Thursday, September 10, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 20

Assalamualaikum wbt.

17 Ramadan 1430H yang lalu, Masjid Al Munira, Kg Pokok Tai mengadakan ceramah Nuzul Quran. Seperti biasa kita akan menghantar pelajar untuk mengimarahkan masjid tersebut. Ceramah oleh Kadi Daerah Pendang, yang menyentuh kepentingan menghayati bulan Ramadan, beliau juga dalam senda gurau berkata Tok Imam, hari ini dapat pahala banyak kerana menyedikan makanan berbuka puasa kepada pelajar SMT dan Maajad Tahfiz Al Abidin, Kg Pokok Tai.

Guru- guru mengumpul wang untuk majlis more yang diadakan setiap malam bulan Ramadan, satu hari khas untuk more guru SMT Pendang.

Kewujudan SMTP banyak memberi manfaat kepada Kg Pokok Tai, dari Masjid yang kecil telah diperbesarkan bagi memenuhi keperluan sembahyang Jumaat, namun tahun ini bilangan pelajar lelaki matrikulasi hanyalah sedikit, dan sembahyang Jumaat pula tak di”wajib”kan kepada mereka, tahun hadapan jika bilangan pelajar matrikulasi sedikit alamatnya, kosonglah Masjid Pokok Tai.

Setiap pagi Jumaat beberapa pelajar kita akan ke Masjid untuk membersihkan Masjid dan menyusun sejadah, nanti tiadalah lagi keadaan seperti itu. Kita memberi komitmen yang baik kepada Kg Pokok Tai, banyak aktiviti bermula dari Ma’al Hijrah hinggalah Maal hijrah berikutnya diikuti oleh pelajar kita. AJK Masjid pula pandai untuk mengadakan Majlis, Sekolah juga sering memanggil mereka ke sekolah untuk aktiviti kemasyarakatan seperti bacaan Yasin dan lain-lain acara.

Dalam hubungan antara kedua-dua institusi ini, saya lah yang mewakili sekolah, pengetua-pengetua yang lalu , tidak pernah berkesempatan dalam aktiviti tersebut,

Ustaz Zainol adalah pengasas MATA ( Ma’had Tahfiz Abidin) asalnya sekolah agama rakyat yang kini telah menjadi SABK. Anak saudara pupu saya ada 2 orang belajar disana, disamping hafal Al Quran mereka juga mengambil subjek SPM dan PMR.

Pengetuanya Ustaz Anas memuji sikap pelajar kita yang lebih teratur dan disiplin tinggi semasa hadir sembahyang Jumaat dan lain-lain aktiviti berbanding pelajar beliau yang belum mencapai tahap seperti itu. ( Saya bangga dengan pelajar saya dan Guru-guru serta warden yang mengawal mereka).

Di SK Pokok Tai pula, kewujudan komuniti Quarters SMT Pendang turut menyumbang dalam pencapaian 5A UPSR kerana anak-anak guru dan staf sokongan belajar disana.
Beberapa keluarga juga bertuah kerana dapat menjaga anak-anak kecil beberapa guru SMT Pendang termasuk anak-anak saya.

Sekian terima kasih.


Bersambung….

No comments:

Post a Comment