Tuesday, November 27, 2012

Persidangan Tuan - Tuan Melayu

Assalamualaikum wbt.




Jika kita belajar sejarah Melayu, terdapat satu kasta masyarakat zaman dahulu iaitu kasta Hamba – Hamba. Menjadi hamba kerana hutang tak dapat bayar, menjadi hamba kerana diselamatkan orang dari lemas dilautan, menjadi hamba kerana diminta oleh mak bapa mangsa yang dibunuh sebagai penebus dosa. Kes di culik untuk jadi hamba hanya dalam cerita ‘Kunta Kente’ dan cerita Nabi Yusuf dan lain-lain cerita Arab.



Dikalangan kasta-kasta tersebut, ada satu lagi yang kasta yang special iaitu hamba raja, hamba kepada raja yang memerintah. Walaupun mereka ini golongan hamba, tapi kasta lain boleh ada rasa takut kepada hamba raja, kerana hamba raja ada power tertentu. Power sebab jadi hamba kepada Raja. Bukan power dia tapi power raja. (entah setakat mana kebenaran)



Ketuanan Melayu, hentikan dari sebut ketuanan Melayu, Tun M kata.



Apalah ertinya nak bermegah-megah jadi “ketuanan Melayu” kalau kita merayu simpati orang lain untuk berkuasa, bila kita jadi seolah-olah minority.



Kalau kita terpaksa mengemis 30 % kuata ekonomi, kalau kita tinggal di tanah rezab, kalau kita sentiasa minta “harga Bumiputera”.



Saya menanti Tuan- Tuan Melayu bersidang untuk ambil point apa yang akan di tuntut dari kerajaan Malaysia. Kalau tuan-tuan Cina minta macam-macam dari kerajaan Malaysia, apa pula yang akan di minta oleh Tuan-Tuan Melayu yang kononnya Menjaga Melayu.



Dulu Tuan-Tuan Melayu diam saja dalam isu PPSMI. Dulu Tuan-Tuan Melayu diam saja dalam isu Bahasa Kebangsaan. Dulu Tuan-Tuan Melayu diam saja dalam isu Keretapi tanah Melayu, dulu Tuan-Tuan Melayu diam saja dalam isu Biasiswa. Dulu Tuan-Tuan Melayu diam saja dalam isu universiti MIC, MCA.



Tuan-Tuan Melayu bersidang kali ini hanya untuk mendengar celoteh dan lawak pengerusi tetap dan perwakilan sahaja, lawak lembu. Lawak Pulau Pinang boleh ke Cina, lawak kayu balak Kedah, lawak universisti KUIN, lawak air tak cukuk nak mandi di Selangor.



Kali ini juga Tuan-Tuan Melayu akan mengemukakan usul berani, akan ada perwakilan yang akan kata, “marilah kita bercakap dalam reality, kenapa orang Melayu sudah tidak mahu menjadi hamba kepada Tuan-Tuan Melayu”.



Jauh sekali dalam perhimpunan kali ini, ada dikalangan Tuan-Tuan Melayu yang akan kata “saya lepas jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan sebagainya”. Hidup tuan-tuan Melayu. Hanya kita mampu MEMBELA (SAH)  Hamba- hamba Melayu.





No comments:

Post a Comment