Monday, October 18, 2010

PTK Mansuh.

Assalamualaikum wbt.

PTK mansuh, itu yang diumumkan. Jadi seronoklah para kakitangan awam kerana PTK yang membebankan telah dimansuhkan. Memang ia dimansuhkan, tetapi…
Tak kan mansuh begitu sahaja, tentu ada instrument penilaian lain yang akan digunakan.

Bagaimana rupa penilaian akan dating, lebih teruk dari PTK atau lebih mudah dari PTK, adil atau tidak seperti SSB (menegak-melintang) dan SSM (PTK) , siapa akan membuat penilaian, adakah ‘musuh’ kita yang akan menilai, atau adakah kawan baik kita yang akan menilai kita.

Bersedialah untuk memberi maklum balas mengenai instrument penilaian baru, atau pandangan kita langsung tak ditanya oleh penggubal penilaian yang baru.

Akhir sekali orang akan kata, lebih baik menegak- melintang zaman ssb atau lebih baik PTK

Apabila ada kajian para guru jangan malas nak jawab, kerana ini akan memberi impak kepada keputusan yang dibuat.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment