Friday, February 22, 2013

Survival Bangsa





Assalamualaikum wbt.

Sehari dua ini saya sering mengikuti perkembangan "Sultan Sulu Kembali ke Kg Halaman", beberapa blog memberi komen berbeza dan ada yang sekadar 'beri komen ' tanpa tahu hal sebenarpun.

Saya amat tertarik dan hendak tahu apa saja yang berlaku di Lahad Datu, mungkin sesuatu perkara terkena atau berlaku keatas sahabat-sahabat saya di Lahad Datu, Semporna  dan Tawau, atau terkena ex student saya. Atau kawan-kawan PDRM saya.

Kali pertama menjejak kaki di LD bulan Julai 1995, cerita yang menakutkan sahaja di Lahad Datu, cerita mundu, cerita pencuri dan bunuh.

Bajau, Sulu , Dusun , Idahan, Bugis, Sungai, Cocos, Jawa,  siapa bumi, siapa non bumi, agak sukar untuk diklasifikasi bagi tujuan direkod kan dalam rekod pelajar.

Namun bila dia pelajar, saya tidak pernah memilih untuk melebihkan siapa. Meskipun dalam survival wujud pertentangan antara etnik yang saya sebut tadi.

Sebelum ini saya hanya mendengar sahaja tuntutan Kesultanan Sulu yang menuntut Sabah, tapi yang saya 'baca' adalah tuntutan Filipina keatas Sabah. Saya tidak 'mengenali' Kesultanan Sulu meskipun waris-waris nya ada di Sekitar Sabah dan bersahabat dengan kita.

Sulu dianggap lanun (Irranun mungkin lebih Lanun - minta maaf, dari maksud bahasa sahaja) hanya kerana beberapa mundu dikalangan mereka. Kisah lama pendaratan mundu di LD masih diceritakan, kisah mundu menyerang Semporna sebelum Sabah masuk Malaysia juga sering diceritakan.

Itulah yang saya katakan tadi, banyak cerita menakutkan sahaja.
Operasi pemutihan, Op Nyah dan lain-lain op yang diadakan memberi kesan kepada orang dari kepulauan Sulu (Kesultanan Sulu), bagaimana berlori-lori pendatang tanpa izin Filipina (kita sebut demikian) kerana dilaporkan oleh akhbar dan TV sedemikian. Hakikatnya bukan Visaya yang di hantar pulang, yang dihantar pulang adalah saudara-saudara kepada sahabat saya dan saudara saya.

Kita sendiri rasa meluat dengan saudara saya dan saudara sahabat saya, kerana kita rasa kita lebih bertamadun, atau kerana kita tidak memahami mereka dan bahasa mereka. Hari ini dihantar pulang besok dia "pulang" kerana seperti kata Sultan Sulu, kami pulang kekampung halaman kami.

Orang politik memandang ini sebagai satu peluang, namun etnik melihat ini adalah survival bangsa, maka tidak hairanlah Dayak- dayak didarat dan hutan pun sanggup menyatakan pendirian untuk memerangi Sulu.





Cerita tentang orang Sulu, adalah cerita tentang 'Parang Barong" atau keris panjang Sundang, walaupun sundang nampak rapat dengan Bugis. Bagi saya selagi dia berkeris itulah saya. Tolak dayak berkeris di Ambon yang kristian







Saya hanya berharap mereka ini ditangani dengan betul, jika kerajaan Malaysia membayar sewaan kepada Filipina kerana menduduki Sabah. Seharusnya Sulu atau Geng Tausug ini perlu diberi perhatian. Jika Pakistan mendapat warganegara, jika Visaya Filipina mendapat kerakyatan Malaysia apalah setakat orang Sulu yang bermain dihalaman yang disewakan kepada Malaysia.




Lama saya tinggalkan Lahad Datu, terkenang kawan-kawan dan saudara Sulu, Bajau , Bugis dan lain-lain

No comments:

Post a Comment