Sunday, April 25, 2010

Anak menanti di syurga

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali, dalam posting yang lepas saya mengingatkan diri saya bahawa kena ingat muda sebelum datang tua, dan yang paling dekat dengan kita adalah kematian. 24 April 2010 kelmarin, saya tumpang buat akikah satu bahagian untuk anak saya yang berusia 14 tahun. Dulu tak teringat nak buat akikah padanya kerana dok sangka anak yang dah meninggal tak perlu diakikahkan. Tapi apabila dok dengar guru mengajar, katanya anak yang meninggal masa kecil pun kena dibuat akikah.Maka saya buatkan.

Anak pertama saya Afiqah Amirah telah meninggal dunia pada hari kelima. Musabab kematiannya adalah sakit kuning kata doktor. Walla hu Akhlam. Waktu kematianya kering air mata, susut badan daripada 90 kg menjadi 75 kg. Pada mulanya nak saman hopital atas kecuaian mereka, namun setelah fikir, reda dan takdir, simpan saja hasrat tersebut.

Sekarang ini telah diganti dengan Afiqah Insyirah, Muhammad Amsyar Aman, Adibah Liyana, Muhammad Amri, Amin Sayuti, dan Aminah Syukriyah. Insya Allah ada seorang dua lagi. Kereta saloon tak muat sebab itu beli pajero.

Mati tak payah nanti tua, dan saya nak tanya, sanggupkah kita beli batu nesan siap-siap kat kita, simpan dalam stor, kemudian pesan kepada orang kalau aku mati guna batu nesan ini. Tentu orang kata gila apa ?,

Anak kecil yang meninggal tanpa sebarang dosa, tempatnya disyurga, anak ini akan mencari ibunya (termasuklah bapanya) diakhirat kelak, harap-harap dia carilah saya dan bergayut dikaki saya kalau saya hendak dihumbankan keneraka semoga Ihsan Allah akan membawa saya kesyurga, nak masuk dengan amalan sendiri, hai berat rasanya.

Wahai tuhan aku tak layak untuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup kenerakamu,
Ampunkanlah dosa-dosa ku
Terimalah taubatku ini.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment