Thursday, October 14, 2010

Alahai PTK lagi...

Assalamualaikum wbt.

Sorry le...

Kawan , TK 2 dulu dapat 4, TK 3 pun dapat 4 (tiga kali try), TK 4 bakal menyusul tahun depan, Insya Allah.

Kepada rakan-rakan sekelian jangan jemu, TK 1,2,3 semua tu tak le payang mana, cuma nasib saja, baca tetap kena baca, baru confiden.

TK3 lebih mudah dari TK 2, kerana soalan bentuk aplikasi, TK3 yang kawan dapat empat adalah aplikasi. Periksa kali ketiga tersebut kawan baca sikit saja, baca buku TK2 dulu sebab tau dah bentuk soalan yang akan ditanya, tak perlu baca banyak-banyak, baca sikit dapat 4 pula, kira ok.

Kadang soalan entah ape-ape (bagi mereka yang tak boleh jawab), macam-macam alasan nak tutup kelehan diri sendiri. Contoh soalan

Kegunaan ITK/EKA ?, sudah tentu orang ketawa kalau saya kata duit tu diguna untuk beli baju, beli kasut, beli kot (bukan minta sponser PIBG), tapi itulah jawapannya.

Asas pemberian ITK/EKA adalah untuk menaikkan imej guru/kakitangan awam, jadi duit tersebut guna untuk tujuan tersebut.

Contoh lagi...

Nak mengajar tajuk Hang Tuah, jawapannya guru kena pakai baju melayu, keris, tanjak/tengkolok, itulah set induksi terbaik, mampuih diketawakan dek rakan-rakan kalau buat begitu, tapi itulah jawapan yang sepatutnya dijawab.

Yang lain-lain seperti bila nak bagi surat amaran kepada pelajar, kalau buku kehadiran pelajar pun ditanda oleh pelajar, macam mana cikgu nak tau pelajar datang ke tidak !.

Soalan seperti Fail Meja dan Manual prosedur kerja, mungkin berat nak dijawab oleh cikgu kerana cikgu sendiri tak minat nak tau dan nak buat Fail Meja dan Manual peosedur kerja, kesannya akan dikata soalan keluar entah ape-ape.

banyak lagi contoh soalan, yang sudah pasti di kata oleh mereka yang gagal sebagai soalan tidak logik dan akan kata kepada yang lulus dapat 4 macam saya sebagai 'koata'.

Walau apapun selamat menduduki PTK, selagi berkhidmat, selagi tu kena hadapi PTK.
semoga berjaya.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment