama Cikgu Shukri telah diperkenalkan kepada saya oleh biras saya yang mengajar besama beliau di SMK Naka, semasa datang menziarahi saya dulu dia ada memaklumkan bahawa cikgu Shukri akan berangkat pada tarikh yang saya dengan saya, jadi apabila cikgu Shukri memperkenalkan nama beliau, terus saya menambah, SMK Naka, tetapi dalam pesawat kami tak berbual panjang kerana memberi tumpuan kepada zikir. Ir Ismail hanya dikenali semasa berada di Tanah Suci.

Menggunakan pesawat adalah menjadi kebiasaan saya sejak kali pertama menaiki pesawat pada 4 Julai 1995 dari Subang ke Kota Kinabalu. Pada tahun 2001 saya berulang alik untuk urusan rasmi sebanyak 6 kali, Dari Lahad datu ke Alor Setar menggunakan 3 pesawat. Biasalah kali pertama menaiki pesawat ada yang belum tahu menggunakan talipinggang dan tandas dalam pesawat.

Kami sembahyang menghormati waktu apabila masuk waktu zohor.
Perjalanan yang panjang membuat mata pun rasa mengantuk, namun saya tidak berani untuk melelapkan mata bimbang terlepas Miqat makani dan terlepas niat. Saya mengambil jalan selamat dengan berniat umrah lebih awal sebelum masuk kawasan miqat seperti yang dicadangkan oleh ustaz. Saya dan isteri niat umrah lebih kurang 2 jam sebelum tiba, seterusnya mengucapkan Laibaikkallah dan lain-lain doa.

Dalam pesawat kami dihidangkan dengan makan tengahari dan makan petang, lama sudah tidak menjamah makanan atas kapal terbang, terakhir naik kapal terbang ialah bulan Januari 2003, Lama sungguh.

Tapi awas dengan tisu suam yang diedarkan diatas kapal terbang, bimbang ada wangi-wangian, kerana semasa berihram tak boleh pakai wangi-wangian. Saya tetap menolak tisu tersebut walaupun dikatakan tiada wangi.

Semasa pesawat memasuki ruang udara Qarnul Manazil , pramugari mengumumkan sekarang berada dalam kawasan Miqat, dan boleh berniat ihram. Ramai yang mulai niat, kerana kedengaran suara talbiah dari jemaah. Sayapun turut bertalbiah bersama mereka.

Saya mengambil kesempatan melihat pemandangan di bawah melalui tingkap dibahagian belakang pesawat berhampiran tandas, kerana saya nak tahu juga bagaimana yang dikatakan padang pasir. Padang pasir memang padang pasir yang luas, tiada pokok, hanya Nampak batu-batu gersang bukit-bukau, gunung ganang, Nampak juga sempadan antara Negara arab Saudi dengan Negara mana agaknya, garis sempadan yang lurus. Nampak juga kawasan tanaman Nampak hijau dalam bentuk bulatan, mungkin oasis buatan seperti yang saya baca dalam surat khabar. Apabila kapal terbang semakin merendah, nampak rumah-rumah di tengah-tengah padang pasir. Saya intai juga kalau-kalau ternampak kota Mekah, tapi mungkin bukan laluannya.

Akhir sekali kapal terbang mendarat, saya seraya mengucapkan Alhamdulillah, lapangan terbang dikawasan padang pasir, hanya tumbuhan renek yang kekeringan sahaja yang kelihatan, terlalu jauh beza berbanding KLIA. Para jemaah Nampak tidak sabar untuk menjejak kaki kebumi Arab Saudi.

Apabila mendapat kebenaran untuk turun kami segera turun dengan bag sandang dileher lengkap dengan passport dan dokumen kesihatan. Apabila memasuki terminal kami diarahkan melalui pintu-pintu yang telah ditetapkan, pegawai TH juga ada bersama memberi panduan dan tunjuk arah.


Kami mulai beratur untuk melintasi pemeriksaan imegresen, petugas imegresen tidaklah secekap imegresen Malaysia. Saya menanti agak lama di Kaunter sehingga saya sendiri rasa bimbang, kalau-kalau saya akan ditahan tidak dibenarkan masuk. Namun saya dari awal lagi hanya berserah kepada Allah dan membaca doa permudah segala urusan. Pegawai itu bertanya nama saya, nama isteri dalam bahasa Arab yang saya rasa itulah soalannya, maka saya jawab sambi menunjukkan kearah isteri saya dilaluan sebelah.

Lama juga, katanya system computer down , saya buka jemaah iran yang pernah buat kontroversi di Mekah, saya bukan jemaah Indonesia yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiah. Saya adalah jemaah Malaysia yang terkenal dengan budi pekerti dansuka bersedakah dan suka berbelanja. Akhir sekali saya dapat melepasi pemeriksaan imegresen dan terus menuju ke tempat hamparan yang digunakan untuk bersembahyang. Saya sembahyang jamak takhir.

Kami segera ketempat mengambil bagasi, Kalau di KLIA kita boleh mengambil terus semasa eskulator pembawa bag sedang bergerak, tetapi di Jeddah pekerja akan menyusun terlebih dahulu selepas semua bagasi sampai barulah boleh diambil. Jemaah dari Indonesia menggunakan pembalut bag yang seragam berbanding jemaah Malaysia yang ikut warna kegemaran sendiri. Mungkin juga mereka datang secara pakej yang menyediakan seragam sedemikian.

Saya membuka mangga terlebih dahulu sebelum melalui pemeriksaan kastam, bimbang kalau diperiksa akan melambatkan kerja atau nanti dibuka secara kasar oleh kastam Arab, tetapi mereka tidak membuat sebarang pemeriksaan keatas bag pakaian kami. Setelah keluar dari pemeriksaan kastam, kami meninggalkan bagasi untuk dibawa oleh pekerja-pekerja ke ruang yang disediakan untuk jemaah haji Malaysia, kami hanya membawa bag kecil sahaja.

Masuk waktu Maghrib kami solat maghrib, satu kesilapan saya iaitu tidak menjamak solat dengan harapan dapat solat isyak di Masjidil haram. Rupa-rupanya pengurusan sebelum dapat menaiki bas dan dibawa ke Mekah mengambil masa yang lama. Jangan fikir jarak antara Jedah dan Mekah hanya 90 km sahaja, kalau memandu sendiri mungkin cepat, tetapi diurukan oleh pengurus jemaah yang membuat keadaan jadi lambat. Yang penting adalah kesabaran menunggu.

Wassalam

No comments:

Post a Comment