Tuesday, January 12, 2010

SMT PENDANG KE KOLEJ MATRIKULASI - 41

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali.

Saya telah melapor diri di sekolah baru, namun terpaksa kembali ke Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMT) untuk menyiapkan tugas-tugas terakhir. Akaun-akaun perlu ditutup, bil-bil perlu dibayar, LPC dan penyata cuti guru-guru perlu di kemaskini. Barang- barang sendiri dalam pejabat perlu dikeluarkan, barang -barang dalam rumah pun perlu dikeluarkan.

Dulu KMT tumpang di SMT tapi seminggu dua ini saya (bukan SMT, kerana SMT Pendang dah tiada) yang tumpang di KMT, Hari ini tugas-tugas akhir telah selesai. Minggu depan saya akan mula bertugas di sekolah baru, dengar kata saya kena mengajar sabjek yang telah 15 tahun saya tak mengajar dan tak pernah ulangkajipun subjek itu walaupun itulah subjek opsyen saya yang sebenar.

Staf sokonganpun dah buat jamuan 'perpisahan' untuk saya ke sekolah baru hari Ahad Lepas. Insya Allah saya akan pergi meyahut cabaran di sekolah baru.

Saya tidak bercadang untuk menjadikan episod SMT Pendang ke Kolej Matrikulasi - 41 ini sebagai episod terakhir kerana saya bercadang hendak menulis artikel keputusan SPM pelajar batch akhir SMTP yang akan dikeluarkan bulan Mac 2010 nanti. Itupun kalau saya ada kesempatan datang dan mengetahui keputusan SPM mereka.

Sekian terima kasih.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment