Sunday, January 31, 2010

BUAL ORANG PENCEN

Assalamualaikum wbt

Pada 27 Januari 2010 yang lalu saya mengikuti seorang kawan menemui mantan Pengarah BPTV di suatu tempat. saya mengambil keputusan mengikuti beliau kerana teringin juga nak berjumpa dengan mantan Pengarah yang dah bersara perkhidmatan awam. saya jangka yang beliau (mantan) tidak akan mengenali saya, dan saya minta kawan saya jangan maklum yang saya adalah ......

Apabila berjumpa , memang betul saya tidak dikenali oleh beliau, namun setelah berbual 5 , 6 minit baru saya diperkenalkan siapa saya oleh kawan saya tersebut.

Barulah mantan pengarah tersebut teringat akan saya. you and your school are not perform !. (dalam hati) la... dah pencen pun cakap bab sekolah lagi. masa dia datang sekolah dulupun dia kata saya dan sekolah tak perform, teruk saya di belasah 'tara guna punya PK'. Bila dia kata begitu saya tidak memberi sebarang respon, lebih baik diam daripada membalas kata-kata beliau.

Dalam hati ingat bila beliau dah pencen datang berbual perkara ringan-ringan sahaja, bab kerja tak perlu di soal lagi, tapi begitulah adatnya sesiapapun kalau dah pencen akan terkenang kerjanya, tambah-tambah lagi yang bergelar cikgu, sampai ke mati pun orang panggil cikgu.

Oleh kerana saya tidak memberi respon, beliau sendiri mengulas kata-kata beliau. Awak kalau orang kata tak perform, mestilah mempertahankan yang kata-kata tersebut tidak benar, nak bukti kan kata-kata itu tak benar kena tunjuk data. Tengah malam ini mana nak cari data, sekolah pun dah tutup.

Ialah Dato' . Sekolah tak perform, tapi kami dapat juga no 12 per 21 atau per 90 dikalangan sekolah teknik, lagi pun pelajar kami yang masuk bukannya 10 A, yang masuk C, C C, belaka. Kira ok ! berbanding sekolah lain, baru 5 tahun kami dah duduk no 12,

Beliau membanding nama saya dengan seorang rakan saya di negeri Perak, yang sana tu, Lotphi. Terus saya sampuk, ust Lotpi Sri manjung, Dia boleh ingat kat Ust Lotphi, kerana Ust. Lotphi pernah membentangkan kertas kerja KAT kepada beliau setahun dua lepas.

Bercakap dengan dato' ni dalam bab kerja mesti kena ada fakta, tak boleh main lebih kurang, terus kena belasah, jadi bila saya bebrbual dengan beliau, bila ada soalan mengenai fakta, saya akan reka nobor yang tepat, tak ada perpuluhan dan lebih kurang.

Beliau masih ingat kepada tuan Pengetua saya En Khairuddin, dan En MZD, saya maklumkan yang saya telah lama tak contact mereka. Berbual itu ini habis juga 45 minit. Soalan cepu mas yang tak sepatutnya dia tanya saya. ko bila nak naik pengetua ?. dia sendiri yang balas, pelan - pelan saja lah. Mengenangkan apa yang saya kena dengan beliau dan Pengarah sekarang, saya akan terus disini dengan jawatan sekarang, atau silap-silap hari bulan saya sendiri yang minta kembali menjadi Guru Penolong saja.

No comments:

Post a Comment