Wednesday, May 29, 2013

Kemana arah anak muda selepas PRU 13

Assalamualaikum wbt.




PRU 13 telah selesai, , yang kalah memang sudah kalah, yang menang ada yang tak menang, manakan tidak, target bukan sekadar menang, malah menjadi exco atau menteri, dapat timbalan menteripun belum dianggap menang bagi yang ber ‘ nafsu’ besar.



Bagaimana penyokong, terutama penyokong yang tak tahu apa yang disokong, kenapa menyokong, untuk apa orang itu disokong.



Semasa menyokong, membawa bendera kesana kemari kerana dibayar untuk berbuat demikian, diarah menganggu saudara yang warna selain warna kita, diarah memangkah demi menyelamatkan bangsa, tanah air dan agama. Yang belum boleh mengundi, taka pa, mereka juga dibiayai supaya menjadi penyokong dikemudian hari.



Hai anak muda !.



Cepet –cepat tersedar bahawa sokongan anda kepada biru adalah dunia semata-mata, mereka kononya memperjuang kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam, tetapi mereka sebenarnya telah meluluskan Bible dicetak dalam bahasa Melayu, mereka yang yang tidak mahu kristian bertapak di Malaysia, mereka itu juga melantik seorang dari mubaligh kristian mengetuai bidang pendidikan Negara selepas menang PRU 13. Mereka yang kata PR tidak tahu mengurus / mengebas wang Negara, mereka itu akan kebas semahunya, dengan cara mark up harga dan komisen atau sub kontrak projek yang diperolehi dengan cara ‘anugerah’



Hai anak muda !



Aku ni belum cukup tua, tapi kalau Ikut Islam umur 40 sudah tua, kena duduk saf hadapan dalam solat jemaah. Saya beri sedikit soalan, apa yang kamu dapat selepas memilih BN mnjadi pemerintah Malaysia.



1. Dapat atau tidak biasiswa yang sepatutnya orang Melayu bumiputra dapat seperti termaktub dalam perlembagaan. Ya lah kamu nak biasiswa buat apa, kamu tak sekolah. Inilah pemikiran singkat, nak kenyangkan perut sendiri sahaja, kalau begini cara pemikiran memang kamu akn sokong BN. Hari ini kamu tak perlu biasiswa, nanti bila anak kamu masuk u kena hutang sana sini nak menampung kos pengajian anak, baru kamu tahu pentingnya biasiswa. Baru kamu teringat ‘pendidikan percuma’ adalah baik.



2. Harga kereta akan diturunkan peringkat demi peringkat. Buat apa kita nak fikir tentang harga kereta, kita sekarang mana mampu nak beli kereta, kalau tak ada duit jangan beli keretalah. “kamu kena ingat kalau harga kereta diturunkan Negara akan bankrap”, “banyak orang pakai kereta, nanti banyak berlaku kemalangan”. “cuba fikirkan berapa ramai mat motor seperti kamu mati dilanggar kereta” Ya tak ye juga. Jadi jangan sokong mereka yang nak turunkan harga kereta.



Hai anak muda !

Fikir panjang demi untuk agama, bangsa dan Negara. Jangan fikir hiburan melampau yang akan dipersembahkan oleh BN bila BN menang, hiburan tersebut tak bawa apa-apa keuntungan. PAS tak akan beri hiburan seperti BN, itu perbuatan lahga, maksiat dan mungkar. Dasar PAS adalah Islam, berjuang dalam PAS adalah berjuang dalam Islam.



APA kamu fikir BN tidak Islam ?. Jawapan saya YA BN bukan Islam. UMNO pun bukan Islam. Kalu mereka itu Islam telah lama orang Islam di Malaysia maju kehadapan, sekarang ini Negara Malaysia maju kerana ekonomi yang dimainkan oleh bukan Islam, sebab itu Negara Malaysia jadi Negara Islam contoh kepada Negara Islam yang lain, pada hakikatnya orang Islam di Malaysia makan makanan halal yang disediakan oleh bukan Islam, nak beli ayam pun susah, nak beli sosej pun susah. Negara Islam apa kalau begitu. Kau pandai sembelih ayam ke ?.

No comments:

Post a Comment