Thursday, September 17, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 22

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA GURU,PELAJAR SMTP DAN KAKITANGAN SOKONGAN SERTA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI. Seorang guru menerima duit raya untuk disampaikan kepada pelajar kelas masing-masing. Sebentar tadi kami mengadakan majlis menjelang syawal. Dalam majlis tersebut, pelajar diberi duit raya oleh sekolah (duit sumbangan guru-guru) dan kuih raya. Ketua Pelajar mewakili pelajar mengucapkan selamat hari raya dan mohon maaf zahir dan batin, dua orang guru diberi kesempatan mengucapkan selamat hari raya. Sekolah akan bercuti mulai 18 Sept (Jumaat) hingga 26 Sept 2009. Selamat bercuti kepada yang bercuti, saya akan berada di rumah (kuarters) pada hari raya ketiga. Jemputlah datang kuih dah beli. Anak kecil saya berusia 28 hari, saya sedang cukur rambut Aminah Syukriyah pada hari ketujuh

Kami juga mengadakan Majlis Khatam Quran sempena Ramadan 1430 H bertempat disurau sekolah. Semoga Ramaddan tahun ini penuh makna.

Sekian Terima kasih. Bersambung..
Sekian, terima kasih. Bersambung...

No comments:

Post a Comment