Tuesday, September 15, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 21

Assalamualaikum wbt.

Tak sangka juga dalam keadaan sekolah nak ditutup/ naik taraf jadi kolej Matrikulasi Teknikal Pendang, datang lagi Seorang Nazir dan Jemaah Nazir Sekolah dari pejabat Kulim membuat pemantauan. Waktu itu saya sedang mengawasi peperiksaan di kelas 5PD2, peperiksaan subjek saya sendiri, kelas yang saya ajar, iaitu subjek keusahawanan. Lebih kerang pukul 9.00 am. Sedang elok kerana masa pun dah nak tamat, 1 jam 15 minit. Kerani telefon kata nazir datang, Cukup saja masa saya pun kutip jawapan dan datang kepejabat.

Dengan nada gurau saya kata, sekolah dah nak tutup. Pemantauan beliau kali ini adalah berkaitan pengurusan disiplin, Jadi taklah rasa tertekan, sebab fail-fail disiplin dan maklumat SSDM semua ok. Beliau melawat sekitar di bawa oleh PK HEM. Lebih kurang pukul 11.30 satu perjumpaan untuk rumusan diadakan di bilik Mesyuarat. Beliau memberi pujian kerana pengurusan disiplin elok, senang hati saya. Perbincangan antara beliau dan guru disiplin berjalan lancar.

Awal tahun dulu 2 orang nazir datang membuat pemantauan pengurusan pendidikan dan mata pelajaran Pendidikan Islam. Yang ini ada beberapa komen, tapi komen nazir tak lah sehebat komen wakil pengarah BPTV dan Timbalan Pengarah BPTV. Kesimpulannya Nazir datang membantu, BPTV datang membaling batu.

Perbincangan dengan nazir berlanjutan sehingga pukul 1.00 tgh. Cikgu Azeem kauselor bertanyakan mengenai ….. (saya terlupa ketika ini) Cikgu Farid bertanyakan cara menangani tindakan ibubapa yang menyebelahi anak walaupun anak bersalah, cikgu Amran menyokong pandangan yang diberikan oleh Cikgu Farid. Saya bertanyakan mengenai beban tugas guru disiplin , warden dan perlaksanaan semua guru adalah guru disiplin, cikgu Fuad mencadangkan elaun kritikal guru displin dan insurans Guru Disiplin. Kami hanya minta perkara-perkara yang dibangkitkan disampaikan kepada mereka yang lebih bertanggungjawab dalam hal disiplin pelajar sekolah.

Pukul 1.15 tgh kami mengadakan mesyuarat guru kali ke 4 , antara agenda utama ialah menyampaikan taklimat mengenai Target SPM yang dikeluarkan oleh BPTV, SMT Pendang perlu mendapat GPS 4.80 dalam SPM 2009, sebenarnya kami meletakkan lebih dari itu. Perlaksanaan Jadual Flexi, klinik malam dan rekreasi minda, Majlis Khatam Al Quran, Majlis menjelang Syawal (bagi duit raya kepada pelajar, seperti tahun-tahun sebelumnya), Majlis berbuka puasa dan lain-lain. Mesyuarat diadakan singkat sahaja.


Di SMT Pendang, masalah disiplin adalah biasa-biasa sahaja, seperti merokok, couple, mencuri, bawa telefon. Setiap pagi PK HEM beri morning talk, walaupun terlajak sampai masa pertama, dan tak berapa disukai oleh guru, namun itu adalah cara terbaik yang boleh diberikan kepada pelajar. Cikgu-cikgu silalah beri pengampunan kepada Cikgu Fuad yang terlajak masa dan beri pengampunan kepada saya kerana macam biar saja Cikgu Fuad lajak masa sampai terambil waktu P&P.

Kes disiplin yang pertama iaitu, kes 16 pelajar pukul seorang pelajar, kes lain, pelajar merokok, kes terpencil yang lain, Pelajar perempuan flying pagar malam Merdeka, kami jangka pelajar lelaki yang nak lompat pagar, rupa-rupanya budak perempuan, satu kes itu sahaja, kes khalwat ada satu kali, kes tolak van ada satu kali. Peranan orang kampong amat penting maklumat yang diberikan dapat digunakan dan dapat menyelesaikan kes-kes tersebut. Terima kasih, mungkin saya kena buat satu plak yang besar sempena nak tutup sekolah, plak ucapan terima kasih kepada pemberi-pemberi maklumat.


Sekian terima kasih.


Bersambung….

No comments:

Post a Comment