Thursday, September 10, 2009

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 19

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ini kami melalui bulan-bulan terakhir bagi SMTP , bulan terakhir yang penuh dengan agenda dan cabaran, misi mencapai no 5 antara sekolah menengah teknik seluruh Malaysia masih belum tercapai, pelajar tingkatan 5 sekarang adalah penentu samada akan tercapai atau tidak. Sebenarnya tidak mustahil untuk mencapai misi tersebut, pengetua terakhir SMTP sering membilang hari untuk berpencen sejak bulan Januari lagi, banyak perkara tidak diluluskan oleh beliau demi untuk menjaga keselamatan pencennya, saya tak kisah, itu ‘play safe’, namun untuk aktiviti akademik tetap saya jalankan, kami menjaga disiplin pelajar dengan baik, terima kasih kepada ketua warden yang dapat jaga pelajar. Walaupun bukan semua pelajar mahu faham, kalau melanggar peraturan akan menyusahkan diri sendiri,warden, PK HEM dan Pengetua. Lawatan ditangguhkan, takut kalau-kalau sesuatu terjadi, bila dia dah bersara saya beri kebenaran, namun kita hanya mampu merancang, penularan wabak H1N1 menyebabkan lawatan tak dapat dijalankan.

Sebelum itu Aktiviti akademik bersama SMT Zon Utara diadakan di UUM dengan menggunakan wang lebihan makan asrama SMT Pendang (digunakan dengan kelulusan Ketua PTJ, bukan saya). Kemudian aktiviti akademik di Terap Inn, Kuala Nerang, program Teknik Menjawab SPM, aktiviti akademik peringkat daerah, program Motivasi dan banyak lagi telah dilaksanakan, harap semua itu akan memberi impak terhadap pencapaian akademik pelajar akhir SMTP.

Pengisian Pecutan akhir adalah drilling menggunakan modul yang disediakan oleh panitia, program ini pun saya harap guru-guru dapat melaksanakan dengan baik. Cuma saya jangkakan pada bulan Nov akan ada sedikit masalah kerana guru akan mula bermesyuarat untuk pengawasan peperiksaan SPM. Saya akan guna beberapa alternative bagi mengatasi masalah tersebut.

Sumbangan dan kesungguhan guru amat diperlukan untuk menjayakan misi ini, selama inipun mereka cukup prihatin terhadap tugas mereka. Cuma masalah kepimpinan yang membantutkan semangat, Kita telus dalam mengagihkan bajet, kita senang meluluskan peruntukan jika berkaitan P&P.

Tuntutan Transfer dan Travel juga tiada masalah sehinggalah tiada lagi wang untuk dibayar diakhir-akhir ini. Termasuk claim saya pergi ‘ambil marah’ Pengarah.

Dalam artikel ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas sumbangan jiwa dan raga dalam membentuk pelajar SMT Pendang. Menurut rekod saya, Kehadiran mesyuarat paling tinggi adalah pada Mesyuarat Guru 5 Ogos 2009 dan kehadiran perhimpunan paling ramai pada 9 Ogos 2009


Terima kasih saya ucapkan atas keprihatinan semua guru, sebab itu saya kata guru-guru semua memang baik dan sedia meningkatkan prestasi akademik pelajar. Aktiviti akademik di Terap Inn dihadir oleh semua guru yang dijadualkan, Cuma seorang sahaja yang malu untuk datang ke Terap Inn, yang lain semua no problem, asalkan untuk kejayaan pelajar mereka akan beri yang terbaik.

Kita juga telah membuat kelas tambahan khas untuk dua kelas yang menghadapi masalah, dan kelas tambahan tersebut berjalan lancar, kehadiran pelajar direkodkan,

Sekian terima kasih.


Bersambung….

No comments:

Post a Comment