Thursday, November 29, 2012

Tuan Melayu sudah habis berucap

Assalamualaikum wbt .




Selesai sudah ucaptama Presiden Tuan-Tuan Melayu. Bialasah hanya Tuan-Tuan Melayu yang boleh membela (sah) Melayu. Orang lain tak boleh, sebab tak ada tauliah. Jangan jadikan PRU 13 sebagai eksperimen tukar kerajaan. Dan yang paling PAS kena takut ialah laungan takbir 3 kali selepas ucapan Tuan paling tuan dikalangan Tuan- Tuan Melayu.



Habislah PAS, Tuan-Tuan Melayu sudah takbir, mereka lebih Islamik dari PAS. Mereka laksanakan Islam secara wasatiyah, PAS ada apa ?, urus air di Kelantan pun tidak pandai, urus kg Buah Pala di Penang pun tidak pandai, urus ibu tunggal di selangor pun tidak pandai.



Yang pandai hudud, hudud, hudud…iu saja PAS tau…



Maka… adanya….



Ada dikalangan pemerhati yang datang ditaja, sebak tak dapat memberi komen tentang hebatnya Tuan Melayu yang seorang ini memberi ucapannya, semua ucapannya betul belaka, maka bersemangat dan rasa terbela hamba Melayu itu.



Si puteri sudah bersedia untuk berperang, si wanita sudah sedia untuk berperang, sipemuda … relaks le , gendang belum dipalu. Karaok lah dulu.



Meremang bulu roma, sokongan hingga titisan darah terakhir mesti diberikan, lupakan kes tuan yang dapat projek itu-projek ini, memang dia patut dapat sebab dia tuan. Lupakan skandal itu skandal ini, memang, jika dah jadi tuan mesti ada skandal. Lupakan ketirisan itu- ketirisan ini, bumbung bangunan pun tiris.



Kita lupakan demi untuk menyelamatkan bangsa hamba-hamba Melayu. Biar tuan-tuan Melayu terus berkuasa, kerana kami hamba amat bimbang yang orang lain tak akan mampu menjaga kami sebagaimana Tuan-Tuan Melayu yang ada kini. Hanya Tuan-Tuan Melayu itu dapat menjaga kami sekaligus merompak harta kekayaan kami, kami rela kerana mereka adalah penyelamat kami.



Sekian..







No comments:

Post a Comment