Wednesday, May 1, 2013

Mana lebih penting : pasang Bendera atau Kempen rumah ke rumah

Assalamualaikum wbt.

Pasang bendera amat menyeronokkan, ada rasa semangat, kalau boleh nak pasang lebih tinggi dari bendera lawan. Beberapa kawan dalam BN/UMNO kata PAS menang bendera paling tinggi, atas pucuk pokok, atas bukit, atas bangunan. 

Orang pasang bendera dapat bayaran ke ?.

Sepanjang saya pasang bendera kecik-kecik dulu sampai la ni.. ada orang belanja makan minum saja, tak taulah kalau tempat lain dapat bayaran.

Dekat Padang Kemunting baru ni, semasa kami sibuk pasang bendera, ada orang datang, bang.. tahun ni saya mau tolong PAS pasang bendera, berapa boleh bagi ?.. (tadi kata nak tolong, tup  tup tanya pula berapa boleh bagi)

Dijawab kepadanya... tak de la sapa nak bagi upah, kalau nak tolong , mai..

Dengan OMNO memang mereka bagi, berdasarkan maklumat kawan-kawan UMNO yang lain.
Tak kisah le kau orang nak bagi atau tidak.

Anta pasang bendera dengan kempen rumah kerumah mana yang lebih penting ?

Bendera mesti kena pasang, kempen rumah kerumah wajib kena buat. (wajib bukan fatwa.. wajib setakat percakapan bahawa kempen rumah kerumah amat penting)

Bendera mesti kena pasang, kerana ia memberi persepsi "ada lawan" , kalau bendera kurang, nanti orang kata kita tak kuat.

Dua malam lepas , sedang asyik pasang bendera lalu seorang BN dengan vest BN , naik moto, balik mesyuarat agaknya. "kawasan Ayer Hitam tak payah le " katanya, lalu di balas, negara demokrasi, sapa-sapa boleh pasang.

Jadi tak hairanlah , banyak bendera PAS dibuang oleh orang yang tak demokrasi dan taku kalah. Sekali tu di Kg Balik Batu, "jangan pasang bendera PAS dalam kampung kami" kata seorang pemuda, sudah tentu pemuda UMNO.

Soal jawab, soal jawab dia kalah  dan dia kata lagi "hanya orang KG Balik Batu yang boleh pasang" pulak dah,.. nak menang jugak..

"tunjuk IC, hang orang Kg Balik Batu Ke ?" kata seorang pemuda PAS yang hensem dan bersemangat waja. Last sekali pergi macam tu saja. Nampak sangatlah orang UMNO/ BN  amat tidak demokrasi dalam berbagai hal. Mereka ingat negara ini tok nenek depa yang punya.

Mari pasang bendera, pasang dikereta sama, bukan kena beli minyak petrol harga lebih kalau pasang bendera PAS di kereta, tol pun sama saja. TAPI INI SATU AMARAN : JIKA PR MEMERINTAH 7 MEI 2013 HARGA PETROL AKAN DIKURANGKAN, TOL DIHAPUSKAN, ISH.. TAK SABAQ SAYA.


gambar hiasan tapi bukan lakonan.







Tuesday, April 30, 2013

PAS tak bina masjid, tak Islamik, BN bina masjid BN lebih Islamik

Assalamualaikum wbt.

Hebat Masjid kg ni, siap buat iklan, satu pendekatan baru. teknologi komputer dan cetak baner telah dimanfaat sepenuhnya oleh JK Masjid. Tahniah.


 Dimana ?

Gambar ini saya tangkap / snap/ klik / shoot dan entah apa lagi perkataan yang selalu digunakan kini..
di Pasir Gembur. Dimana Pasir Gembur Tu ? , di satu kawasan yang orang Melayunya 99.999% . Islam ke Melayu di situ. of course Islam.

Tanya sikit , kawasan ni OMNO ka PAS ?

Tuan, inilah satu kawasan " dimana UMNO kuat di situ Melayu merempat" . Orang di sini tak le merempat, tapi semua balik tumpang buat rumah belakang rumah emak, belakang rumah datuk, saliran air kumbahan pun tak teratur, "Melaka Maju 2010, negeri bandaraya hijau 750 tahun" lebih kurang begitulah bunyinya.

Datuk Ali lebih kenal rakyatnya, tak ada orang miskin di Negeri Melaka, sebab itu ada wang "lebihan zakat", mahasiswa diberi pinjaman zakat. wang zakat buat bangunan,




Siapa Ustaz di sini ? .  Abu Khair.

Kau ni pandai je tohmah tempat orang.!!

Waktu Isyak saya solat disini satu kali , saya bukan kariah sini.  tumpang solat.  Ada 6 orang termasuk Imam. lepas Isyak ada seorang jemaah menyatakan kekesalan dan terpaksa buat baner tersebut.

Cerita sebenar ..

Setelah lebih 50 tahun UMNO berkuasa disini, mereka gagal memberi didikan agama kepada penduduk setempat, kalau ada ustaz luar yang datang mengajar atas jemputan jemaah yang ada kesedaran, tak lama bertahan sebab usatz akan di cop sebagai PAS dan ditendang begitu sahaja, UMNO cukup takut dengan kitab dan huraian yang dibuat oleh ustaz-ustaz. Ustaz Uda sendiri ada cerita pengalaman yang beliau di"berhenti" mengajar disebuah masjid.

Masjid tak diimarahkan, tapi UMNO adalah juara dalam membina masjid, sehingga TGNA buat kenyataan bahawa UMNO buat masjid kerana nak dapat projek, dapat projek maknanya untung. untung maknanya perut kenyang, rakyat didahulukan kejayaan diutamakan.

Sunday, April 28, 2013

Ini kalilah

Assalamualaikum wbt

Ini kalilah, kalau bukan ini kali, bila lagi ?





Saya masih tersentak dengan kebodohan sesetengah orang dalam negara demokrasi, mereka masih berfikir, Parti yang memerintah adalah Parti yang bertanggungjawab membayar gaji kakitangan kerajaan, parti yang memerintah boleh menggunakan semua jentera kerajaan untuk aktiviti parti, jelas kebodohan mereka.

Ini semua berpunca kerana sesebuah parti memerintah terlalu lama, seperti mahu beli ubat gigi safi disebutnya colgate safi. sepert mahu bayar ansuran bulanan di bank  disebut bayar CCM (di Sabah)
Maka Parti OMNO sama seperti kerajaan Malaysia.

Sebab itu hujah dangkal, yang suruh kakitangan kerajaan Malaysia letak jawatan hanya kerana sokong PAS dan lain-lain parti pembangkang.adalah melambangkan kebodohan penghujah tersebut.

Banyak kali telah diulas dalam blog ini dalam fb dan blog-blog lain bahawa yang membayar gaji kakitangan kerajaan adalah Kerajaan Malaysia, yang mentadbir urus adalah Suruhanjaya-suruhanjaya, kementerian-kementerian. Kebetulan sahaja yang menjadi menteri adalah orang  OMNO yang menang kerusi parlimen, maka di terpilih menjadi menteri walaupun bodohnya macam bodoh penyokong-penyokongnya. lalu mendakwa kalau lawan kerajaan BN, letak jawatan,  nanti kalau PR menang, saya rasa ramai OMNO yang ngok yang sedang mengisi jawatan kerajaan akan letak jawatan, kerana ngoknya dirinya sendiri.

Penyokong yang veteran di kampung-kampungpun sama, "kalau PR menang dia mana ada polis, dia mana ada tentera, dia mana ada misi, doktor ".. kata mak cik UMNONGOK seorang lagi. Ditanam didalam pemikiran penyokong yang sedia bodoh bahawa semua kakitangan kerajaan, polis, tentera dan sebagainya adalah disediakan oleh UMNO / BN. maka siapa yang memperbodohkan rakyat, melaikan penjajah dan proksinya. UMNOlah proksi penjajah british.

"Satu lagi projek kerajaan BN" - projek apa kerajaan BN, kalau duit dari Perbendaharaan Malaysia, diluluskan dalam parlimen yang terdiri dari ahli parlimen berbagai parti. nak kata tak sekolah, ada yang bekas cikgu, bekas ustaz, bekas segala bekas, tapi oleh kerana nak kelentong supaya orang sokong dia, maka dia memperbodohkan , menjahilkan penyokong sendiri dan rak yat sendiri.

Sebab itu, bila kita nak turunkan harga minyak, tak boleh, nak hapuskan tol, tak mahu, nak beri pendidikan percuma tak nak. bangsa bodoh....

Ini kalilah... kita ubah kerajaan, tolak parti BN dari menjadi pemimpin negara. kita ganti dengan parti yang akan mensejahterakan rakyat, Parti yang akan membentuk Negara Berkebajikan. Takbir.. Allah Hu Akbar

Agak tegang antara SPR dan Petugas PAS Tg Bidara

Assalamualaikum wbt

Lebih kurang 11.00 mlm beberapa pegawai SPR bersama pegawai Polis datang meminta petugas PAS Tg Bidara , lokasi sebenar adalah bilik gerakan/ markas PAS UPU Pengkalan Balak untuk menurunkan bendera besar , bendera kecil dan poster di bulatan Pengkalan Balak lebih kurang 20 meter dari Markas PAS UPU Pengkalan Balak

Waktu itu kebanyakan petugas , calon, wakil calon berada di UPU Pasir Gembur mengikuti ceramah kelompok, seorang petugas datang memaklumkan kepada Calon PAS mengenai peristiwa itu, lalu beberapa petugas dan wakil calon segera kembali ke UPU Pengkalan Balak.

Suasana agak tegang apabila pegawai SPR meminta bendera dan poster diturunkan, wakil calon dengan tegas menerangkan bahawa tidak perlu diturunkan bendera sehingga ada arahan bertulis dari SPR.



Di sebalik kejadian.

Sebelum penamaan calon, kedua-dua . BN dan PAS sama-sama berkongsi lokasi strategik tersebut, tetapi telah diturunkan oleh MPAG, selapas penamaan calon, masing-masing tidak berani menaikkan bendera, sehinggalah 26 April 2013, Petugas PAS menguasai semua lokasi tersebut dengan sebuah bendera besar, bendera kecil dan poster. 

Kerana irihati, satu laporan telah dibuat kepada SPR oleh BN, lalu pada 11.00 mlm 27 April 2013 SPR meminta PAS menurunkan bendera-bendera dan poster tersebut. dengan alasan menganggu lalu lintas.

Calon PAS - Ustaz Imran bin Abdul Rahman - fb Imran Abdul Rahman , blog - pastanjungbidara.blogspot.com

Calon BN - Cikgu Md Rawi bin Mahmud       - bekas cikgu yang tak sayanng muridnya, kerana tak mahu beri pendidikan percuma, tak sayang bangsanya kerana tak mahu beri biasiswa kepada orang Melayu. dengar kata dia pandai menyanyi kara-ok.

Calon BN TG Bidara yang asal bukan dia, iaitu penyandang lama Kapten (B) Karim, dia kata dia tak sihat setelah dapat watika calon dari bekas PM  I M Najib , sebenarnya.... dia kena cantas dengan Cikgu Md Rawi, entah-entah Kapten Karim dulu cantas sapa ?

Hidup cantas mencantas. minta maaf kepada semua atas gosip diatas.

Gambar dibawah adalah SPR dan Penyokong PAS mencari penyelesaian, agak tegang, tapi semuanya berjalan dengan baik, saya. suka..

















Friday, April 26, 2013

Samseng silap target, boleh percaya ke ?

Polis tahan suspek bakar kereta anak calon DUN Seri Andalas


26/04/2013 12:04pm



KLANG - Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes kebakaran sebuah kereta milik anak calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar di hadapan rumahnya di Jalan Seruling 41, Taman Klang Jaya, di sini pukul 11 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, semua lelaki berusia 19 hingga 24 tahun itu ditangkap enam jam selepas kejadian itu di sekitar daerah itu.

Menurut beliau, pemeriksaan pada kereta jenis Kia Sephia turut menemui beberapa senjata termasuk sebilah parang, pemetik api dan dua tin minyak tanah.

"Siasatan awal kita mendapati suspek tersilap rumah sasaran dan motif adalah tak puas hati kacau adik perempuan salah seorang suspek.

"Kes tidak melibatkan isu politik," katanya ketika ditemui di sini pagi tadi. - KOSMO!



hjlutfi: Kalau betul bagai dikata, letak jawatan samseng, balik duduk di masjid lebih baik, Atau cak cover line, ,, Allah saja yang tahu.  Tapi pendapat saya kata. memang mereka ada niat nak kenakan calon tersebut dan nak menakut-nakutkan orang ramai. tapi dah tertangkap serta ada bukti terpasa ubah pengakuan...





Bodo ke Cerdik ?

Assalamualaikum wbt.

Setia kepada kerajaan sedia ada, kakitangan kerajaan kena setia , patuh dan laksana dasar yang telah ditetapkan, saya rasa tak jadi masalah untuk kakitangan awam laksanakan dasar-dasar yang telah dibuat oleh kerajaan sedia ada. Kakitangan kerajaan tahu beza antara kerajaan Malaysia dengan Parti UMNO/ BN.  Kakitangan juga tahu Perbendaharaan Malaysia dengan Akaun UMNO. Cuma sesetengah orang dan macai saja bodoh .. tak dapat bezakan antara Duit Parti dengan Duit kerajaan, maka tulisan bodoh sebegini terpapar di skrin ini.

Begitu juga di kedai-kedai makan yang ada orang bersembang kata UMNO bagu bagi BRIM, TRIM, KRIM, KIRAM IC dan macam macam im,  bagi bukan duit dia, kalau duit dia ok le juga, ini bagi duit dari kantung kerajaan Malaysia, sedap le bagi..


walau apa-apapun saya harap tulisan di atas sekadar untuk mencetus minda dan berfikir, terima kasih kerana pos entry tersebut.

Namun yang dibawah ini, saya rasa, memang dia buat kerana dia tidak faham. Orang tidak tentang kerajaan, yang ditentang adalah Parti UMNO dan BN yang menguruskan kerajaan Malaysia Kerajaan Malaysia tak akan ditukar, yang hendak ditukar adalah Parti komponen BN yang rakus dan zalim.

ABCD = Asal Bukan Calon Dacing.



Thursday, April 25, 2013

Trailer PAS di Ayer Limau.Masjid Tanah

Ceramah atas trainer PAS - Negara Berkebajikan
Calon DUN , Kuala Linggi, Tg Bidara, Ayer Limau, Parlimen M Tanah, Tabuh Naning dan Ustaz Dasuki, Penguam PAS

Hujan dari Maghrib, tempat ceramah becak, tapi ada yang tunggu nak dengar ceramah.
Polis ramai, pegawai SPR pun ada.

Selamat mengundi, pangkah PAS. bahagia dunia akhirat.