Wednesday, April 14, 2010

Satu Malaysia

Bersama raikan Tahun Baru Hindu, Hari Vesakhi

Petikan Utusan Melayu 14 April 2010
KUALA LUMPUR 13 April – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia dengan berbekalkan semangat 1Malaysia merebut peluang untuk bersama-sama merayakan Tahun Baru Hindu dan Hari Vesakhi. Perdana Menteri memberitahu, selama dua hari bermula esok masyarakat India beragama Hindu akan merayakan tahun baru mereka.

“Menjadi amalan kita sebagai rakyat Malaysia, perayaan-perayaan seperti ini adalah waktu untuk kita lebih mengenali dan memahami antara satu sama lain.

“Semakin banyak kita mengetahui tentang satu sama lain, semakin kita menghargai kekayaan dan keutuhan nilai-nilai budaya kita,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan hari istimewa itu yang disiarkan dalam blognya di www.1Malaysia.com.my.

Perayaan yang dikenali dengan pelbagai nama di mana kepada masyarakat Tamil, ia dikenali sebagai Puthandu, manakala kepada masyarakat Malayalee ia dikenal dengan nama Vishu.

Masyarakat Sikh Malaysia pula akan merayakan Hari Vesakhi untuk memperingati kelahiran Khalsa yang merupakan hari terpenting kepada masyarakat Sikh di seluruh dunia.

Najib menegaskan, walaupun pelbagai rupa dan bentuknya, persamaan nilai yang menjadi teras kepada kepelbagaian budaya memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai banyak persamaan.

‘‘Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua masyarakat Hindu dan kepada masyarakat Sikh, Selamat Hari Vesakhi dan mendoakan agar anda semua akan dapat merayakan hari yang bertuah ini bersama-sama keluarga serta sahabat handai,’’ katanya.

Perdana Menteri juga berharap rakyat Malaysia akan beramai-ramai menyertai beliau bersama-sama masyarakat Sikh di Perayaan Rumah Terbuka Vesakhi 1Malaysia yang akan diadakan pada 23 April, di Ipoh nanti.

Komen saya;

Mula-mula nak kata no komen, tapi tak komen pun tak kena.

1. Cina = bangsa cina
2. Budha = agama
3. Hindu = agama

Kalau selamat tahun baru India, ringan sikit untuk saya ucapkan kepada rakan - rakan India, kerana ucapan itu untuk bangsa mereka bukan untuk agama mereka. Tapi kalau selamat tahun baru Hindu, saya tidak mahu bersubahat menegakkan agama mereka.

Biarpun satu Malaysia
Wassalam.

No comments:

Post a Comment