Assalamualaikum wbt.
Entry kali ini, memohon semua warga Malaysia, tak kira Parti apa yang di sokong.
PAS UPU Pengkalan Balak, dalam MTD Tanjung Bidara , N02, memohon sumbangan dana RM sebanyak mungkin dari tuan-tuan dan puan puan.
PAS = Parti Islam Se Malaysia
MTD = Majlis Tindakan DUN
UPU = Unit Peti Undi.
Keperluan dana ini adalah untuk kerja-kerja pilihanraya, eg, untuk wang taruhan Calon PAS Tanjung Bidara, wang deposit tampal poster, wang belanja pekerja-pekerja sukarela, yang akan bertugas semasa pilihanraya , sebelum dan selepas pilihanraya.
Jadi tuan-tuan dan puan - puan hulurlah sedikit bantuan dengan memasukkan kedalam akaun Pas Tanjung Bidara di bank rakyat menggunakan no akaun berikut;
22- 045 - 520973 - 6
Semoga sumbangan tuan-tuan dan puan-puan dapat memenangkan PAS Tanjung Bidara dan PAS seluruh Malaysia.
Thursday, April 4, 2013
Wednesday, March 20, 2013
JPN, Guru dan Tanda Putera
Assalamuaalaikum wbt.
Wah bagusnya JPN negeri ni, siap buat tayangan percuma filem yang tak boleh tayang kepada guru-gurunya, kemudian , siap bagi warning supaya cikgu-cikginya jangan bagi tau kat orang lain, yang mereka dipertontonkan filem ni.
Bayangkan berapa ramai murid sekolah dalam negeri tersebut yang tak dapat belajar, kerana guru mereka kena pergi tengok wayang percuma. Menganggu hak pelajar dari mendapat pelajaran, dulu ganggu masa edar BRIM, esok lesa ganggu apa lagi ?.
Kenapa JPN (pengarahnya sanggup membenarkan aktiviti tersebut diadakan) , dikaburi dengan nama macam-macam, eg. Jati guru, kursus profesionalisme, kursus macam-macam...
Maksudnya Pengarahnya telah bersekongkol dengan parti politik tertentu, untuk mengajak guru-guru suka pada parti tersebut.
BTN pun apa kurangnya, menggunakan peruntukan yang sepatutnya diguna untuk tingkatkan profesionalisma guru, dalam pendidikan, spt, kemahiran pedagogi, kurikulum, ko kurikulum , ICT dan apa saja yang berkaitan dengan pendidikan, tapi malangnya peruntukan digunakan utnuk kepentingan parti politik tertentu, ...pilihan raya dah dekat... selamat menilai.
Tuesday, March 5, 2013
Datu .... kawan lama.
Assalamualaikum wbt.
Pukul 9.15 am tadi saya telefon adik saya yang berada di Semporna, pekan yang semporna bagi orang Semporna, tapi tak cukup sempurna bagi orang bandar lain di Semenanjung yang tidak biasa dengan suasana di sana, pernah sekali bagiamana penjual jalanan memaksa saya membeli cristal rantai, kerana dia fikir saya orang baru di Semporna. diserbu oleh sekumpulan penjual, dan pelancong terpaksa membeli.
Pernah sekali saya terbeli ikan yang di bom, ikan yang dibom tak tahan lama, cepat busuk. Kawan saya memandu 'pirate' istilah untuk kereta sapu di Sabah sebagai kerja part time. Saya juga ada beli sebilah parang bajau sebagai suvenior, lebih tajam golok perak orang semenanjung.
Saya juga pernah kemalangan jalanraya dalam perjalanan pulang dari Semporna, bekas pelajar saya juga ramai di Semporna.
Situasi yang berlaku di Lahad Datu, Kunak , Semporna, dan tidak mustahil di Tawau, Sandakan dan Kudat amat menarik perhatian saya.
Sebentar tadi saya sempat berbual dengan seorang kawan lama, Datu... , orang Sulu , katanya suasana terkawal, medan pertempuran di Tanjung Labian, jauh dari Lahad Datu, tapi Lahad Datu kena waspada kerana sekejab sahaja bot penceroboh boleh mendarat.
Pernah sekali pekan Lahad Datu, sunyi sepi, saya yang baru sampai merasa hairan, rupa-rupanya ada khabar angin mundu mahu mendarat. Saya minta anda yakinlah dengan anggota keselamatan, mereka ini akan berjuang habis-habisan untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Lahad Datu ada markas PGA, Kinabatangan ada Kem tentera, Tawau ada Kem tentera, Sandakan ada kem tentera. Saya yakin negara tidak akan senang di ceroboh, melainkan ada pihak tertentu yang membenarkan pencerobohan.
Samalah, memberi IC kepada pendatang Visaya Filipina, memberi IC kepada Pakistan bahya, memberi IC kepada Bugis, memberi IC kepada Suluk, memberi IC kepada Bangla, Mynmar, Indon dan sebagainya. Kesanya, keselamatan negara tergugat, ekonomi negara tergugat dan dikuasai oleh pendatang, rakyat tempatan terpaksa mencari pekerjaan dengan tuan-tuan pendatang.
Berbalik kepada kawan saya , Datu... Adakah dia akan menyebelahi Kesultanan Sulu ?.
Dalam peristiwa konfrantasi Indonesia Malaysia, adakah Jawa Malaysia menyokong Indonesia ?.
Saya tidak berpendapat Sulu Sabah (telah lama jadi warga Sabah, Malaysia akan menyokong pencerobohan Sulu dari Kesultanan Sulu, walaupun ada darah pertalian antara mereka, memang ada rasa simpati, tapi pencerobohan bukan cara yang betul, mereka mungkin lebih suka saudara mara dari Sulu ,mendapat kerakyatan Malaysia dengan apa cara sekalipun !!!

Friday, March 1, 2013
Runtuh
Durian Runtuh - semua gembira rakyat sokong kita
Stadium runtuh - entah sapa yang buat projek ni
Jejambat runtuh di Cyberjaya - ini tak de orang lain PKNS yang bina Khalid kena bertanggungjawab !!!!!
Wahai umat Islam Malaysia, Allah telah beri hint , jangan hairan esok lusa Daya Bumi runtuh, menara berkembar runtuh. Runtuhkan kerjaan BN yang korup.
Thursday, February 28, 2013
Konspirasi
Pencerobohan di Lahad Datu adakah ini untuk dijadiakan asas mengistihar darurat di negeri Sabah.
Sesuatu yang pelik, sebuah negara yang mempunyai kekuatan tentera, setanding dengan tentera yang hebat di pentas antarabangsa gagal menyekat kemasukan yang disifatkan "Sultan Sulu kembali ke Halaman". Tempoh rundingan yang begitu lama bagi menyelesaikan masalah tersebut juga, agak sukar diterima oleh rakyat.
Saya berani untuk meneka bahawa ada konspirasi tertentu dengan insiden tersebut. Adakah ada kemungkinan
1. Mewujudkan suasana tegang dengan tujuan ketegangan menjadi asas untuk terus mentadbir Sabah dibawah kuasa darurat.
2. Jika darurat di Sabah di istiharkan, pilihanraya mungkin tidak dijalankan, maka tak dapatlah ahli parlimen Sabah join bersama Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan. ia dapat mengurangkan majoriti 2/3 yang sepatutnya diperolehi oleh Pakatan Rakyat.
3. Insiden ini juga digunakan untuk mengalakkan campurtangan Amerika yang mungkin akan mengagalkan Perdana Menteri Pakatan Rakyat untuk mengangkat sumpah.

Tuesday, February 26, 2013
Gadis Perkasa
gambar hiasan di copy dari blog mana entah..
Gadis PERKASA
Pejuang Kalimah Allah , tidak seperti orang yang mengaku memperjuangkan Islam dengan lambang Bulan warna Putih ditengah bendera hijau. Kami lebih sayang dan kuat iman, kerana kami mempertahankan Kalimah Allah.
Kami nak ingatkan, bahawa iman bukan terletak pada pakaian, bukan terletak pada perlakuan, iman ada dalam hati.
Gambar hiasan : nenek perkasa
Friday, February 22, 2013
Survival Bangsa
Assalamualaikum wbt.
Sehari dua ini saya sering mengikuti perkembangan "Sultan Sulu Kembali ke Kg Halaman", beberapa blog memberi komen berbeza dan ada yang sekadar 'beri komen ' tanpa tahu hal sebenarpun.
Saya amat tertarik dan hendak tahu apa saja yang berlaku di Lahad Datu, mungkin sesuatu perkara terkena atau berlaku keatas sahabat-sahabat saya di Lahad Datu, Semporna dan Tawau, atau terkena ex student saya. Atau kawan-kawan PDRM saya.
Kali pertama menjejak kaki di LD bulan Julai 1995, cerita yang menakutkan sahaja di Lahad Datu, cerita mundu, cerita pencuri dan bunuh.
Bajau, Sulu , Dusun , Idahan, Bugis, Sungai, Cocos, Jawa, siapa bumi, siapa non bumi, agak sukar untuk diklasifikasi bagi tujuan direkod kan dalam rekod pelajar.
Namun bila dia pelajar, saya tidak pernah memilih untuk melebihkan siapa. Meskipun dalam survival wujud pertentangan antara etnik yang saya sebut tadi.
Sebelum ini saya hanya mendengar sahaja tuntutan Kesultanan Sulu yang menuntut Sabah, tapi yang saya 'baca' adalah tuntutan Filipina keatas Sabah. Saya tidak 'mengenali' Kesultanan Sulu meskipun waris-waris nya ada di Sekitar Sabah dan bersahabat dengan kita.
Sulu dianggap lanun (Irranun mungkin lebih Lanun - minta maaf, dari maksud bahasa sahaja) hanya kerana beberapa mundu dikalangan mereka. Kisah lama pendaratan mundu di LD masih diceritakan, kisah mundu menyerang Semporna sebelum Sabah masuk Malaysia juga sering diceritakan.
Itulah yang saya katakan tadi, banyak cerita menakutkan sahaja.
Operasi pemutihan, Op Nyah dan lain-lain op yang diadakan memberi kesan kepada orang dari kepulauan Sulu (Kesultanan Sulu), bagaimana berlori-lori pendatang tanpa izin Filipina (kita sebut demikian) kerana dilaporkan oleh akhbar dan TV sedemikian. Hakikatnya bukan Visaya yang di hantar pulang, yang dihantar pulang adalah saudara-saudara kepada sahabat saya dan saudara saya.
Kita sendiri rasa meluat dengan saudara saya dan saudara sahabat saya, kerana kita rasa kita lebih bertamadun, atau kerana kita tidak memahami mereka dan bahasa mereka. Hari ini dihantar pulang besok dia "pulang" kerana seperti kata Sultan Sulu, kami pulang kekampung halaman kami.
Orang politik memandang ini sebagai satu peluang, namun etnik melihat ini adalah survival bangsa, maka tidak hairanlah Dayak- dayak didarat dan hutan pun sanggup menyatakan pendirian untuk memerangi Sulu.
Cerita tentang orang Sulu, adalah cerita tentang 'Parang Barong" atau keris panjang Sundang, walaupun sundang nampak rapat dengan Bugis. Bagi saya selagi dia berkeris itulah saya. Tolak dayak berkeris di Ambon yang kristian
Saya hanya berharap mereka ini ditangani dengan betul, jika kerajaan Malaysia membayar sewaan kepada Filipina kerana menduduki Sabah. Seharusnya Sulu atau Geng Tausug ini perlu diberi perhatian. Jika Pakistan mendapat warganegara, jika Visaya Filipina mendapat kerakyatan Malaysia apalah setakat orang Sulu yang bermain dihalaman yang disewakan kepada Malaysia.
Lama saya tinggalkan Lahad Datu, terkenang kawan-kawan dan saudara Sulu, Bajau , Bugis dan lain-lain
Subscribe to:
Posts (Atom)