Friday, September 20, 2013

Merakyatkan Perkhidmatan awam

Assalamualaikum wbt. Merakyatkan perkhidmatan awam Merakyatkan penjawat awam , Good delivery system , Menghubungkan rakyat dan penjawat awam Perkhidmatan yang mesra, Senyum
Ini hanyalah satu contoh kaunter di Malaysia, tak tahu jin ke manusia yang terima wang yang kita hulurkan, cermin gelap, lubang kaunter cukup-cukup untuk hulur penumbuk saja. kena tunduk untuk bercakap, cakap perlahan tak leh dengar, kena cakap kuat.

Monday, September 9, 2013

BI wajib lulus untuk dapat sijil SPM

Assalamualaikum wbt. KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak setuju Bahasa Inggeris (BI) dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI. “Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas. “Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI masih lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran,” ujarnya dalam satu kenyataan. hjlutfi: nasib bangsa Melayu, hilang tulisan jawi, hilang budaya Melayu, hilang Bahasa Melayu, hilang peluang pekerjaan, hilang peluang lanjut pelajaran. Siapa yang buat hilang semua ini ? , oleh Melayu yang rasa dirinya boleh buat, kenapa Melayu lain tak boleh. Orang Melayu yang boleh berbahasa Inggeris, kenapa Melayu lain tak boleh, dan satu jawapan saya, orang Melayu yang pendek akal politiknya menyebabkan bangsa Melayu akan hilang segala-galanya.

Tuesday, September 3, 2013

Kenapa ke stesen minyak lebih baik ke Putrajaya

Assalamualaikum wbt, Bukan saya nak menghasut, cuma saya cadangkan, berikutan rakyat Malaysia boleh dikatakan semuanya hanya mementing diri sendiri. Masing-masing berpusu-pusu ke stesen minyak untuk dapat keuntungan paling banyak RM 14 , dikira saiz tangki 70 liter. seperti ford ranger. Terpaksa bertengkar, marah-marah, kata orang tu bodoh, kata orang ni bodoh, tapi tak sedar diri sendiri yang bodoh (khas untuk penyokong UMNO/BN)
Bagaimana kalau semalam selepas diumumkan harga minyak naik, kita semua pakat naik minyak berarak keputrajaya, parking kereta bersusun di hadapan penjabat Perdana Menteri, menuntut harga minyak diturunkan. Buat satu mogok demi untuk kepentingan masa depan bangsa dan negera. Tapi macam saya kata tadi, rakyat Malaysia lebih mementingkan diri sendiri. Lebih nampak BRIM, lebih nampak jalan raya, lebih nampak rumah terbuka.

Monday, September 2, 2013

RON 95 dan diesel naik 20 sen

Assalamualaikum wbt TAHNIAH ! Harga RON 95 dan diesel naik 20 sen , alah.. 20 sen saja. Fadli tanya siapa yang bodoh ? saya kata mereka dan kawan-kawan mereka. Kenapa bodoh, tidakkah itu untuk menggalakkan ekonomi, mencergaskan ekonomi, bila orang berbelanja wang banyak berkitar di pasaran, kata PM 1M. Yang berniaga ok le sebab dia menerima masyuuk. yang membeli..., tak kisah asalkan BN yang memerintah. stop le tak payang bincang apalagi. Tak boleh, kena bincang juga. PM 1M kata nak beri BR1M , nak naik kan BR1M, ya le penerima BR1M ok le dapat BR1M, cikgu yang ulang alik satu hari 200 km, dapat BR1M ke ?. Cina yang berniaga pun kecoh maklumat pendapatan untuk dapatkan BR1M, kerani sekolah, boleh kecoh pendapatan ke, supaya dapat BR1M. PM naikan gaji kami untuk cover, atau bagi kami kenakan kepada kerajaan surcaj 20 sen setiap Kilometer perjalanan harian ketempat kerja seseorang penjawat awam. Apa payah-payah cari sumber pendapatan lain untuk cover harga minyak.

Thursday, July 18, 2013

Bila Pendidikan dijadikan Medan balas dendam

Assalamualaikum wbt.




Kecoh dengan apa yang terjadi di KUIN. Sebuah pusat pengajian milik kerajaan negeri Kedah. Sewaktu Kedah di tadbir oleh PAS, semuanya berjalan lancer, walau timbul masalah-masalah , masalah tersebut boleh di selesaikan. Tapi kini setelah BN/UMNO memerintah Kedah, porak peranda KUIN dibuatnya, yang rugi adalah anak Kedah atau pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu.



Dari awal lagi MB Kedah yang baru kata buat Institusi pendidikan tak untung, jadi sudah tentu beliau lepas tangan dalam hal ini. Atau memang ada penyakit khianat kerana KUIN menawarkan kursus-kursus Islam. Begitu juga Maahad Thfiz di Pulau Langkawi, projek tersebut di tangguh atau kata lain tak akan ada projek tersebut.



Merosakkan KUIN seolah membalas dendam terhadap PAS yang mengia-iakan KUIN dan PAS dapat nama kerana KUIN, jadi KUIN perlu di hancurkan. Sifat buruk hasad dengki tetap ada dari mereka yang sokong secular. Sama seperti yang menjatuhkan Presiden Morsi di Mesir, mereka melompat setinggi-tingginya bila seorang alim dijatuhkan, hanya kerana mereka tidak berupaya menjuarai kealiman, sama seperti Yahudi marahkan Nabi Muhammad SAW kerana , dikalangan mereka tidak lahir Nabi Muhammad SAW.



Kesannya, hilang kepercayaan terhadap institusi pendidikan Islam, pelajar tak mahu memohon masuk KUIN, pelajar tidak mahu mohon masuk Universiti Al Azhar dan lain-lain universiti di Mesir. Dalam tempoh 3 hingga 4 tahun huru hara, berapa ramai graduan gagal dilahirkan, jadi siapa yang untung, sudah tentu musuh Islam dan orang Islam yang benci Islam hanya kerana dia tidak berpeluang menjadi Islam yang baik.

Friday, July 5, 2013

TV3 paling tidak guna , padanlah di panggil TV 3 suku

Assalamualaikum wbt.

TV3 milik Umno labelkan Presiden Morsi sebagai diktator.. sungguh jahat perbuatan mereka. Terbukti Umno adalah agen Amerika yang sebenarnya.  Jika mereka adalah Islam sudah tentu satu kenyataan membidas tindakan rampas kuasa tersebut. Sebaliknya menyepi sahaja.


TV3 cuba menanam dalam fikiran  Rakyat Islam Malaysia bahawa orang yang berjuang Islam akan menjadi dictator dan gila kuasa. Tuduhan dictator kepada Morsi akan terpalit kepada TGHA dan PAS.

Jika PAS memerintah mereka juga akan menjadi dictator. Cuma secular sahaja yang kononnya baik dan demokratik, Peliknya orang Islam pendokong secular tetap mahu mengaku diri mereka juga pejuang Islam.

Kita sepatutnya bergembira dengan kedatangan Ramaddan, namun terpaksa merasa sedih, apabila sebuah kerajaan yang mahu kembali membela Islam di jatuhkan dengan alasan yang kecil sahaja.

Jika Mubarak melakukan kekejaman 30 tahun, Gamal Nasir  malah Firaun telah melakukan kekejaman di Mesir, Sang Morsi yang baru setahun memerintah dianggap melakukan kekejama terhadab mereka yang mahukan “kebebasan”

Hati Islam mana yang tidak terluka jika orang yang mahu mempertahankan Islam dijatuhkan. Sudah tentu yang menjatuhkan nya adalah seorang yang cenderung kearah KEKAFIRAN / KUFUR.

Sipekak dan sibuta Islam sahaja yang menyokong rampasan kuasa tersebut.