Assalamualaikum wbt.
Kecoh dengan apa yang terjadi di KUIN. Sebuah pusat pengajian milik kerajaan negeri Kedah. Sewaktu Kedah di tadbir oleh PAS, semuanya berjalan lancer, walau timbul masalah-masalah , masalah tersebut boleh di selesaikan. Tapi kini setelah BN/UMNO memerintah Kedah, porak peranda KUIN dibuatnya, yang rugi adalah anak Kedah atau pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu.
Dari awal lagi MB Kedah yang baru kata buat Institusi pendidikan tak untung, jadi sudah tentu beliau lepas tangan dalam hal ini. Atau memang ada penyakit khianat kerana KUIN menawarkan kursus-kursus Islam. Begitu juga Maahad Thfiz di Pulau Langkawi, projek tersebut di tangguh atau kata lain tak akan ada projek tersebut.
Merosakkan KUIN seolah membalas dendam terhadap PAS yang mengia-iakan KUIN dan PAS dapat nama kerana KUIN, jadi KUIN perlu di hancurkan. Sifat buruk hasad dengki tetap ada dari mereka yang sokong secular. Sama seperti yang menjatuhkan Presiden Morsi di Mesir, mereka melompat setinggi-tingginya bila seorang alim dijatuhkan, hanya kerana mereka tidak berupaya menjuarai kealiman, sama seperti Yahudi marahkan Nabi Muhammad SAW kerana , dikalangan mereka tidak lahir Nabi Muhammad SAW.
Kesannya, hilang kepercayaan terhadap institusi pendidikan Islam, pelajar tak mahu memohon masuk KUIN, pelajar tidak mahu mohon masuk Universiti Al Azhar dan lain-lain universiti di Mesir. Dalam tempoh 3 hingga 4 tahun huru hara, berapa ramai graduan gagal dilahirkan, jadi siapa yang untung, sudah tentu musuh Islam dan orang Islam yang benci Islam hanya kerana dia tidak berpeluang menjadi Islam yang baik.
Thursday, July 18, 2013
Friday, July 5, 2013
TV3 paling tidak guna , padanlah di panggil TV 3 suku
Assalamualaikum wbt.
TV3 milik Umno labelkan Presiden Morsi sebagai diktator.. sungguh jahat perbuatan mereka. Terbukti Umno adalah agen Amerika yang sebenarnya. Jika mereka adalah Islam sudah tentu satu kenyataan membidas tindakan rampas kuasa tersebut. Sebaliknya menyepi sahaja.
TV3 cuba menanam dalam fikiran Rakyat Islam Malaysia bahawa orang yang berjuang Islam akan menjadi dictator dan gila kuasa. Tuduhan dictator kepada Morsi akan terpalit kepada TGHA dan PAS.
Jika PAS memerintah mereka juga akan menjadi dictator. Cuma secular sahaja yang kononnya baik dan demokratik, Peliknya orang Islam pendokong secular tetap mahu mengaku diri mereka juga pejuang Islam.
Kita sepatutnya bergembira dengan kedatangan Ramaddan, namun terpaksa merasa sedih, apabila sebuah kerajaan yang mahu kembali membela Islam di jatuhkan dengan alasan yang kecil sahaja.
Jika Mubarak melakukan kekejaman 30 tahun, Gamal Nasir malah Firaun telah melakukan kekejaman di Mesir, Sang Morsi yang baru setahun memerintah dianggap melakukan kekejama terhadab mereka yang mahukan “kebebasan”
Hati Islam mana yang tidak terluka jika orang yang mahu mempertahankan Islam dijatuhkan. Sudah tentu yang menjatuhkan nya adalah seorang yang cenderung kearah KEKAFIRAN / KUFUR.
Sipekak dan sibuta Islam sahaja yang menyokong rampasan kuasa tersebut.
Wednesday, July 3, 2013
Komen pasal Filem/cerita Tajuk Setem TV2
Assalamualaikum wbt.
Komen pasai cerita/filem Tajuk Setem TV2 2 Julai 2013, 10 mlm. Sah le tak tengok Tilawah, TV1 yang disiarkan pada waktu yang sama.
Filem ni dah lama ditayangkan, tahun 2009, cuma kali pertama saya tonton di tv.
Pada keseluruhannya jalan cerita amat menarik, sesuai untuk tontonan umum
, tak perlu fikir banyak, Cuma yang saya nampak tidak kena ialah pengelola rumah anak yatim, meminta dua orang murid tua nya mencuri setem yang lama untuk menyelamatkan rumah anak yatim yang mungkin akan terjual, kerana tiada dana.
Dua orang murid tua nya digambarkan sebagai penipu, menjadi penipu mungkin kerana pengelolanya seorang penipu sebelum ini , terbukti apabila beliau menyuruh dua anak murid tua nya mencuri.
Walau ditunjukkan imej baik (berbaju Melayu dan bersongkok - Pak Ramli)
Adalah tidak wajar, memberi makan, perlindungan, pakaian kepada anak yatim hasil wang curi. ini menggambarkan betapa tidak bermoralnya, walaupun diakhir cerita menunjukkan keinsafan oleh watak-watak yang melakonkan Setem.
Peringatan untuk semua: jangan beri wang riba, interest, bunya, dividen tak halal kepada anak-anak yatim, walaupun mereka tidak tahu sumber wang tersebut, ini akan menghitamkan hati mereka, tiada barakah atas perbelanjaan wang jenis tersebut.
Jangan kerana sayangkan wang tersebut, sedekah kepada anak yatim, berilah sedekah yang halal. Ni dah dekat Ramaddan , ramai yang akan bersedekah, jangan sedekah kepada anak yatim sahaja, anak orang miskin, kadang lebih menderita kewangan berbanding dengan anak yatim di pusat penjagaan.

Filem 'Setem' dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat seperti Afdlin Shauki (Joe),Rashidi Ishak (Sid), Vanidah Imran (Alliya), Que Haidar (Iskander), Bront Palare (Burn), Datuk Aziz Sattar (Pak Ramli), Datuk Jalaluddin (Adnan Hassan), Aziz M.Osman (Posman), Azwan Ali (Pengurus Restoran) dan Syanie sebagai Clubber
Adalah tidak wajar, memberi makan, perlindungan, pakaian kepada anak yatim hasil wang curi. ini menggambarkan betapa tidak bermoralnya, walaupun diakhir cerita menunjukkan keinsafan oleh watak-watak yang melakonkan Setem.
Peringatan untuk semua: jangan beri wang riba, interest, bunya, dividen tak halal kepada anak-anak yatim, walaupun mereka tidak tahu sumber wang tersebut, ini akan menghitamkan hati mereka, tiada barakah atas perbelanjaan wang jenis tersebut.
Jangan kerana sayangkan wang tersebut, sedekah kepada anak yatim, berilah sedekah yang halal. Ni dah dekat Ramaddan , ramai yang akan bersedekah, jangan sedekah kepada anak yatim sahaja, anak orang miskin, kadang lebih menderita kewangan berbanding dengan anak yatim di pusat penjagaan.
Tuesday, July 2, 2013
Pertukaran guru berkahwin dikaji semula.
KUALA LUMPUR 1 Julai - Guru-guru yang hidup berjauhan dengan pasangan masing-masing, dari segi kemanusiaannya diakui tidak elok dan kurang sesuai terutama pada mereka yang baru melangsungkan perkahwinan.
Sehubungan itu Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, pihak kementerian sedia mengkaji semula isu tersebut bagi membolehkan masalah berkenaan dapat diatasi.
Katanya, beliau sendiri ketika bertugas sebagai pengetua sentiasa memberi sokongan penuh kepada guru-guru yang memohon untuk berpindah atas sebab mengikut pasangan masing-masing.
''Berkaitan dengan isu pertukaran ini, memang berdasarkan kemanusiaan, tidak sesuai dan tidak baik untuk suami atau isteri dipisahkan. (Oleh itu) Pihak kementerian akan kaji balik isu ini," katanya pada soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) di Dewan Rakyat, hari ini.
Menjawab soalan asal Hasbullah, Mary Yap berkata, selari dengan status dan peranan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam memenuhi tanggungjawab melahirkan guru berkualiti, pihak kementerian pada tahun ini telah memberi tanggungjawab kepada IPGM untuk melaksanakan salah satu daripada 24 inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
hjlutfi : kaji jangan tak kaji, kajian beban tugas guru dah berapa kali tukar menteri tak selesai juga.
Labels:
Bela Rakyat,
GURU OH GURU,
KEHIDUPAN
Wednesday, June 26, 2013
Guru yang tak dapat tukar sudah marah
Assalamualaikum wbt.
Artikel dibawah saya ambil dari flyingkick.blogspot.
Posted by CUCU TOK WAN at 2:00 PM Wednesday, June 26, 2013
Labels: guru, kementerian pelajaran 0 comments
Artikel dibawah saya ambil dari flyingkick.blogspot.
Posted by CUCU TOK WAN at 2:00 PM Wednesday, June 26, 2013
TERIMA KASIH pada SEKOLAH, BPI, BAHAGIAN PERTUKARAN dan KEMENTERIAN PENDIDIKAN. Saya mohon pertukaran atas sebab yang penting, sebab isteri saya. Apa lagi yang kurang??? REKOD PERUBATAN, SURAT DARI HOSPITAL PAKAR, surat dari PEGAWAI MEMERINTAH, semua saya dah sertakan sebagai bukti. SEBAB SAYA TAK ADA SURAT SOKONGAN DARI AHLI POLITIK KE SAYA TAK DAPAT PINDAH??? Tahu tak betapa susahnya hati seorang suami yang jauh dari isterinya yang mempunyai masalah kesihatan. Apa lagi yang perlu saya buat sebagai bukti??? Kalau yang saja-saja mohon, suka-suka mohon, tak ada surat, kalau yang bujang boleh dapat kenapa tidak saya??? AGAKNYA SAMPAI MATI SAYA TAK DAPAT HIDUP BERSAMA ISTERI SAYA :'(
Menarik sebenarnya untuk dikongsi bersama-sama rakan pembaca!
Inilah kemelutnya apabila pegawai-pegawai yang sepatutnya bersikap seperti manusia, tiba-tiba sahaja bersikap seperti mesin dan robot. Apa ke bangangnya sampai perkara yang hanya memerlukan naluri kemanusiaan dipertimbangkan, tidak dipedulikan?
Apakah perlu guru berkenaan membawa seuncang duit dan diletakkan di atas meja pegawai yang meluluskan pertukarannya? Apa lagi sokongan yang diperlukan untuk membolehkan pegawai yang sepatutnya melancarkan pentadbiran menghilangkan keegoan dan keangkuhannya?
Barangkali inilah sebabnya kebanyakan guru bertukar menjadi penyokong Pembangkang memandangkan pegawai-pegawai yang berada di atas mereka bersikap seperti KERA MENDAPAT BUNGA?

hjlutfi-choras.
bersabar, minta doa lagi, itu hanya kata-kata nak sedapkan hati saja, tapi memang benar, kena sabar, jangan marah, jangan marah, jangan marah, 3 kali Nabi Muhammad SAW pesan jangan marah.
Saya pun dah empat kali selama 4 tahun minta tukar dari KMM kembali ke KMK, pertukaran hanya setahun sekali. Anak isteri, rumah, mak bapa, mentua semua ada di Kedah, Sokongan orang politik Timbalan Menteri Pelajaran yang dulu pun saya dah dapat sokongan beliau, tapi Pengarah bahagian tak layan, siap keluar warning secara umum lagi, jangan guna orang politik, jangan guna campur tangan orang politik. Tak ada kosong le, tak ada tempat le, dah penuh le. Akhirnya dah tahun keempat saya ulang alik dari Melaka ke Kuala Nerang, 585 sehala, 9 - 13 jam perjalanan, RM 400 sekali balik naik kereta.
Sekarang umurpun meningkat, darah tinggi, gaut, diabetis, menyerang badan, insya Allah bila mati , mereka akan tukarkan saya ke Kedah.
Perlukah sokong pembangkang hanya kerana tak dapat tukar >
Ini hanya penyedap rasa sahaja, asas sokongan adalah pada dasar Parti yang di sokong, bukan sebab tak dapat tukar.
Wednesday, June 19, 2013
Saya suka..saya suka.. Rakyat didahulukan, untung diutamakan
Tahniah diucapkan kepada para penyokong UMNO/BN... kerana undi kalian umat Melayu/Islam yang nak beraya Aidil Fitri balik kampong halaman menggunakan perkhidmatan bas akan kena bayar lebih 10% dari kadar semasa.
Inilah hebatnya UMNO yang memperjuangkan Ketuanan Melayu.. Slogan Rakyat di Dahulukan.. Tradisi Membela Rakyat...
Ikut hukum akal logik...yang balik kampong beraya pada Aidil Fitri ini hampir 100% orang Melayu beragama Islam.. Yang majoriti menyokong UMNO/BN pada PRU 13 lalu juga adalah warga Melayu/Islam yang duduk di luar bandar, kampong-kampong tradisional dan Rancangan Felda.
Sudah pasti menjelang tiba Aidil Fitri warga kota yang tidak berkemapuan nak balik kampong terpaksa guna khidmat pengangkutan bas..
Adakah cara begini UMNO membalas budi baik masyarakat Melayu/Islam yang berkerja keras mau memenangkan UMNO/BN?..TEPUK DADA TANYA IMAN... CUITKAN MINDA TANYA AKAL LOGIK.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.
Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.
Suruhanjaya itu juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan. ~ ok
Hjlutfi-choras.
kawan saya UMNO?BN kata dia akan tetap sokong UMNO/BN selamanya walau apa saja barang naik harga.
Monday, June 10, 2013
Melayu di diskriminasikan (kedai payang) - 5
Assalamualaikum wbt.
Baru saya tulis dalam bahagian 4 , mengenai Pekan Rabu Alor Setar. sekarang ini diskriminasi terhadap peniaga Melayu , dibuat oleh Melayu sendiri terhadap peniaga Melayu yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Terengganu.
Melayu tidak suka melihat Peniaga Melayu berniaga dengan aman. Kedai Payang memang sudah terkenal, dikenali oleh pelancong domestik, tempat tumpuan mendapatkan barangan Melayu tanpa perlu melalui CINA, jadi adalah bangsa Melayu juga yang akan menjahanamkan dengan alasan, MENCANTIK , MENYUSUN, MENGEMAS, MENGATUR DAN MACAM-MACAM LAGI IDEA YANG NAMPAK MUNASABAH, sebaliknya idea itu akan merosakkan peniaga Melayu.
Peniaga Melayu sering menjadi mangsa diskriminasi oleh Penguasa Melayu, kalau pengusa Melayu pun bertindak menindas, tak hairan lah kalau tauke cina pun akan menindas peniaga Melayu.
Tapak perniagaan yang sedia ada cukup baik bagi Melayu untuk menguruskan perniagaan. adakah Melayu boleh berniaga di Mall, sudah tentu tak dapat sebagaimana mereka dapat berniaga di Kedai Payang dan Pasar Siti Khadijah dan Pekan Rabu.
Penguasa Melayu memang ada idea hebat tapi idea sekadar nak mencantikkan sahaja , bukan untuk menguntungkan.
Selamat Maju Jaya , Melayu. teruskan sokongan anda kepada mereka dengan harapan BRIM akan terus diberikan selagi ada bulan dan bintang.
Subscribe to:
Posts (Atom)