Wednesday, May 29, 2013

AES akan dilaksanakan di Kedah

Assalamualaikum wbt.

Wei orang Pedu, Naka  mu dak gi Alo Star, tak kena la  AES, Hok pungg.. gi balik ALo Star siakp duit baya saman AES.




He.. he.. Susah juga nak tiru loghat orang Pedu, Naka dan sewaktu dengannya. Penyokong kuat Cikgu Kama, Mahadir Khalid dan Badrul.



Agaknya berapa hari kena motong getah baru dapat bayar saman RM 300. Pokok getah yang boleh tahan 30 tahun kalau motong ikut jadual dan Pelan A B C mungkin tinggal 15 tahun sahaja, itupun kalau motong tak makan batang, kalau motong dok toreh batang saja, melepuh , mampuih pokok getah. Baja dah le jarang bubuh. Motong pula pawah 50 : 50, siap le, harap kerajaan BN bagi BR1M lagi setiap bulan.



AES akan dilaksanakan oleh pemerintah baru Kedah iaitu BN , baru saja menang terus mendahulukan rakyat untuk dikenakan saman. Janji di Tepati, janji di capati . Adakah AES mendidik rakyat untuk patuh peraturan jalanraya. Berapa kemalangan berlaku pada hari-hari biasa, adakah kemalangan berlaku kerana langgar lampu isyarat yang tertinggi dalam statistic kemalangan, adakah tidak memakai topi keledar adalah punca kemalangan.



Kemalangan kerap berlaku ketika musim perayaan, ketika kenderaan banyak diatas jalanraya. Kalau sekali bas berlanggar di lebuhraya siap boleh mati 20 – 30 orang. Bas dijalan biasa jarang berlaku kemalangan.



Bukan saya suruh langgar peraturan jalanraya, Cuma saya tak sokong AES, ia akan membebankan rakyat yang “terpaksa” langgar peraturan, bukan kerana dia hendak langgar, tetapi keadaan mendesak dan terdesak untuk melanggar peraturan.



Cuba kita letak AES di bulatan Kg Barokhas, kita akan dapati penunggang motosikal dan kereta yang tak faham siapa perlu beri jalan kepada siapa. Kita akan dapati pelajar sekolah tak pakai topi keledar, kita akan dapati penoreh dan pesawah naik motor tak cukup syarat. Jika letak AES di lampu isyarat Kg Hijrah dan Kg Rambutan kita akan dapati banyak kenderaan langgar lampu merah, kerana tak tahan menunggu kereta lain datang, dan tak tahan tunggu lampu hijau, dia confirm selamat melintas jalan ketika itu kerana tiada kenderaan.



AES , selepas ini jangan merungut, tunjuk sahaja kad ahli UMNO, mungkin anda akan diberi pelepasan bayar saman AES. Selamat memandu dengan berhemah wahai orang Kedah terutama orang P007 Padang Terap. Takut Cina merintah Negara konon, ex- YB Nasir Bible konon... Masjid dak gi, kalu gi kelih kiri kanan cabut balik tak dan doa. Ustad mengaja, haram nak denga , ustaz orang PAS. selamat memandu elak kemalangan elak saman.



No comments:

Post a Comment